Friday, August 20, 2010

BAIK dan persoalannya...

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, hari ini masuk ke bahagian 10 kedua di bulan penuh barakah ini.. hows your first ten days everybody? Sudah makin bersemangatkah untuk menempuh baki hari-hari Ramadhan ? ataupun sebaliknya? Muhasabahlah diri untuk membuat koreksi..masa masih lagi ada untuk kesedaran dipupuk dan mengorak langkah ke arah hari-hari yang lebih baik..gambatte ne!!

Hari ini saya mahu nukilkan sesuatu di sini..mahu menulis tentang sesuatu yang telah lama bermain di hati, tersimpan di kepala.  [oh, rupanya telah lama tidak menulis! Heh~ *buat-buat tidak sedar* ~].. kali ini tentang menjadi BAIK..

Semua orang, dalam fasa-fasa kehidupan yang pernah dilalui, semestinya pernah terdetik di hati ingin menjadi BAIK.. atau bertambah BAIK, semakin memBAIK, dan yang sewaktu dengannya..tidak pernah pun ada yang mengimpikan kehidupannya menjadi sebaliknya, makin memburuk, kan? Namun, pernahkah kita terfikir tentang istilah BAIK yang selalu kita bicarakan itu adakah ianya menepati maksud BAIK itu sendiri, iaitu dalam pengertian yang sebenar-benarnya? Pengertian bagi kita, seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah dan RasulNya. Jika bahagian pertama dari sebuah episode perubahan diri pun [yakni pengertian BAIK itu sendiri] masih lagi belum sempurna terangnya pada hati kita, bagaimanakah mungkin kita mampu membawa langkah mengubah diri itu ke jalan yang benar dan betul? Dan yang utamanya bagaimana mungkin kita menjadi BAIK jika kita pun tidak pernah tau BAIK itu apakah, kan?? Huhu..

 So, pengertiannya secara ringkas:
BAIKà ialah apabila kita telah berIMAN dengan sebenar-benarnya. Yakni mematuhi setiap perintah Allah dan menjauhi setiap laranganNya..

TAQWA à memelihara diri dari siksaan Allah dengan mematuhi segala perintah dan laranganNya, bukan berkitar sekadaran takut kepada Allah sahaja..

“ wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara KESELURUHANNYA, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu..”
[Al-Baqarah: 208]
 Bole la rujuk artikel en. Hilal Asyraf dan Versus by Hlovate untuk penerangan tentang BAIK, yang lebih memudahkan untuk faham..oh, mereka yang dah biasa dengan tarbiyah, maza yakni tu paling simple la kot kalo nak faham lagi..heh~

So, macamana nak tahu apakah itu perintah dan apakah itu larangan yang Allah dah bagi kat kita, hambaNya ini?? Kenelah rujuk sumber paling sahih dan sempurna yakni Al-Quran  [manual haraki kehidupan seorang manusia muslim—paling lengkap dan perfect  ye!]dan sunnah.  Plus dengan berguru kepada mereka yang sewajarnya untuk makin memantapkan pemahaman ilmu di dada. Bila da setel yang ini, then bolehla berusaha pula memenuhi tuntutan menjadi BAIK itu..

Jadi, takdelah terkontang-kanting nak jadi baik tapi tak tau cara, kan??

Saya bagi contoh tak spesifik..aurat bagi wanita muslim..kadang-kadang seseorang itu just memang tidak tahu yang hakikat menutup aurat itu bukan sekadar memakai tudung bagi menutup rambut dari pandangan umum [oh, ade je yang tak tahu menutup aurat tu hukumnya WAJIB  dan menganggapnya sebagai pilihan apabila dah sampai seru], TETAPI juga merangkumi aspek pemilihan material tudung yang tidak jarang [sehingga menampakkan bayang-bayang apa yang ditutupnya- tengkuk, rambut etc], juga tudung yang bahagian hadapannya menutupi bahagian dada, pemilihan pakaian yang longgar dan tidak mengikut bentuk badan, labuh pula melebihi punggung dan juga pemakaian sarung kaki untuk menutup kaki.. [eh kaki masuk sekali ke??? Heh~ ya!! Kan anggota yang tak dikira sebagai aurat hanyalah muka dan tapak tangan, so, kaki?--> fikirlah sendiri ya!!]

