Tuesday, December 29, 2009

kl-kb-trg-kl-trg..again..

bismillahirrahmanirrahim..

uhuhu..sudah lame tak update perkembangan semasa di sini.. dah balik ke kampung halaman, terus melupakan dunia luar ye, cik mash?? heh~

ye..kelam kelibut menguruskan hidup semenjak dua menjak ni sangatla menyesakkan dada dan menyumbatkan otak dan fikir..hidup dah jadi tunggang terbalik...ape-apepun, kelegaan yang teramat untuk beberapa perkara yang telah selesai dengan sempurna..contohnya: kehidupan sebagai pelajar universiti tamat dengan gred yang sangat memuaskan hati [alhamdulillah.. perkara paling tak disangka..huhu].., keduanya cik ana, one of my closest  friend dah selamat melangkah ke alam penuh cabaran, menyempurnakan separuh dari agamanya..,cik nana yang sudi berkongsi dengan saya pelbagai cerita kehidupan yang menceriakan hari-hari gloomy saya dahulu pun dah selamat bertunang.., lepas ni sape pula ye?? hehe..,

ketiganya PKN'09 dah selamat berlangsung dengan jayanya..kepada team penganjur, kelemahan yang ada sememangnya perlu dibaiki untuk mengelakkan "kitaran bodoh" kesilapan itu dari berlaku, namun point penting di sini ialah, RAIKANLAH kejayaan kamu semua melaksanakan tugas sukar yang pada awalnya difikirkan sebagai hampir mustahil...dengan pelbagai kekangan dan kekurangan, antum sebenarnya telah melepasi garisan limitation diri masing-masing dalam memberi yang terbaik..TAHNIAH!!! saya sangat-sangat berbangga dengan hasil usaha kalian..[ sebak sedih dan sayu sebab selepas ini dah tak punya peluang untuk bersama-sama berprogram lagi..sob3..]..oh..good luck untuk rehlah hujung minggu ini ye sisters sekalian.. walau masa sangat suntuk tapi saya percaya kalian boleh melakukannya dengan jaya..yang penting niat kene ikhlas matlamat kene jelas..all the best!!..,

keempatnya, dah selamat mendaftar dengan Malaysian Dental Council (MDC), dan officially can use the title DR..hehe.. title tak significant sangat, tapi yang paling penting bole practice tanpa rasa takut lagi..haha.. maksudnya, batu-bata asas impian saya yang tinggi melangit nak ke seluruh dunia tu dah terletak dengan sempurna buat masa ini..tinggal nak menyempurnakan dinding tiang dan atap impian itu sahaja..insyaAllah.. yang tak bestnya selepas ini dah masuk ke alam penuh tanggungjawab everyday kene pegi kerja kul 8 balik kul 5 tanpa rasa malas dan ponteng2.. oucchhh.. same old routine bole membunuh saya sebenarnya.. takpelah.. we'll deal with that later..one at a time k..huhu...

sekarang tengah menunggu dengan sabar ketentuan Tuhan tentang tempat bekerja.. memilih untuk mendewasakan diri dan mengecewakan ummi abah bukan bermakna saya tak sayangkan mereka, namun, ada beberapa perkara yang perlu saya sempurnakan dahulu..biar masa sahaja yang menentukan..dan biar Allah Tuhan pemberi tempat yang terbaik sahaja yang menetapkan buat saya tempat terbaik untuk saya mengembangkan potensi diri saya yang sebenarnya..ameen..

moga terus thabat duhai hati-hati yang mengharapkan redha Ilahi dan jannah di penghujung jalan..

Tuesday, December 8, 2009

selesai..

