Friday, October 22, 2021

Hi... again..

 Setelah sekian lama...

Hiruk-pikuk dunia dan gelap gelita sunyinya hati..

Menanti waktu kembali.

Monday, August 1, 2016

Bacalah kitabmu..

اقرا كتابك ، كفى بنفسك اليوم عليك حسيبا
" Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu"
( al- Isra': 14)

Happy birthday, me!!
A year nearer to my end. And a year has passed with things that i don't know will bring me to heaven or hell, deeds has done that unsurely will bring more weight to my mizan or not later..

Dear Mashirah,
Hidup ini penghujungnya hanyalah satu sahaja iaitu kematian. Sebuah pengakhiran untuk kehidupan yang sementara ini yang menandakan bermulanya pula episod abadi sama ada bahagia aman damai tenteram di syurga ataupun terseksa duka lara dan nestapa di neraka. Bersusah susah dahulu di dunia  dengan hati yang redha dan tunduk kepada Pemilik dunia akan menatijahkan sebuah keamanan di akhirat nanti, namun bersenang lenang dengan hati yang takbur dan melupakan hakikat ketundukan kepada Dia sudah tentu memberikan balasan yang mengazabkan pula nanti..

Pilihlah pilihan yang terbaik dan bijak untuk dunia yang sementara yang imbangannya hanya sekadar sayap sang lalat, dan senantiasa lah pula untuk memuhasabahkan kembali setakat mana pilihan yang diambil makin menundukkan hati membawa diri rapat dengan Ilahi atau makin membawa diri jauh dari tempat impian yakni syurga firdausi yang tertinggi.

Dan bacalah kitabmu!!!
Takutlah pada hari yang di mana Pemilikmu pula akan memperlihatkan kepada semua akan isi kandungan kitabmu itu..

Mahu perkara baik sahaja yang didedahkan, maka berbuat baiklah sahaja  di sepanjang kehidupan..
Dan berdoalah agar bukan sebaliknya yang menimpa diri sendiri di hari penyesalan nanti.

 Dan bacalah kitabmu!!!

Saturday, March 5, 2016

Hard time comes easy

Assalamualaikum, dan salam sejahtera..

Alhamdulillah untuk nikmat hidup yang masih bersisa, untuk rasa hati yang masih ada, untuk jiwa yang dahaga untuk sentiasa membaik dan untuk masih banyak lagi nikmat2 Kurniaan Tuhan yang tidak tersebut.. Harapnya kalian juga begitu, sentiasa dalam lindungan kasih Ilahi..

Seringkali apabila ingin menghidupkan kembali ruang yang telah mati ini, hati bagai hilang kosa kata untuk diluahkan. Sedang dalamannya pula senantiasa bergolak. Sabanhari yang mendatang, terasa bagai dilupakan bahawa ruang blog ini adalah salah satu terapi terbaik pada satu masa dahulu untuk melontarkan resah dan gundah jauh ke hujung dunia. Dan juga berkongsi segala rasa di hati.. Aduhai..

Last year marked the 10th years of officially being in tarbiyah... And i have questioned myself quite a lot recently, where am i right now? What am i doing with my life? My family? My kids? What about my future ? Has it been right on track accordingly to what i have planned 11 years ago? Am i ready to go for the next step? 

Too many unanswered questions..

Dilema wanita awal 30-an.. Huh..

Oh Allah, kindly guide me, and lead me to the righteous way..