Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, masih lagi diizinkan Dia untuk terus melangsungkan hidup, dengan semangat yang makin membara, mahu terus membaik dari segenap segi dan upaya..
Uhh, Ramadhan sudah makin mendekat.. sudah sediakah semua? Untuk menggenggam bulan penuh barakah, memanfaatkannya sebaik mungkin dalam memaksimakan potensi hamba dalam diri masing-masing.. Sediakan mental dan fizikal dengan sebaiknya, ibarat mahu menyertai perlumbaan jarak jauh yang memerlukan kekuatan luar biasa, sudah pasti menang itu yang jadi impian..menang dalam melawan nafsu, menang dalam melaksanakan kebaikan berganda-ganda dari kebiasaan, menang dalam melawan diri membasmi kelemahan…
Erm, apa kata tahun ini sempena Ramadhan yang bakal bertamu, jom kita setkan dalam fikiran untuk membaiki diri dari segi SATU aspek keburukan. Saya bagi contoh umum yang biasa manusia ada: sifat suka bertangguh.. ataupun apa-apa jelah yang lain..apa kata kita cuba jaya sedaya upaya untuk mengubah sikap buruk ini supaya menjadi kebaikan, dengan jadikan Ramadhan ini sebagai penguat semangat paling ampuh [ yelakan, bulan buat baik kan…?], dan nantinya bila tiba Syawal, kita mampu meraikan dalam erti kata kemenangan yang tersendiri buat diri kita…huhu…ni sebenarnya menyeru kepada diri sendiri ni, supaya makin membaik..heh~..kebiasaannya mendengar ramai yang suka jadikan tahun baru la, Raya Korban@Haji la sebagai pelantun semangat baru untuk berubah.. apa kata tahun ni try jadikan Ramadhan pulak sebagai pemangkin.. mesti lagi best kan? Lagi bersemangat gitu. Pastu nanti bila time Raya Korban satu sikap buruk lagi yang jadi mangsa, pastu time awal Muharram @ tahun baru itu ubah lagi satu sikap pulak lagi..huhu..banyak kan peluang kita untuk berubah dalam kehidupan ni.. dan kalau ikutkan tak payah tunggu apa-apa event penting pun sebenarnya, tapi tula, manusia ni kadang-kadang ada yang memerlukan extra kekuatan dari sumber luar, contohnya adalah seperti event-event besar ni la..pemangkin semangat dan penggerak langkah supaya makin laju kot..insyaAllah..huhu, human behaviour, begitulah...
Oh, aspek lain yang memburu kebaikan berganda time Ramadhan tu jangan la buat-buat lupa pulak.. tadi tu just cadangan penyeri dan penambahbaikan dalam kehidupan sahaja. Jangan leka sangat ye dengan kehidupan sehari-hari semasa bulan Ramadhan nanti, rugi je kalau tak manfaatkan sepenuhnya peluang seperti emas jatuh ke riba ni..ditambah dengan kenyataan bahawa kita pun tak tahu sama ada tahun depan tu masih berpeluang ataupun tidak untuk berjumpa dengan Ramadhan yang mulia sebegini..jadinya, jom get ready untuk pecut!!! Heh~
* mode bakal meraikan dan merayakan Ramadhan di tempat baru..harapnya lebih membaik berbanding tahun-tahun yang lepas, walau hanya ada cik Kiddy sorang je [eh, seekor kot..huh..da macam manusia pulak kucing peneman jiwa tu..] sebagai pengejut sahur, harapnya semangat tak kan luntur untuk memburu malam terbaik antara 1000 bulan itu...BERUSAHA!!
No comments:
Post a Comment