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah thumma alhamdulillah...

segala puji buat Dia yang telah memberi yang terbaik dalam kehidupan saya... pahit getir ujian dan manisnya pengharapan kepadaNya, segalanya mengajar saya tentang sifat lemahnya sang hamba dan Maha Berkuasanya Tuhan dalam mengatur dan menyusun kehidupan hambaNya itu..syukur yang amat kepadaMu ya Allah...tak sedetik pun Engkau biarkan aku sendirian, sentiasa ada untuk menunjuk arah dan melantunkan kembali semangat yang hilang..

buat mereka yang saya cintai sepenuh hati:

Ummi dan Abah: terima kasih kerana sudi bertahan dengan Ateh yang macam hurricane ni.. sentiasa memeningkan kepala kalian dengan kehendak hati yang berlainan dari anak-anak yang lain..terima kasih..lepas ni sure pening lagi..;)

Zira, Nisa, Ana, Ilin, Ita, Wan, and others [roomates, housemates, dan sesiapa sahaja yang berkenaan]:
terima kasih juga kerana memasukkan nama saya dalam doa-doa anda.. terima kasih sekali lagi kerana mampu bertahan  dengan perangai pelik cik mash sorang ni..[saya pelik, tapi saya tetap sayang kamu..huhu]..moga kalian dinaungi dengan rahmat Allah walau di mana sahaja kalian berada.. stay strong, and keep going forward ok..

my Usrah-mate cik Sarah and cik Miha, Ary serta teman seperjuangan adik-adik Karisma-ians ; Asiyah, Hajar, Sofwah, Zira, Zulfa, dan ikhwah akhawat yang lain:
terima kasih kerana bersabar dengan saya semester ini.. Dan untuk full support, kasih dan sayang beserta doa dari kamu sekalian, moga Allah membalasnya dengan kurniaan ganjaran yang setimpal, pahala dan syurga idaman yang menanti di sana.. moga juga tautan hati antara kita membuahkan ukhuwah kekal selamanya..

teristimewa buat ex-naqibah merangkap insan istimewa penunjuk arah buat saya yang selalu hilang:
I would not have made it without you.. untuk kata-kata nasihat, doa dan masa yang dihabiskan untuk memberikan saya semangat jitu itu, terima kasih..dan sehingga kini, hanya syukur dan doa mampu saya panjatkan kepadaNya kerana mengurniakan insan sebaik kamu kepada saya..moga kehidupan kamu dan keluarga kamu disejahterakan Allah, dan dimenangkanNya dalam setiap ujian kehidupan yang melanda...

buat mereka yang lain yang tidak tersebut di sini:
terima kasih juga untuk doa-doa kalian, dan untuk segalanya.. terima kasih..

selesai sudah perjuangan peringkat pertama ini..masuk pula ke peringkat kedua yang makin bertambah cabarannya..Bahang pertempuran sudah terasa biasnya ke lubuk hati.. pertukaran suasana dengan ujian peningkat iman hampir di setiap hari itu, saya pun tidak akan pernah tahu hari menang dan hari kalah buat saya di masa hadapan...cuma yang mampu saya doakan, agar Allah yang membolak-balikkan hati hambaNya menjadikan hati saya thabat di jalan penuh duri tajam berceracak ini.. saya hanya mahu kekal hidup dan mati di jalan ini...hanya mahu terus berjalan menuju redhaNya..redhaNya..dan redhaNya jua..

doakan saya.

Monday, December 7, 2009

hope..

masih lagi di sini..berdebar-debar menunggu keputusan..mengharapkan hanya yang terbaik dikurniakan Tuhan..

doakan saya.

dan benarlah, tawakkal itu menenangkan jiwa dan meredakan gelisah hati..

Friday, November 27, 2009

salam 'eidul adha 1430H

bismillahirrahmanirrahim..

selamat hari raya qurban!!! moga nilai pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim a.s membawa erti dan makna besar yang tersendiri dalam lembaran baru kehidupan kita tahun ini.. moga-moga juga sang hati terus thabat menunaikan amanah yang tergalas berat di bahu kita..meneruskan legasi selama 1400 tahun yang lampau..

tahun ni beraya kat KL..3 adik beradik /anak-anak Hj Mohd Noor hanya bertemu muka pada detik jam 8 malam tadi untuk mengisi perut bersama-sama... nasib baikla abang saya masih ingatkan saya dan Athirah..yeay!! [ayat kebulur satu hari, kedai makan tutup..haha]..well, pengalaman manis jugak tu kan..heh~

** ayat penyata mana satu lagi sedap???--
1) tahun ni tak dapat nak bakar daging dengan Along macam biasa..
                                         
vs..