Jadinya, apabila dah dari awal lagi tau bahawa menjadi BAIK itu adalah dengan beriman dan mematuhi segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya, makanya, dengan automatik perintah Allah supaya menutup aurat itu akan kita laksanakan dengan penuh kerelaan hati.. tak lagi bertangguh-tangguh, atau mencari dan mereka ilusi dengan mengatakan tak bersedia, tak sampai seru dan sebagainya lah alasan lain tu..sebab kita nak jadi BAIK,kan? Nak jadi hambaNya yang BAIK, kan? Nak masuk syurga, kan? Tak nak masuk neraka, kan?? Huhu..

Dan segala perintah Allah yang lain baik dari segi ibadah dan sebagainya, pun akan kita buat dengan sepenuh hati juga.. sebab hakikatnya kita sendiri mahu memenuhi matlamat kita itu à kehidupan yang lebih BAIK..di dunia dan di akhirat sana..

Benar, untuk berubah menjadi BAIK mengikut acuan Islam yang sebenarnya bukanlah mudah!! Apatah lagi ditambah dengan keadaan sekeliling yang kurang menyokong ( seperti keluarga yang kurang sempurna dalam mengamalkan cara hidup Islam yang sebenarnya, etc), ataupun halangan dari diri sendiri yang kurang bersedia sentiasa bertanguh-tangguh atau beralasan seperti : “ tunggulah dulu”, or “ takpela, pelan-pelan la..” dan sebagainya yang lain. Namun hendaklah di setiap detik yang berlalu itu, kita menyoal “apakah yang akan terjadi kiranya saat kematian aku itu tiba sebelum sempat aku berubah? apakah yang dikira dan dinilai oleh Tuhanku, sedangkan aku sendiri telah mengetahui akan tanggungjawabku?”

“ dan apabila dikatakan kepadanya; ‘berTAQWAlah kepada Allah,’ bangkitlah kesombongannya yang menyebabkannya berbuat dosa. Maka cukuplah (balasannya) neraka jahannam. Dan sungguh neraka jahannam itu tempat tinggal seburuk-buruknya.”
[Al-Baqarah: 206]


Dan hakikat sebenar yang lebih pahit dalam kehidupan manusia ialah, perubahan itu tidak perlu ditunggu-tunggu waktunya, namun hanya perlu dilaksanakan pada waktu itu juga, pada waktu kesedaran itu datang menjenguk!! Diri sendirilah yang perlu straight away decide yang diri itu MAHU BERUBAH dan mula BERUBAH!!! Yang panjang dan perlahan waktunya adalah PROSES perubahan itu sendiri, berdikit-dikit, sedikit demi sedikit sehingga sempurna proses perubahannya menjadi BAIK. Namun, yang pertama-tama yang perlu dilakukan adalah menerima, memahami dan melaksanakannnya ( walaupun sedikit!!).. bukannya bertangguh-tangguh menunggu waktu yang tidak pasti dan mungkin tidak kunjung tiba!

Adat berubah—ada sisi pahit getir dan manisnya,sisi berjaya dan gagalnya, ada sisi naik dan turunnya—semua itu perlu diFAHAMI. Dan dalam masa yang sama, persiapkanlah diri dengan bekal iman dan keyakinan yang tinggi kepadaNya, bahawa Dia sesungguhnya pasti akan menolong! Ujian yang datang- hanyalah sekadar untuk menambah keyakinan dan memantapkan hati kita tentang perubahan yang sedang kita laksanakan dalam kehidupan kita. dan yakinlah, Tuhan tidak akan menguji melainkan berkadaran dengan kesanggupan kita menghadapinya..so, chill ya!

Maka, berTEKADlah, dan berTABAHlah, wahai mereka yang berhati cekal, yang telah memilih dan berazam mahu menjadikan Islam itu sebagai cara hidup keseluruhanmu, dan mahu mati yang pasti itu dalam redhaNya, menuju perjalanan ke matlamat abadi, syurga yang pasti!!! mahu jadi BAIK, silakan, amat dialu-alukan, namun hendaklah dalam pengertian yang sebenar-benarnya, dan bukan hanya sekadar sekerat dan separuh jalan..

kesimpulannya..berusahalah!! may He bless..

catatan di sektor restoratif yang bosan tiada patient dan selalu bermain-main,
17/8/10,  1325pm..
dibekukan pada cik laptop- 20/8/10, 2313pm...

menulis berdasarkan pengalaman seciput,
Jitra, Jelapang Padi Hijau..

No comments: