Saturday, July 31, 2010

persiapan..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, masih lagi diizinkan Dia untuk terus melangsungkan hidup, dengan semangat yang makin membara, mahu terus membaik dari segenap segi dan upaya..

Uhh, Ramadhan sudah makin mendekat.. sudah sediakah semua? Untuk menggenggam bulan penuh barakah, memanfaatkannya sebaik mungkin dalam memaksimakan potensi hamba dalam diri masing-masing.. Sediakan mental dan fizikal dengan sebaiknya, ibarat mahu menyertai perlumbaan jarak jauh yang memerlukan kekuatan luar biasa, sudah pasti menang itu yang jadi impian..menang dalam melawan nafsu, menang dalam melaksanakan kebaikan berganda-ganda dari kebiasaan, menang dalam melawan diri membasmi kelemahan…

Erm, apa kata tahun ini sempena Ramadhan yang bakal bertamu, jom kita setkan dalam fikiran untuk membaiki diri dari segi SATU aspek keburukan. Saya bagi contoh umum yang biasa manusia ada: sifat suka bertangguh.. ataupun apa-apa jelah yang lain..apa kata kita cuba jaya sedaya upaya untuk mengubah sikap buruk ini supaya menjadi kebaikan, dengan jadikan Ramadhan ini sebagai penguat semangat paling ampuh [ yelakan, bulan buat baik kan…?], dan nantinya bila tiba Syawal, kita mampu meraikan dalam erti kata kemenangan yang tersendiri buat diri kita…huhu…ni sebenarnya menyeru kepada diri sendiri ni, supaya makin membaik..heh~..kebiasaannya mendengar ramai yang suka jadikan tahun baru la, Raya Korban@Haji la sebagai pelantun semangat baru untuk berubah.. apa kata tahun ni try jadikan Ramadhan pulak sebagai pemangkin.. mesti lagi best kan? Lagi bersemangat gitu. Pastu nanti bila time Raya Korban satu sikap buruk lagi yang jadi mangsa, pastu time awal Muharram @ tahun baru itu ubah lagi satu sikap pulak lagi..huhu..banyak kan peluang kita untuk berubah dalam kehidupan ni.. dan kalau ikutkan tak payah tunggu apa-apa event penting pun sebenarnya, tapi tula, manusia ni kadang-kadang ada yang memerlukan extra kekuatan dari sumber luar, contohnya adalah seperti event-event besar ni la..pemangkin semangat dan penggerak langkah supaya makin laju kot..insyaAllah..huhu, human behaviour, begitulah...

Oh, aspek lain yang memburu kebaikan berganda time Ramadhan tu jangan la buat-buat lupa pulak.. tadi tu just cadangan penyeri dan penambahbaikan dalam kehidupan sahaja. Jangan leka sangat ye dengan kehidupan sehari-hari semasa bulan Ramadhan nanti, rugi je kalau tak manfaatkan sepenuhnya peluang seperti emas jatuh ke riba ni..ditambah dengan kenyataan bahawa kita pun tak tahu sama ada tahun depan tu masih berpeluang ataupun tidak untuk berjumpa dengan Ramadhan yang mulia sebegini..jadinya, jom get ready untuk pecut!!! Heh~

* mode bakal meraikan dan merayakan Ramadhan di tempat baru..harapnya lebih membaik berbanding tahun-tahun yang lepas, walau hanya ada cik Kiddy sorang je [eh, seekor kot..huh..da macam manusia pulak kucing peneman jiwa tu..] sebagai pengejut sahur, harapnya semangat tak kan luntur untuk memburu malam terbaik antara 1000 bulan itu...BERUSAHA!!



Saturday, July 17, 2010

moga Allah menggantikannya dengan yang lebih baik..

Bismillahirrahmanirrahim..

Semalam menerima satu berita yang amat menyedihkan. Terkejut pun ada. Namun benarlah bahawa kekuasaaan Dia lah yang mengatasi segala sesuatu. Kita merancang dengan rapi, namun Dia lah Tuhan yang memiliki perancangan sebaik-baiknya untuk setiap hambaNya..moga tabah wahai sahabat, Allah sentiasa bersama kamu...

Sekadar perkongsian:

" Dan kami menghendaki, supaya Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak lain yang lebih baik kesuciannya daripada anaknya itu dan lebih dalam kasih sayangnya ( kepada ibu bapanya)."
[ 18:81]

" Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."        
 [ 59:18]


* masih lagi kini terus berjalan mengutip setiap pengalaman, menambah bekal untuk menjadi manusia yang lebih baik..moga setiap diri yang membaca di sini memperoleh perjalanan yang sentiasa dipandu olehNya, dan kembali menghadapNya dalam keadaan yang disucikan dari dosa.. berbekal lah dengan sebaik-baik bekal..