2) tahun ni Along takde geng nak bakar daging macam biasa..

[ ayat sedih vs. ayat penyedap hati..]haha..

** ummi siap nak simpan daging raya lagi untuk 3 orang anakandanya yang hanya akan pulang dalam tempoh lagi 3 minggu..hehe..[yela, sapela sangat kat rumah tu yang boleh makan daging? heh~ hanya orang-orang muda yang taknak beringat tentang kesihatan je yang berani makan dengan sesuka hati...haha]

Saturday, November 21, 2009

thought to share..

Bismillahirrahmanirrahim..

" Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah pada jalanNya supaya kamu mendapat keberuntungan. "
[5:35]

mahu menulis lebih panjang, tapi fikiran di kepala bergalau dengan tekanan kehidupan..menumpulkan daya ketahanan terhadap akal waras dan kebijaksanaan..

benar, keberuntungan tak kiralah di dunia mahupun di alam kekal sana, tetap hanya mampu dicapai dengan jihad dan kesungguhan..

"tiada ruang tuk berpangku tangan"
teringat satu lirik lagu yang kerap diulang-ulang ketika berprogram satu ketika dahulu, cukup ringkas, namun makna nya cukup amat mendalam..

orang yang berpangku tangan bukannya pejuang
orang yang hidupnya bersenang lenang bukannya pejuang
orang yang masih memiliki masa lapang tanpa apa-apa manfaat untuk diisi bukannya pejuang
orang yang tidak bersungguh-sungguh dalam kehidupan bukannya pejuang
ibarat sampah hanyut ketika bah melanda, dibawa arus melelong-lelong ke tepian,
tersangkut pada puntung kayu, tanpa apa-apa kepastian tentang sebuah perjalanan,
kerana natijah pengakhiran bukan lagi sebuah harapan..

hidup sang pejuang itu,
lebih pahit masam payau dari manisnya rasa,

hidup sang pejuang itu,
ibarat ar-Rasul dan para sahabat,
tiada masa berpangku tangan,
tiada peluang berkeluh kesah meragui sebuah kehidupan,
tiada kesempatan mahu leka mengubat hati yang lara kesakitan,
kerana hakikatnya sebuah kefahaman itu,
tertanam erat di kalbu yang kerinduan,

bahawa hidup sang pejuang itu,
susah payah dan derita perit luka perjuangan,
hanya akan membawa bahagia dari hati hingga ke syurga..
kekal abadi indahnya tanpa apa-apa gangguan..

maka, hidup ini, yang hakikatnya hanya pinjaman sementara dari Tuhan yang kasihkan kita,
adakah hidup yang pemiliknya seorang pejuang???

Monday, November 16, 2009

ep 3: bau alam dan hujan..

Bismillahirrahmanirrahim..

Hujan di akhir pagi…sungguh hidup dan menenangkan.. bau yang tak pernah akan berubah..tetap sama pada ketika dulu dan kini..

Plus dengan angin bayu lembut yang membawa khabar gembira..rahmat Tuhan sedang bertebaran di saat ini.. mintalah apa saja kepadaNya, yakni tidak akan dihampakan setiap permintaan sepenuh hati itu...

Entah sejak bila, amalan yang satu ini lekat pada diri, meminta dengan sepenuh rasa hati yang sayu, tatkala hujan turun menyimbah bumi dengan kebasahan yang menggembirakan.. seolah-olah titisan air itu turunnya untuk hati yang tercari-cari Tuhannya, gelisah menunggu rahmat dan ketentuan dariNya.. signifikan sekali, hujan itu turunnya membersihkan kembali alam yang kotor hasil tangan manusia yang zalim kepada amanah sebagai khalifah yang digendong di bahunya, dan dalam masa yang sama hadirnya hujan turut membersihkan jiwa yang kotor dengan debu-debu dosa, palitan hitam yang menggelapkan hati..membawa manusia itu kembali kepada fitrah asalnya..hanya dan hanya jika manusia itu sedar untuk menghargai setiap nikmat dan kasih Tuhannya..

menenangkan..seolah-olah Tuhan memanggil supaya hambaNya merayu meminta supaya rahmat yang turun itu tercurah sama kepada jiwa yang kelam hitam itu..

