Saturday, June 27, 2009

babak kehidupan II..

Sekian banyak perkara yang berlaku, dan lebih banyak pula yang ingin dikongsi. Hati berbicara inginkan sebuah perubahan. Anjakan minda ke arah perkara yang lebih baik. Membawa diri benar-benar ke arah matlamat yang telah diukir dipahat di dalam hati. Hakikatnya alangkah sukarnya melangkah apabila senantiasa tersadung jatuh mencium bumi. Benarlah kata sang bijaksana, jangan dimulakan amalan negatif, kelak menjadi sebuah kebiasaan yang menjahanamkan diri sendiri. Benar juga apabila hati berbisik sendiri, jangan memanjakan diri dengan seribu satu alasan, hakikatnya potensi diri juga yang akan menjadi kabur hilang dibawa angin waktu. Dan kini, kebenaran terbentang luas di hadapan mata, saya kini kehilangan diri sendiri. Sudah tidak lagi mengenal siapakah saya yang sebenarnya. Petanda penyakit hati yang serius memerlukan rawatan rapi di ICU Hospital Tarbiyyah. Benar sekali.










babak kehidupan..

Scene 1


Time tangan lincah mengupas bawang untuk kenduri kawen cucu jiran depan rumah nenek, tetiba je Long mak sepupu saya bercerita kisah kehidupan. Kisah yang diakhiri dengan bicara sarat nasihat untuk saya sendiri yang mendengar. Hati berbisik rapat, Allah sedang menghantar pesanan khasnya kepada saya melalui Long, khas peringatan buat diri saya yang selalu alpa dengan kehidupan dunia. Pesanan supaya saya membetulkan diri sendiri sebelum benar-benar diizinkanNya berhijrah ke level kehidupan seterusnya.

Long: “ Ateh kekgi kalo dah keje, jangan jadi sombong dengan orang lain. Orang tak tengok keje besar ke, keta besar ke, gaji tinggi ke, tapi orang nilai ikut perangai kite. Molek ke dok, hormat orang tua, tegur bile jupe, bende-bende gitu baru orang pandang. Jangan wat malu ke mok kalu kite tak pandai nak bawak diri..”

Si Ateh: hanya tersenyum dan mengiakan tanda bersetuju. Dan mok (nenek saya) turut tersenyum sama sambil terus mengupas bawang..

Benar. Akhlak mulia juga yang dinilai manusia. Di mana-mana pun, dulu dan sekarang, zaman batu atau teknologi, perkara itu juga yang kekal dijunjung manusia sebagai asas kehidupan. Akhlak mulia jugalah yang menjadi faktor terpenting untuk manusia di zaman Rasulullah s.a.w untuk berduyun-duyun memeluk Islam. Akhlak jugalah yang menjadi alatan asas untuk seorang manusia hidup dalam kelompok manusia yang lain. Berhubung, berinteraksi, bertolak ansur, dan mencipta komuniti aman bebas tanpa sengketa. Nilai inilah yang semakin hanyut ditelan arus zaman. Hanya sekadar diajar di kelas-kelas, diframe dan digantung di papan kenyataan sebagai hiasan, tanpa praktikal dan amalannya dalam generasi kita. Menjadikan kita generasi yang Islam tanpa nilai Islamnya. Minta dijauhkan dari akhlak mazmumah, duhai Tuhan yang merawat hati. Moga jadi peringatan yang terlalu amat bermakna, dari generasi tua yang akan pergi meninggalkan zaman ini, menusup jauh ke lubuk hati saya.

Nota: huhu.. saya gemar ke rumah Mok dan Pok di Panji Alam. Lebih kurang 15 minit dari rumah saya sendiri. Even kalau saya bersendirian, boleh saja saya memecut ke sana tanpa tujuan. Hanya semata-mata menjenguk mereka untuk bertanyakan makan dan kesihatan, di samping bermanja bercerita dan mendengar cerita-cerita kehidupan daripada mereka. Lebih senang juga belajar memasak resipi masakan kegemaran dari mok berbanding Ummi. Hehe.


Scene 2

Durian oh durian!!


Abah dah tak boleh makan durian disebabkan penyakit darah tingginya. Even untuk menghidu baunya saja sudah boleh mendatangkan sakit kepala kepadanya. Oleh itu, saya hanya memendam keinginan mencari dan membeli buah durian sewaktu di awal-awal cuti dan berharap apabila Amad si adik bongsu yang manja pulang ke rumah ketika cuti sekolah, maka harapan saya untuk menikmati raja buah itu akan menjadi kenyataan. Haha.

Tepat sekali jangkaan saya, 2-3 hari selepas bermulanya cuti sekolah, Ummi yang ke pasar pulang dengan membawa seplastik 4 biji buah durian. Cukuplah untuk kami tiga beradik, sekadar merasa bak kata orang. Mula merancang strategi demi menghormati abah, maka kami bertiga mengambil keputusan meletakkan buah durian tersebut di luar rumah, di bahagian garaj yang menghadap terus ke laman rumah yang dipenuhi dengan pokok-pokok buahan, hasil penat lelah Ummi menanam.

Sudah adat orang menanam buah, semestinya spesis cik tupai berkeliaran di keliling rumah saya. Ditambah dengan kawasan tanah milik orang lain di sebelah rumah saya yang dibiarkan dalam keadaan terbiar dipenuhi semak samun, cik-cik tupai senang sekali membuat acara lompatan bebas dari pokok ke pokok melangkaui pagar demi mencari rezeki sesuap nasi buah buat mereka dan keluarga mereka. Huhu. Memikirkan faktor inilah, saya memberi ingatan kepada dua komrades di bawah jagaan terhormat, si Athirah dan si Amad, supaya berhati-hati dan sentiasa memerhatikan buah durian kami yang terbiar di garaj, takut-takut menjadi harta rampasan cik tupai yang suka lari laju-laju. Haha. Tupai makan ke durian?? Entah. Tak ade salahnye kalau kita extra hati-hati, kan? Melibatkan durian buah kesukaan ramai pulak tu. Kiranya boleh justify la kan tindakan ni. Even Athirah dan Amad turut sama mengiakan saranan saya. Demi buah durian!! Haha..

Tak sampai setengah jam selepas itu, saya yang sedang berehat-rehat di dalam bilik terdengar bunyi bising di luar rumah, seolah-olah bunyi spesis binatang tengah berpesta menikmati juadah khas kami! Oh, no!! Tidakkk!!! Durian kesayangan!!! Terus, apa lagi, menjerit memanggil komrades berdua yang tengah enak-enak menonton televisyen di ruang tamu. ”Athirah!! Amad!! Cepat!! Ada tupai nak makan durian kita!! Cepat tengok!!” .. cik tupai tak berdosa jugak yang dapat nama. Ummi yang dalam bilik pun turut kecoh sekali. Haha. Akhirnya, setelah diperhatikan dengan teliti, rupanya bunyi tersebut datangnya dari seekor burung enggang yang datang menunaikan rutin ziarahnya sebulan sekali, bertenggek di atas pagar di tepi rumah. Agaknya baru lepas berpesta dengan buah kelapa sawit di tanah sebelah ( pokok kelapa sawit nan sebatang dikelilingi semak samun.heh~). Berbunyi riuh menarik perhatian kami. Seolah-olah mahu memberitahu yang dia sudah datang berziarah. Huhu. Kes aniaya yang mendebarkan hati betul. Takpelah, at least durian kami masih selamat. Haha.

Dan akhirnya ketika hari menjengah petang, barulah durian yang enak dan lazat menjadi santapan kami, sambil menyaksikan langit cerah berlorek awan, dikelilingi kucing-kucing kesayangan, dan bunyian alam. Huhu. Alhamdulillah. Misi berhasil.

Note: dah jadi tabiat pula makan durian di luar rumah, sambil tengok langit cerah yang cantik.. Tenang. Damai. Indah. Moralnya, jangan sesekali menyimpan buruk sangka kepada spesis berlainan daripada anda!

Tuesday, June 16, 2009

krisis identiti???




You are Extroverted, Agreeable, Neurotic and Open



Extroversion:



You have medium extroversion.

You're not the life of the party, but you do show up for the party.

Sometimes you are full of energy and open to new social experiences.

But you also need to hibernate and enjoy your "down time".



Conscientiousness:



You have low conscientiousness.

Impulsive and off the wall, you don't take life too seriously.

Unfortunately, you sometimes end up regretting your snap decisions.

Overall, you tend to lack focus, and it's difficult for you to get important things done.



Agreeableness:



You have medium agreeableness.

You're generally a friendly and trusting person.

But you also have a healthy dose of cynicism.

You get along well with others, as long as they play fair.



Neuroticism:



You have medium neuroticism.

You're generally cool and collected, but sometimes you do panic.

Little worries or problems can consume you, draining your energy.

Your life is pretty smooth, but there's a few emotional bumps you'd like to get rid of.



Openness to experience:



Your openness to new experiences is high.

In life, you tend to be an early adopter of all new things and ideas.

You'll try almost anything interesting, and you're constantly pushing your own limits.

A great admirer of art and beauty, you can find the positive side of almost anything.

The Five Factor Personality Test

p/s: apehal la sejak dua menjak ni asyik bebenor buat kuiz..huhu..krisis identiti yang kronikkah?? ditambah dengan cuaca di Terengganu yang tersangat amatlah panas, memang dah tak kenal diri sendiri la jawabnya..huhu..