Monday, June 28, 2010

bahagia itu letaknya di hati : episod 2 @ end..

ok2..sambungannye..

Esok paginya, usai breakfast di umah Sarah, terus gerak ke Kompleks Tabung Haji. Sempatla menyaksikan the solemnization ceremony of Miha dan pasangannya..dan menunggu dengan penuh sabar sampai ke jam 4 petang selepas itu! Huhu..kenduri kawen paling lama la ni pernah dihadiri. Tapi yang sangat puas hatinya, bole jumpa dengan ramai mereka-mereka yang sangat saya rindui. Best banget!! K’tik, mak cik Chom, K’ maria dan Dr. E [plus anesa dan imran.huhu..comelnye kamu!], makcik pakcik hebat,plus sahabat-sahabat seperjuangan dahulu kala..alhamdulillah..syukur kepadaNya yang mengurniakan peluang ini kepada saya..then, dan-dan tu jugak decide dengan si Asmaa’ untuk terus gerak pulang ke utara pada petang itu juga. Huhu. Nasib baikla mata ni cerah je sepanjang perjalanan,dan selamat sampai ke Penang jam 10 malam. Kalau nak diikutkan hati yang selalu suka sangat buat keje-keje berisiko dan dalam kategori keje gila, nak je saya teruskan perjalanan ke Jitra yang hanya berbaki 1 jam sehaja lagi. Yela, da alang-alang kan. Dalam hati: kot kalo umi tau ni, memang abesla. Dala sorang-sorang, lewat malam pulak tu. Tapi bila ditimbang tara bahawa Dr Retno yang menjaga kucing saya sepanjang ketiadaan saya tu mungkin dah tido, dan saya mungkin tak dapat amek cik Kiddy di tengah malam sebegitu, makanya berehatla saya di Seberang Jaya. [ pertimbangan saya dalam buat keputusan penting sebegitu hanyalah bersandarkan kepada seekor anak kucing kesayangan, bukannya sebab sayangkan diri sendiri ke ape..haihh..cik Mash yang sangatla tak centre otak die..haha]. dan pagi Ahadnya, seawal 830 pagi dah terpacak di depan umah Dr Retno untuk mengambil encik kucing tesebut.huhu. dan seterusnya balik terus berehat kat rumah sebab tak nak jumpa orang di klinik.hehe.

Ok. Kisah pengembaraan tamat. Tapi analisisnya baru bermula.heh~

Baiklah, kalau diikutkan ni kali pertama saya drive jauh-jauh dalam episode pengembaraan kehidupan saya. Selama ni, restriction dari abah dan umi sangatlah ketat sebab dipercayai skil saya masih di tahap ketidakmatangan berbahaya. Nano bak kata orang Terengganu. Ni pun dapat kebenaran sebab dah puas bertekak dengan mereka, dan the fact yang saya sememangnya dah tercampak jauh berseorangan ke utara bumi Malaysia ni sememangnya memerlukan saya berdikari sendiri melengkapkan skil yang masih tak perfect tu, saya gunakan dengan sepenuhnya untuk memujuk umi dan abah. Yela, kakak dan abang saya kan ke sikit nye terer sebab dilatih sendiri oleh abah, manakala saya yang tak sempat dimonitor sendiri oleh abah memangla susah sedikit nak dapat kepercayaan beliau.heh~ dan Alhamdulillah, everything was fine, pergi dan balik dan cik Asmaa’ pun takde la komplen ape2 . haha.

Ok, pengembaraan saya di KL tu pula, mencatat pelbagai kesan di hati. It was like Allah knows how much I missed my old hectic-but-happy life there, and He gave me chances to go to almost all the places that I used to be before. Huhu. Jalan ke UPM, NPE highway, area PJ, tadika LA, Kelana Jaya, Desa petaling, Hentian Putra. Tu yang sampai sesat dan tersalah masuk ke Federal Highway tu. Heh~ segalanya penuh hikmah tersembunyi. Seolah-olah saya melalui kembali kenangan saya di sana, dan mengingati kembali bagaimana saya dahulu, dan Allah menyuruh saya bandingkan dengan keadaan saya sekarang. Saya yang dulu itu begitu, dan saya yang sekarang ini begini. Semacamnya Allah menyuruh saya mengolah kembali semangat dulu yang membara, dan menggunakannya kembali dalam kehidupan sekarang supaya saya tak terbabas masuk ke jalan yang tak sepatutnya.