”Wahai insan, sesungguhnya kamu telah berusaha bekerja dengan bersungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuiNya” [84:6]

Dan berusahalah wahai mereka yang mempunyai hati untuk dibajai dengan iman, kerana kita tak pernah tahu pengakhiran kita di mana, sedangkan tetap kita dalam perjalanan menujuNya, walau apa pun jenisnya jalan yang ita pilih..

membuatkan saya bersemangat mengotakan apa yang dikata dan telah diukir janjinya..

v(^_^)v

Thursday, November 12, 2009

janji Tuhan..

" sesungguhnya ini benar-benar kemenangan yang besar. Untuk kemenangan serupa ini hendaklah berusaha orang-orang yang bekerja"
( As-Saffat: 60-61)


persoalannya, sudahkah kita melengkapkan prasyarat utama untuk menang?


sama ada dalam perjuangan kecil kita seperti exam dan kehidupan mahupun berkenaan dengan perkara yang lebih besar, berkaitan dengan impian utama setiap dari kita yang berpegang teguh dengan syahadah yakni seperti yang dimaksudkan dalam ayat di atas; iaitu syurga yang kekal abadi...


sudahkah kita memenuhi syarat sunnatullah yang telah ditetapkanNya sebelum sesuatu kemenangan itu dianugerahkannya buat kita?


bukankah dengan yakinnya (iman) kita dengan janji Allah sepatutnya membawa kita kepada usaha (amal) yang berterusan dan dengan sepenuhnya kesungguhan?


dan apabila ditilik-tilik diri sendiri, kita ini berada di tahapan mana ya? masih berusaha meyakini? termangu-mangu dengan dunia keliling dan persoalan lainnya ataupun sudah yakin namun tiada perubahan dalam usahanya?ataupun berusaha namun masih belum lagi mencukupi syarat utama kemenangan yang dijanjikan Tuhan?


agak-agaknya dengan status amal dan iman kita sekarang ini, dan kita dikembalikan ke ratusan tahun ke belakang di zaman perjuangan pedang dan senjata menjadi alatan utama untuk menang, layakkah kita dipilih menjadi tentera Salahuddin al-Ayubi dan Sultan Muhammad al-Fateh yang telah Allah penuhi janjiNya kepada mereka..belum lagi dipersoalkan tentang kita layak untuk menang atau tidak..layak menjadi tentera pun belum tentu.. dan persoalan ini tentunya berbalik kepada asas utama..yakni keinginan dan keyakinan kita untuk menang mencapai syurga abadi.. cukup teguh sudah keinginannya? cukup sudah usahanya?


Tuhan, aku ingin menang. walau kini aku berkali-kali kalah. tapi aku tetap mahu melangkah dan berusaha untuk menang.


fahamilah, impian yang besar menuntut pengorbanan yang juga besar.. biar diri yang terkorban, namun untuk mengaku kalah tidak sesekali..

Tuesday, November 3, 2009

ep 2: bau alam dan rasa hati..

minggu -minggu terakhir di klinik..alhamdulillah, i've already completed most of the requirements needed for this semester.. a crown and few more fissure sealants to top up the marks, way to go for this final week.

somehow even tho clinical works have settled, still, rasa kosong dalam hati..

tengah nak menguatkan semangat dan keyakinan diri supaya berusaha bersungguh-sungguh.. menghargai setiap detik yang berlalu supaya terisi dengan perkara bermanfaat, dan juga menyediakan minda sendiri untuk the final battle.

musuh utama manusia tetap juge adalah diri sendiri. setiap rasa negatif yang bertamu itu kadang-kadang terasa sangat menyakitkan untuk dihadapi, tapi jika difikirkan dari sudut hikmah yang menyejukkan hati pula, bahawasanya Allah tidak akan menurunkan sesuatu melainkan menurut kadar kesanggupan diri ini, dan setiap sesuatu ujian itu ada petunjuk dariNya untuk kita menyedari bahawa kelemahan yang ada dalam diri itulah yang Allah mahu kita baiki, berusaha berpenat lelah dalam melawan kesakitan dan peritnya ujian sebenarnya hanya akan meningkatkan potensi diri kita ke tahap yang kita tak pernah jangkakan. dan suatu hari nanti, kita akan berpaling ke belakang dan berkata; "aku telah berjaya melaluinya dengan rahmah dan kasih sayang dari Dia, dan inilah aku hari ini, yang lebih baik dan lebih kuat berbanding semalam yang perit itu.."

