Friday, July 10, 2009

fokus..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. dah mula semester baru..semester extended. insyaAllah 6 bulan yang terakhir..

Alhamdulillah.. berjaya mengumpul semangat.. time lepak bilik si Athirah di Serdang, sambil disapa angin petang yang sejuk, hati semacam dikembalikan ke zaman matrikulasi ketika di Melaka. Zaman di mana hati masih suci menabur jejak-jejak impian dalam kehidupan, penuh harapan. Tak terasa susah yang mendatang, pahit yang tak tertelan, masin payau kehidupan semuanya diharung begitu sahaja tanpa sedikit pun putus asa dan patah semangat. Segalanya demi sebuah impian. Harapan dan pengharapan kepadaNya tulus mulus datang dari hati yang baru belajar mengenal kehidupan. Dan kini, apabila terasa down gila tapi tak nak putus asa tapi still tak tau nak cari kat mana semangat tu, hati berbisik sayu, kutip kembali muhasabah yang datang dan pergi dalam tempoh 2 bulan yang lepas, dan terus bertindak. Atur kembali ruang kehidupan yang lompong penuh kelemahan, bina kembali semangat juang yang telah luntur itu, kerana sesungguhnya jikalau 6 tahun yang lepas, semangat itu begitu sekali membara, sekarang juga sepatutnya masih sama, malah mesti makin berapi. Kerana hakikatnya impian itu belum lagi tercapai, separuh perjalanan pun masih belum ditempuh, masakan mahu mengalah bersedih seperti sudah kehilangan hari esok,bukan?? dan hati menjadi makin kuat..insyaAllah..

Alhamdulillah.. Allah hadirkan mereka yang prihatin dalam hidup saya. Hari ini, ada orang sanggup meluangkan masanya yang amat mahal itu semata-mata mahu bertanyakan keadaan saya bagaimana. Beliau bimbangkan saya takut-takut saya kecundang dalam permainan perasaan yang memusnahkan jiwa dan kehidupan. Sungguh, walaupun sebuah kenyataan itu sangatlah perit untuk diterima, tapi saya ok. As in memang ok. Sebab hati dah boleh terima kot. Jadi takdelah rasa berat sangat ke ape. Even kuliah dah start pun, terasa macam biasa je, enjoy buat kerja di klinik and so on. Kadang-kadang je rasa tu datang, tapi takdelah sampai menjejaskan kehidupan. Lagipun sesi terapi di bilik Athirah tu berhasil kot..heh. Dan bila insan baik hati yang sangat saya sayangi dan sanjungi ini menunjukkan rasa ambil berat beliau, saya..... teramatlah terharu. Ye, terharu, sayu dan terasa sangat disayangi..Sebab sangatlah tak expect sampai macam tu sekali sayangnya kepada saya. [Athirah selalu cakap saya budak kurang kasih sayang dan perhatian..haha..] Dan saya sangatlah tak berharap akan ada mereka yang boleh buat saya terharu sampai begitu sekali. Yela, budak-budak 'hard core' mana layan sangat perasaan sayu mayu haru ni. [Kan gitu cik Sarah?] Haha. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, ukhuwwah ini membekas di jiwa disirami dengan rahmah kasih sayangMu. Semoga Allah melimpahi hidupnya di dunia dan akhirat dengan rahmat kesejahteraan..terima kasih ya kerana berjaya buat saya terharu..

nota kaki: saya dinasihatkan agar fokus dengan sepenuhnya untuk waktu dan peluang yang tersisa buat saya. InsyaAllah. Doakan saya.

Saturday, June 27, 2009

babak kehidupan II..