Dan lagi, dengan pertemuan penuh hikmah dengan sahabat-sahabat seperjuangan, hati saya tak putus-putus berbisik sendiri, inilah, tingkah dan gelagat merekalah yang saya duk rasa kehilangannya sepanjang berada di Jitra, dunia baru itu. Gelak ketawa dan follow up perkembangan diri masing-masing, bagi semangat sesame sendiri, ditambah dengan pertemuan dengan naqibah lama lagi dan ditembak dibasuh berulang kali oleh mereka dalam tempoh masa tak sampai setengah jam pun detik pertemuan itu berlangsung, segalanya membekas di hati saya. Ye, saya masih lagi berusrah dan membawa usrah di sini, tapi hati tetap terasa ade sesuatu yang hilang. Jiwa saya tak cukup kuat untuk berhadapan dengan mehnah ragam manusia di sini, dan of course la tindakan yang sinonim dengan saya adalah lari dari kenyataan.heh~

Hakikatnya ukhuwah di hati bersama dengan mereka mengikat hati saya dalam simpulan yang penuh dengan rahmat dari Tuhan. Dulu kuatnya saya kerana mereka-mereka yang lain sentiasa ada untuk menyokong rebah saya dan bangunnya saya kembali. Bertautnya ukhuwah itu sehinggakan saat bahagia sang sahabat pun tempiasnya terasa ke dalam hati saya..oh dulu, hati saya sangatlah kaku tak berperasaan. Saya tak reti kot nak berperasaan gembira or sedih sangat jikalau keadaan sekitar saya gembira ataupun sedih, terutamanya berkaitan dengan kawan-kawan. Hanya rasa biasa-biasa sahaja. Bukannya ade rasa dengki or bende-bende yang negative, its just that saya sememangnya tak berperasaan. Haha. Saya cuma perasan yang hati saya sudah mula sedikit berperasaan bila saya mula menyertai tarbiyah, bersahabat dengan sahabat dan teman hanyalah kerana Allah. Yang paling jelas ketaranya time kenduri kawen cik puan Ana bulan 12 hari tu, bila mana hati saya tak berhenti-henti berdetik gembira disebabkan dia gembira.huhu. dan time Miha ni pun sama. Macam rasa syukur dan gembira tu radiated into my heart,berkembang menyinari hati. Ok, mungkinlah bagi sesetengah orang akan cakap hiperbola dan exaggerate bagai la saya ni ni, tapi hakikatnya, inilah yang saya rasa, sebab bagi orang kaku tak berperasaan ni, ini sudah dikira improvement bagus la ni. Ingat best ke tak berperasaan? Bende sepatutnye hepi tak rase hepi, sepatutnya sedih muke sardin je, kalo sedih pun tak leh nangis sebab terasa kaku.huh.

Ape-apepun, pengembaraan kali ini benar-benar mencapai tujuan asal. Mencari semangat yang hilang, dan seterusnya mengumpul kembali kekuatan untuk bergerak dan berkerja dengan penuh bersungguh, saya harap saya mampu menjadi saya yang lebih baik berbanding sebelum ini. Masih banyak ruang dan peluang yang perlu saya terokai, dan segala-galanya perlu disempurnakan sebaik mungkin supaya ada bekal untuk perjalanan saya seterusnya di alam yang lebih abadi.. may He bless..

To Samihah dan Khairul:

"Bahagia itu bukannya sepertimana yang orang nampak, tapi sebagaimana yang kita rasa.. "[quoted from k’su dari buku Jaja dan Din.]

"Bahagia itu letaknya di hati. Kalo hati dah penuh bersinar dengan rasa itu, biaq pi la dengan pandangan mereka yang lain yang tidak mengerti rasa di hati.".[ kata saya yang tengah berbahagia..heh~]

moga bahagia kalian dilimpahkanNya di sepanjang perjalanan hingga ke syurga..

* pengembaraan seterusnya yang masih pending: ke Kelantan bertemu dengan mereka yang juga sangat dekat di hati: cik puan Ana yang bakal bertukar status, cik Zirahh yang statusnya sama dengan saya--> struggling and surviving, dan cik aNesa yang hebat bole ulang alik everyday p keje dengan perjalanan selama 1 jam lebih [pegi dan balik].  oh, rindu juge untuk sahabat baik di SMSD: cik Noly di Kemaman, cik Eida yang dah bergelar Dr, dan Mok Nik yang jauh ke Johor tercampaknya. huhu, bilenye saya akan dapat peluang berjumpa kamu??