bertahanlah duhai teman, ujian itu tanda kasihNya..diturunkan untuk memastikan kita tetap teguh memilih untuk bersamaNya,  dan hanya meminta kepada Dia untuk sebuah penyelesaian..innallaa ma'as sobiriin..

** semoga mendapat yang terbaik untuk mereka-mereka yang sedang bergelut dengan buku dan pen menjawab peperiksaan. moga kamu cemerlang.

Monday, November 2, 2009

ep 1: bau alam dan rasa hati..

tengkujuh dah mula bertamu di Terengganu.. hujan hampir setiap hari, dan air yang keluar dari pili dah terasa bagaikan sejuknya ais. sejuk... yang mendamaikan..alhamdulillah..

wajah-wajah mereka yang impiannya tercapai, berseri-seri dilimpahi cahaya kesenangan dari dalam hati.. Doa saya agar mereka selamat pergi dan kembali, dan disejahterakan Tuhan ketika menjadi tetamuNya di sana. Terasa tenang kerana dapat menggembirakan hati-hati mereka dengan pulang meraikan pemergian mereka selama hampir 50 hari itu. Walaupun pada mulanya ada yang mempersoalkan kepulangan kami. Hanya mampu saya jawab di dalam hati apabila ada yang membandingkan antara kami adik-beradik dengan sepupu yang lain [yang tidak turut serta pulang];

bukan mereka yang membesar dengan mendengar lawak jenaka datuk yang menyegarkan jiwa dan menyerikan suasana..

bukan mereka juga yang hidupnya dari kecil membesar dengan sihat  hasil air tangan nenek yang mengalir bersamanya kasih sayang mekar meranum mewarnai hidup kami selama ini...

bukan juga mereka yang tiap kali bepergian dari kampung halaman kerana menyahut seruan ilmu akan dibekali dengan duit poket yang bukan sedikit tanda ingatan kasih yang mendalam walaupun nilai di dalam tangan hanya cukup-cukup untuk rezeki sehari-hari,

dan bukan mereka juga yang mengalami dan memahami perit seksanya rindu di hati kami ketika ribut taufan melanda beberapa tahun yang lalu, yang ketika itu hanya doa sahaja mampu dikirimkan tanpa bersua muka dek kerana halangan yang dicipta manusia yang khilaf..

Hanya Allah sahaja yang mengetahui kesan jejak datuk dan nenek yang ditinggalkan dalam kehidupan kami teramat sangat besar maknanya, tak dapat dihurai dengan kata-kata. Dan saya tau rahsianya terletak kepada doa mereka yang tidak pernah putus buat kami sedari kami kecil, agar kami hidupnya menjadi manusia yang berguna, cemerlang dalam aspek akademik, dunia dan akhirat.. Tautan hati yang tidak pernah putus kerana penyeri dan pengikatnya adalah rahmah dari Allah jua..

saya sudah mula rindukan mereka..

moga Allah menjaga mereka dengan kasih sayangNya yang tak pernah kunjung habis ketika mereka di sana..

Friday, October 30, 2009

a break..





Malam ini saya mahu pulang..

Selepas mengumpul rindu buat sekian lama..

Perubahan angin yang sangat diharapkan untuk mengembalikan semangat juang yang kian luput..

Saya lemah bila hidup saya menjadi statik yang tidak berfungsi apa-apa..

Bila makna hidup saya makin tenggelam dalam sibuknya mengurus dunia..

Bertambah hilang bilamana jiwa menjadi kering tanpa rahmat Tuhan..

I need a break.

Untuk saya review matlamat dan arah hidup saya sekarang..

Doakan saya..