Sekian banyak perkara yang berlaku, dan lebih banyak pula yang ingin dikongsi. Hati berbicara inginkan sebuah perubahan. Anjakan minda ke arah perkara yang lebih baik. Membawa diri benar-benar ke arah matlamat yang telah diukir dipahat di dalam hati. Hakikatnya alangkah sukarnya melangkah apabila senantiasa tersadung jatuh mencium bumi. Benarlah kata sang bijaksana, jangan dimulakan amalan negatif, kelak menjadi sebuah kebiasaan yang menjahanamkan diri sendiri. Benar juga apabila hati berbisik sendiri, jangan memanjakan diri dengan seribu satu alasan, hakikatnya potensi diri juga yang akan menjadi kabur hilang dibawa angin waktu. Dan kini, kebenaran terbentang luas di hadapan mata, saya kini kehilangan diri sendiri. Sudah tidak lagi mengenal siapakah saya yang sebenarnya. Petanda penyakit hati yang serius memerlukan rawatan rapi di ICU Hospital Tarbiyyah. Benar sekali.










babak kehidupan..

Scene 1


Time tangan lincah mengupas bawang untuk kenduri kawen cucu jiran depan rumah nenek, tetiba je Long mak sepupu saya bercerita kisah kehidupan. Kisah yang diakhiri dengan bicara sarat nasihat untuk saya sendiri yang mendengar. Hati berbisik rapat, Allah sedang menghantar pesanan khasnya kepada saya melalui Long, khas peringatan buat diri saya yang selalu alpa dengan kehidupan dunia. Pesanan supaya saya membetulkan diri sendiri sebelum benar-benar diizinkanNya berhijrah ke level kehidupan seterusnya.

Long: “ Ateh kekgi kalo dah keje, jangan jadi sombong dengan orang lain. Orang tak tengok keje besar ke, keta besar ke, gaji tinggi ke, tapi orang nilai ikut perangai kite. Molek ke dok, hormat orang tua, tegur bile jupe, bende-bende gitu baru orang pandang. Jangan wat malu ke mok kalu kite tak pandai nak bawak diri..”

Si Ateh: hanya tersenyum dan mengiakan tanda bersetuju. Dan mok (nenek saya) turut tersenyum sama sambil terus mengupas bawang..

Benar. Akhlak mulia juga yang dinilai manusia. Di mana-mana pun, dulu dan sekarang, zaman batu atau teknologi, perkara itu juga yang kekal dijunjung manusia sebagai asas kehidupan. Akhlak mulia jugalah yang menjadi faktor terpenting untuk manusia di zaman Rasulullah s.a.w untuk berduyun-duyun memeluk Islam. Akhlak jugalah yang menjadi alatan asas untuk seorang manusia hidup dalam kelompok manusia yang lain. Berhubung, berinteraksi, bertolak ansur, dan mencipta komuniti aman bebas tanpa sengketa. Nilai inilah yang semakin hanyut ditelan arus zaman. Hanya sekadar diajar di kelas-kelas, diframe dan digantung di papan kenyataan sebagai hiasan, tanpa praktikal dan amalannya dalam generasi kita. Menjadikan kita generasi yang Islam tanpa nilai Islamnya. Minta dijauhkan dari akhlak mazmumah, duhai Tuhan yang merawat hati. Moga jadi peringatan yang terlalu amat bermakna, dari generasi tua yang akan pergi meninggalkan zaman ini, menusup jauh ke lubuk hati saya.

Nota: huhu.. saya gemar ke rumah Mok dan Pok di Panji Alam. Lebih kurang 15 minit dari rumah saya sendiri. Even kalau saya bersendirian, boleh saja saya memecut ke sana tanpa tujuan. Hanya semata-mata menjenguk mereka untuk bertanyakan makan dan kesihatan, di samping bermanja bercerita dan mendengar cerita-cerita kehidupan daripada mereka. Lebih senang juga belajar memasak resipi masakan kegemaran dari mok berbanding Ummi. Hehe.


Scene 2

Durian oh durian!!


