Friday, October 8, 2010

~Zammilooni~

Zamilooni
Native deen

He stepped inside his home, so he overwhelmed with fear
An angel came with words from God, things were still unclear
Saying read - read, but he couldn't read, amazing words that he heard
A trembling deep inside his heart, confused by what had occurred

There was only one who could comfort him
And help him see the light
To ease his fears, to reassure
Was khadijah, his wife

Chorus
He said Zamilooni, Zamilooni, Dathirooni, Dathirooni, (Envelop me, Embrace me)
A mighty task has come before me
I need you here with me
By my side

She was a woman of nobility, successful in all her trade
Many wealthy men had asked for her, she turned them all away
But when she saw Muhammad, a shining moon, may peace be on his soul
He was a light for her , so right for her, her life will now be whole

But she had never seen him so distressed, as he was there that day
She would comfort him, and hold him tight, and chase his doubts away

Chorus

We look for stories of love, in places dark and cold
When we have a guiding light, for the whole world to behold
But were so selfish in our ways, and to the ones we hold so close
Our own pleasure and happiness is what we value most

But she sacrificed all her wealth and everything she had
And he honored her, and gave her faith,
when the times were bad, when times were bad...

Now years have passed, times had changed, since khadijah breathed her last.
And the Message of the one true God, was spreading far and vast
But then he came across a jewellery, that khajidah had once worn
His eyes began to swell with tears, his heart began to mourn

Cause she was there for him, when the times were rough, and his enemies were cruel
she was the first believer, so keen and eager, to comfort ar-Rasool

Chorus

Mawla ya salli wa sallim da'iman abada
'Ala habibika khayril khalqi kullihimi...Rasullullah
(O my Lord, send your salutations and blessings forever
Upon Your Beloved, the best of the whole of creation)

p/s:
* saya masih di sini even tho lama menyepi..heh~ sehat dan masih diberi kuat untuk teruskan perjalanan..

* lagu ni, masa mula2 dengar 3-4 years back, saya hanya jatuh cinta sebab melodi dan rentaknye menarik        hati, tapi bila dah lama dengar, baru perasan rupenye Native Deen duet ngan Zain Bikha khas ditujukan buat Saiditina Khadijah r.a. dan liriknya pula amat menyentuh hati.. selalu nak berair  je mata saya kalau dengar lagu ni..menyelami pengorbanan dan cinta kasih Saiditina Khadijah kepada Rasulullah, dan cinta baginda buatnye even tho dia telah tiada, serta hakikat hebatnya anugerah dari Tuhan...subhanallah..

Friday, August 27, 2010

transitional phase~ tamat sudah...

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, untuk nikmat yang dari hari ke hari makin tak terhitung..untuk rasa untuk membaik yang walau kadang-kadang tenggelam tetap akan timbul muncul semula..dan untuk peluang yang masih bersisa pada saat dan waktu ini, Ramadhan yang mulia..

Sudah semakin hampir ke penghujung Ogos, bermakna hanya berbaki 2 hari untuk attachment saya di bahagian Restoratif. Oh, sungguh sedih!!! I would say that it has been such a very meaningful journey so far.. learning bout new things, bout my capability as a dentist, and most important, bout human and their behaviour-my favourite subject..heh~

Kalau nak dikira, pakar resto di sini bole dikira sebagai pakar paling cool pernah saya jumpa. Tak pernah marah, kalo buat silap pun masih lagi bole menenangkan hati si tukang buat silap tu, sambil2 cuba mencari penyelesaian terbaik bagi membetulkan keadaan..sangat kagum ok.. terasa kerdil dan kurangnya saya sebagai seorang profesional yang bekerja untuk serve orang ramai. Baiklah, sila betulkan diri sendiri ye selepas ini.. baik dari skill, mahupun attitude..pengalaman, sentiasa menjadi guru terbaik untuk sebuah kehidupan..

Dan ketika ini, saya sentiasa diingatkan oleh Dia, yang setiap hari akan ada sahaja perkara yang saya lalui yang menyebabkan hati saya di-relate-kan kepadaNya.. setiap hari yang di mana jalan yang sama itulah yang saya lalui, menemukan saya dengan pelbagai ragam kehidupan..si anak kecil lengkap berseragam sekolah menunggu kedatangan pelanggan di gerai jualan sarapan pagi tepi jalan, setiap hari tanpa jemu, walau jam hanya berbaki 10 minit sebelum waktu persekolahan bermula [betapa taatnya dan berusahanya dia untuk kebelangsungan kehidupan..huhu..sedih..].. pakcik tua yang gigih keluar di pagi hari mencari rezeki [ buat saya terkenang kepada datuk di kampung..touching sungguh!], bapa yang menggendong anak yang tidak memakai topi keledar keselamatan, tetap teguh menghantar anaknya ke sekolah di setiap pagi [ sayangkan anak atau tidak, pasti dia punya ceritera kehidupan tersendiri,moga mereka sentiasa selamat], pekerja yang kadang-kadang ada kadang tiada macam chipsmore, pekerja yang bekerja dengan ikhlas dan yang selalu merungut, dan pelbagai lagi ragam kehidupan yang tidak dapat tidak, akan membuatkan saya tersentuh hati dan berfikir.. Manusia, setiap satu darinya setiap hari menuju jalan kepada Tuhannya.. cuma yang membezakan, adalah sama ada jalan tersebut a genuine path, that will lead u to ur Lord's jannah, ataupun  jalan itu membawa ke destinasi yang bakal disesali. Dan alangkah beruntungnya setiap yang bersyukur kepada Tuhannya, untuk setiap dugaan dan kesenangan yang menimpa, tetap berdoa untuk hati yang diberi petunjuk yang lurus...

Hakikatnya, saya juga menyedari semakin hari yang berlalu, saya sudah makin sebati dengan tempat baru ini. Tiap hari yang dilalui pada jalan yang sama, saya temui bahagian hati saya yang sudah menerima tempat ini sebahagian dari hidup saya, sebagaimana dulu saya telah menerima KL dan PJ sebagai episod kehidupan yang tidak dapat dipisahkan...Makanya dengan ini saya mengumumkan telah tamatnya tempoh transitional phase saya di sini. Heh~ Peringkat peralihan dan penyesuaian diri itu telah tamat..Tiada lagi rasa berbolak-balik sentiasa mencari alasan untuk tidak mengoptimumkan potensi diri saya yang sebenarnya di sini. Saya mahu mula mengorak langkah dengan laju, mula menetapkan impian dan matlamat untuk gerak kerja dakwah di sini, mula memaksimumkan gerak kerja dengan hati yang teguh. Mahu terus thabat di jalan mulia ini.. mohon diperkenankan duhai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Mengetahui keadaan sebenar saya di sini..

Doakan saya duhai sahabat.. 

dan sebenarnya, doa kalian lah yang menjadi peneman setia saya di sini..

may He bless..




Wednesday, August 25, 2010

counting~ 15 days left..

"Ya Allah, kuatkanlah diriku untuk bersegera mengejar kebaikan di bulan Ramadhan yang mulia ini.."

Perlumbaan masih berbaki 15 hari..sudah di manakah kita? dan makin jelas kah matlamat yang diburu kali ini? ataupun sudah semakin kabur dek kerana keseronokan mengejar persiapan 1 syawal yang belum tentu menandakan kemenangan?

Muhasabahlah.. 

Kita masih punya waktu..