** datuk dan nenek saya diperkenankan Tuhan untuk menjadi tetamu jemputanNya tahun ini.. saya pulang untuk menziarahi mereka, dan mengirim doa agar segalanya dipermudahkan. Moga selamat pergi dan kembali.

** exam lagi 3 minggu.. kabut di hati makin parah bila acap kali saya kalah dengan musuh lama: procrastination and slackness.. bila nak jadi rajin nih??

Monday, October 19, 2009

if today was your last day..



by Nickelback



My best friend gave me the best advice
He said each day's a gift and not a given right
Leave no stone unturned, leave your fears behind
And try to take the path less traveled by
That first step you take is the longest stride


If today was your last day and tomorrow was too late
Could you say goodbye to yesterday?
Would you live each moment like your last
Leave old pictures in the past?
Donate every dime you had, if today was your last day?
What if, what if, if today was your last day?


Against the grain should be a way of life
What's worth the price is always worth the fight
Every second counts 'cause there's no second try
So live like you're never living twice
Don't take the free ride in your own life


If today was your last day and tomorrow was too late
Could you say goodbye to yesterday?
Would you live each moment like your last?
Leave old pictures in the past?
Donate every dime you had?


And would you call those friends you never see?
Reminisce old memories?
Would you forgive your enemies?
And would you find that one you're dreaming of?
Swear up and down to God above
That you'd finally fall in love if today was your last day?


If today was your last day
Would you make your mark by mending a broken heart?
You know it's never too late to shoot for the stars
Regardless of who you are


So do whatever it takes
'Cause you can't rewind a moment in this life
Let nothing stand in your way
'Cause the hands of time are never on your side


If today was your last day and tomorrow was too late
Could you say goodbye to yesterday?
Would you live each moment like your last?
Leave old pictures in the past?
Donate every dime you had?


And would you call those friends you never see?
Reminisce old memories?
Would you forgive your enemies?
And would you find that one you're dreaming of
Swear up and down to God above
That you'd finally fall in love if today was your last day?




** 1st question: camne la Nickelback bole buat lagu macam ni ek? [despite their other love songs..huhu].. lagu yang penuh peringatan buat manusia.. [ try la dengar, best buat telinga saya..tapi mungkin tidak untuk telinga kamu..hehe].. hargai setiap detik masa yang ada dan usaha sehabis daya..


** plus, it reminds me of my old friends, because lately their names crossed my mind out of the blue moon. Syie, Eida, Fizah, Noly, Mc Nien with her newborn daughter, Jaa, Soba, Adik, Mok Nik and many others. truly miss them. would you call those friends you never seen? reminisce old memories? [takpe, cik Ana dah datang last Saturday, Syie dah call semalam, Mok Nik dah sms last week..terubat rindu..huhu]


** You know it's never too late to shoot for the stars... Regardless of who you are.. tak kisah walau siapa pun kita, kalau niat di hati itu benar dan Allah menjadi saksiNya, dan telah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya, it's never too late untuk kita diterima sebagai ahli syurga yang diredhaiNya.. Regardless of who you are now, siapa kita di hadapanNya nanti yang menjadi perkiraan utama. Masih tak terlewat untuk memburu setinggi-tinggi kedudukan itu.. bertekad dan berusahalah!!

Wednesday, October 14, 2009

saya dan paksaan..

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini saya mahu bercerita tentang paksaan.. paksaan tentang apa ya? Huhu.. sile paksa diri scroll down untuk baca..hehe..

Kadang-kadang dalam hidup kita harus memaksa diri membuat sesuatu yang tidak langsung kita gemari.. tanpa kita sedari yang tidak kita suka itulah yang paling banyak membawa kebaikan kepada diri sendiri.. Benar, paksaan itu membawa kepada rutin yang tak mampu nak ditinggalkan atau dalam erti kata lainnya istiqamah. Bagi saya pula, teknik paksaan inilah yang sangat amat berkesan untuk diamalkan bagi sesetengah perkara yang saya tahu baik dan perlu saya lakukan, namun amat tidak saya sukai ataupun mahu melaksanakannya, dek kerana saya malas, ataupun tidak pernah dan tidak biasa membuat perkara tersebut, ataupun for the simplest reason, takut orang mengata. Heh~