Abah dah tak boleh makan durian disebabkan penyakit darah tingginya. Even untuk menghidu baunya saja sudah boleh mendatangkan sakit kepala kepadanya. Oleh itu, saya hanya memendam keinginan mencari dan membeli buah durian sewaktu di awal-awal cuti dan berharap apabila Amad si adik bongsu yang manja pulang ke rumah ketika cuti sekolah, maka harapan saya untuk menikmati raja buah itu akan menjadi kenyataan. Haha.

Tepat sekali jangkaan saya, 2-3 hari selepas bermulanya cuti sekolah, Ummi yang ke pasar pulang dengan membawa seplastik 4 biji buah durian. Cukuplah untuk kami tiga beradik, sekadar merasa bak kata orang. Mula merancang strategi demi menghormati abah, maka kami bertiga mengambil keputusan meletakkan buah durian tersebut di luar rumah, di bahagian garaj yang menghadap terus ke laman rumah yang dipenuhi dengan pokok-pokok buahan, hasil penat lelah Ummi menanam.

Sudah adat orang menanam buah, semestinya spesis cik tupai berkeliaran di keliling rumah saya. Ditambah dengan kawasan tanah milik orang lain di sebelah rumah saya yang dibiarkan dalam keadaan terbiar dipenuhi semak samun, cik-cik tupai senang sekali membuat acara lompatan bebas dari pokok ke pokok melangkaui pagar demi mencari rezeki sesuap nasi buah buat mereka dan keluarga mereka. Huhu. Memikirkan faktor inilah, saya memberi ingatan kepada dua komrades di bawah jagaan terhormat, si Athirah dan si Amad, supaya berhati-hati dan sentiasa memerhatikan buah durian kami yang terbiar di garaj, takut-takut menjadi harta rampasan cik tupai yang suka lari laju-laju. Haha. Tupai makan ke durian?? Entah. Tak ade salahnye kalau kita extra hati-hati, kan? Melibatkan durian buah kesukaan ramai pulak tu. Kiranya boleh justify la kan tindakan ni. Even Athirah dan Amad turut sama mengiakan saranan saya. Demi buah durian!! Haha..

Tak sampai setengah jam selepas itu, saya yang sedang berehat-rehat di dalam bilik terdengar bunyi bising di luar rumah, seolah-olah bunyi spesis binatang tengah berpesta menikmati juadah khas kami! Oh, no!! Tidakkk!!! Durian kesayangan!!! Terus, apa lagi, menjerit memanggil komrades berdua yang tengah enak-enak menonton televisyen di ruang tamu. ”Athirah!! Amad!! Cepat!! Ada tupai nak makan durian kita!! Cepat tengok!!” .. cik tupai tak berdosa jugak yang dapat nama. Ummi yang dalam bilik pun turut kecoh sekali. Haha. Akhirnya, setelah diperhatikan dengan teliti, rupanya bunyi tersebut datangnya dari seekor burung enggang yang datang menunaikan rutin ziarahnya sebulan sekali, bertenggek di atas pagar di tepi rumah. Agaknya baru lepas berpesta dengan buah kelapa sawit di tanah sebelah ( pokok kelapa sawit nan sebatang dikelilingi semak samun.heh~). Berbunyi riuh menarik perhatian kami. Seolah-olah mahu memberitahu yang dia sudah datang berziarah. Huhu. Kes aniaya yang mendebarkan hati betul. Takpelah, at least durian kami masih selamat. Haha.

Dan akhirnya ketika hari menjengah petang, barulah durian yang enak dan lazat menjadi santapan kami, sambil menyaksikan langit cerah berlorek awan, dikelilingi kucing-kucing kesayangan, dan bunyian alam. Huhu. Alhamdulillah. Misi berhasil.

Note: dah jadi tabiat pula makan durian di luar rumah, sambil tengok langit cerah yang cantik.. Tenang. Damai. Indah. Moralnya, jangan sesekali menyimpan buruk sangka kepada spesis berlainan daripada anda!