Tuesday, September 8, 2009

baki 12 hari..

Bismillah..

Ramadhan hanya berbaki 12 hari sahaja lagi.. Bagaimana ya dengan amal-amal kalian ketika ini? Masih sama rentaknya ketika di musim awal Ramadhan bersemi? Atau makin meningkat menuju redha Ilahi yang kita dambakan? Ataupun tahapannya makin menurun dek kerana hambatan dunia yang tak penah memuaskan iman? Tepuk dada, nilailah sendiri kita sebenarnya berada di tahapan mana. Guna pakailah piawaian seketat dan sestrict mungkin bagi menilai diri, kerana kita bukan lagi budak kecil berhingus yang tak pernah kenal apa itu erti kebaikan dan ganjarannya. Bukan lagi kita berada di alam remaja yang akan mengamuk merampus apabila kehendak tidak dituruti.. Gunakanlah aqal dan iman di hati untuk menilai adakah kita ini telah memanfaatkan dengan sebaiknya bulan terbaik hadiah dari Tuhan yang Maha penyayang.. Jikalau kita berjaya khatam membaca al-Quran di bulan mulia ini, maka, nilaikanlah duhai hati, sejauhmanakah amalan dan bacaan kita itu diterima Tuhan dan menjadikan kita makin dekat denganNya? Atau kita makin jauh dek kerana kemalasan dan ketidak-ikhlasan yang bertamu saat lidah berbicara bahasa kalam mulia itu? Sejauh manakah pemahaman kita tentang ayat-ayat cinta itu makin meresap ke dalam jiwa dan membuahkan amal? Dan sejauh manakah amal yang kita lakukan itu membawa perubahan kebaikan dalam diri kita dari segi sikap, pemikiran, tindakan dan yang lain-lainnya lagi yang setiap satunya mempunyai nilai tersendiri di sisi Dia.. dan cukuplah manusia itu sendiri sebagai penghisab amalan-amalannya di dunia pada ketika ini. Bermuhasabahlah duhai teman, kita masih belum terlambat untuk mengejar baki ganjaran yang masih ada ini. Diibaratkan seperti emas permata berkilauan di hadapan mata, yang ditawarkan untuk kita oleh pemiliknya, manusia gila manakah yang tidak mahu merebut peluang untuk memilikinya? Ohh, tapi kalau saya yang tidak sukakan barang hiasan sebegitu, mungkin imaginasi saya berkeliaran menggambarkan ganjaran itu seperti peluang bercuti di tempat yang paling saya suka, berehat mendamaikan jiwa sambil melihat alam bersama kamera DSLR, ataupun peluang untuk bermain kembali dengan kucing-kucing saya yang dah pulang, maka sayalah orang pertama yang mahu mengangkat tangan setinggi mungkin dan menjerit, saya mahu!!! [atau kamu bole juge berimaginasi yang kamu bakal dapat peluang bermain PSP sepanjang hari tanpa gangguan teman atau adik kecik yang menyibuk nak bermain bersama. Kamu tentu mahu kan?? Pun boleh, kat syurga apa-apa pun bole mintak..(^_-) ]

Kejarlah peluang-peluang ini duhai teman. Sekali setahun. Peluang dosa-dosa yang melangit luas itu diampunkan Tuhan, peluang mendapat apa sahaja yang kita minta [maka, mintalah untuk sebaik-baik perkara], peluang membasuh hati menjadi bersinar bergemerlapan, membuang daki-daki hitam jahiliyyah yang masih tegar bersarang di hati tempat jatuhnya pandangan Allah terhadap kita, peluang mengubah peribadi diri yang tidak sepatutnya ada pada diri seorang muslim, pendek kata, peluang untuk mengejar redha Ilahi yang selama ini kita sentiasa canang-canangkan dalam kehidupan kita sebagai tujuan utama kita hidup. Nah, takkanlah apabila peluang tersedia di hadapan mata, maka kita pula yang mahu menggagalkan diri untuk tidak memanfaatkannya? Sudah tertutupkah hati, butakah mata dan tulikah pendengaran kita dari melihat dan mendengar panggilan Tuhan ini?

BERSEGERALAH...kita masih punya peluang..

" Bagi orang-orang yang memenuhi seruan Tuhannya,(disediakan) pembalasan yang baik. Dan orang-orang yang tidak memenuhi seruan Tuhan, sekiranya mereka mempunyai semua (kekayaan) yang ada di bumi dan (ditambah) sebanyak isi bumi itu lagi bersertanya, niscaya mereka akan menebus dirinya dengan kekayaan itu. Orang-orang itu disediakan baginya hisab yang buruk dan tempat kediaman mereka ialah Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman. "[ ar-Ra'd:18]

* panggilan ini untuk saya yang masih leka dalam berusaha memanfaatkan Ramadhan ini, juga buat kamu, moga jadi peringatan buat hati-hati yang inginkan kedudukan mulia di sisi Tuhannya..