contohnya, berpakaian penuh menutup aurat. Dulu-dulu sewaktu dah abis sekolah dan nak masuk matrikulasi, saya memulakan pemakaian tudung besar dan berstoking kaki dan lengan, dalam keadaan gementar dan aci redah je. Mana taknya, budak sekolah sains, tudung kat sekolah dulu pun kecik je, family pulak bukannye background agama, mahu tak terkujat sume orang yang melihat. Even kawan-kawan yang satu sekolah yang duk belaja sekali kat matrik pun pelik. Huhu. Teringat lagi satu ketika tu time cuti, time nak keluar bersuka ria dengan keluarga, sayalah orang paling last bersiap dan tergesa-gesa keluar rumah masuk kereta dan pakai sarung kaki. Tiba-tiba, adik kecik si Amad tu bertanya, “ nape Ateh pakai stoking ngan sandal?” [ bagi dia, pakai stoking tu dengan kasut je..hehe]. dan di kala itu saya yang tak pernah belaja langsung tentang teknik da’wah whatsoever, menjawab dengan penuh keseganan dan tanpa kefahaman.. “ takpela, ateh buat sebab ateh suka”.. haha.. masa tu dalam fikiran tak nak la jawab sebab tuntutan agama sebab takut nanti mak saya segan pula dengan saya. Padahal boleh je nak jadikan isu itu sebagai satu kesedaran bagi family members yang lain..huhu.. dangkalnya pemahaman saya ketika itu.. dan ketika itu, nak maintain pemakaian sebegitu, bagi saya memerlukan kekuatan yang bukan sedikit, hati asyik nak main lari-lari je dengan tuan die.. pernah satu ketika selepas beberapa bulan dapat maintain, saya meninggalkan tudung besar saya hanya untuk tempoh tak sampai 5 jam [ kesnya pinjam baju kurung kakak untuk keluar jumpa kawan dan saya tak punya tudung nak matching sekali..], dan hati time tu sangatlah sakit dan benci dengan diri sendiri. Dan lepas tu paksa balik diri untuk beristiqamah dengan apa yang dah saya pilih.. afterwards masuk UM, saya jadi hantu sekejap, hilang diri sendiri, dan bila kesedaran tu kembali semula, saya tak mampu lagi berpatah arang dengan pendirian saya dalam melaksanakan tuntutan Islam yang saya sanjungi.. syukur kepada Allah yang menambah pemahaman saya dalam beramal dan terus mengizinkan saya beristiqamah di jalanNya. Dan benarlah, jatuh bangun kita dalam melakukan amal itu sebenarnya hanyalah akan menambahkan kekuatan kita untuk terus maju ke depan, bukannya berpatah balik ke belakang..

contoh kedua, membaca al-Quran dan solat sunat. Walaupun saya boleh dikatakan maintain menjenguk helaian demi helaian dari surat cinta Tuhan itu dalam sehari-hari [ kadang-kadang termiss juga bila hidup sangat hectic dan tak berkesempatan atau malas menjenguk diri..huhu], tapi saya bukanlah seorang yang boleh membacanya dalam bilangan helai yang banyak, walaupun masa masih bersisa. Huh. Ini dinamakan perangai cepat berpuas hati dengan apa yang ada. Ataupun perangai ’takpe, asalkan dah buat..’ Padahal bole je masa yang digunakan untuk bermain internet tu saya gunakan untuk menambah helaian bacaan saya dan makin cepatlah saya khatam, bukan? Dan selepas Ramadhan baru je berlalu ni, saya amalkan kekerasan terhadap diri sendiri untuk cuba mengatasi limit saya dalam amalan sehari-hari. Bagi saya, saya boleh melakukannya dengan lebih baik, dan kenapa pula saya masih mahu berlengah dalam melaksanakan perkara baik tersebut? Bukankah manusia itu seharusnya berlumba-lumba mengejar kebaikan...? nak tambah pahala untuk diri sendiri pun kadang-kadang kita sangat kedekut, kene tanya balik hati yang berkarat tu, ni nak masuk syurga ke tak ni sebenarnya? Huhu..

Bukankah seorang muslim yang baik itu, apabila dia berusaha dan bekerja, maka dia akan berusaha dengan sedaya upaya sepenuh kesungguhan?

Dan benarlah, sekiranya kita faham akan ajaran Islam yang syumul itu sebenarnya akan mengangkat martabat kita ke tempat yang lebih tinggi, membawa kita mengatasi kelemahan dan limitation dalam diri kita yang selalu suka mengeluh ini, dan menjadikan kita insan yang lebih baik, maka kita tidak akan tergamak untuk meninggalkan ajarannya walau pun sedikit. Dan sudah tentu, umat Islam akan kembali digeruni oleh musuhnya, bukannya seperti sekarang, bilangannya ramai namun sedikit pun tidak mampu membela saudaranya sendiri yang teraniaya.

Dan sungguhlah demi sebuah impian, saya hanya mahu terus bergerak ke depan dalam membaiki diri dan merealitikan mimpi itu...

Sunday, October 11, 2009

recharge iman inside..

bismillahirrahmanirrahim..

semalam ke khatibah untuk penggerak akhawat..alhamdulillah, terasa sejuk dan puas jiwa disirami dengan air sejuk dari gunung muhasabah. refleks diri sendiri terhadap apa jua tugasan, matlamat dan kerja besar yang perlu dibuat. sesuatu yang sangat diperlukan untuk orang macam saya yang selalu sangat hilang fokus dalam tugasan yang mengambil jangka masa yang panjang. syukur alhmadulillah jalan ini dihiasi dengan permata-permata berharga yang tegar menggalas amanah berat dan tak putus asa mengingatkan sesama sendiri.. terima kasih duhai teman, kamu semua sememangnya manusia terbaik dipilih Tuhan untuk bekerja di jalanNya..keep on moving k.. bulan Januari nanti saya cuba sedaya upaya datang penuhi janji itu..^_^

seringkali di setiap rasa ingin mengalah itu datang menjenguk diri, rasa ingin bermalasan itu bagai menarik hati dan melekakan waktu, di sering kali itu jugalah Allah menguji dengan ujian iman dan kesungguhan, membuatkan hati yang bisu ini terpaksa kembali mengingati hakikat matlamat dan jalan yang masih panjang. impian yang saya gantung tinggi di satu sudut hati, yang saya baja di ketika kesedaran saya berada di tahap optimum, yang saya ukir dengan jiwa besar tidak mahu mengalah itu, hanya Dia dan saya sahaja yang tahu setakat mana serius nya saya dalam mencapainya.. benar, usia ini usia untuk saya menyusun langkah pertama dalam meletakkan batu asas impian saya, prinsip yang perlu saya tanamkan dalam mencapainya, kekuatan dan kesungguhan dalam berusaha melangkah penuh gagah dan perit pedihnya merawat luka di hati sendiri dalam mengejar impian itu.. kalo bukan di usia sekarang, bila lagi saya mahu melakar impian, menjadi penentu nasib kehidupan kekal saya di kemudian hari??

dan benarlah, di kala perit hati itu bagai melangkaui gagah langkah yang mahu diatur, saya hanya mahu kembali mengukur matlamat saya, di mana saya kini dalam mencapainya, dan ke mana lagi harus saya letakkan batu-bata seterusnya dalam menyusun mimpi ini menjadi realiti..

saya hanya mahu kuat..

kuat berusaha dan bersungguh,

dan kuat pula merempuh badai yang mendatang yang melakar luka pedih di hati sendiri..

terima kasih Tuhan, kerana menyedarkan saya untuk bermula lagi..

**huh, kucing Athirah sangat manja!! suka main dan tidur atas lengan orang. hehe..kiut.. nanti-nanti saya stress saya ziarah kamu lagi ye.. ;))

Friday, October 9, 2009

makhluk belaan Athirah yang terbaru..

Athirah ada anak kucing baru di umah@hostel kt upm sana. gile jeles menggebu-gebu dalam hati saya..

tak boleh jadi nih..nak g tengok jugak malam ni..mana aci, die bole dapat anak kucing comeyl dengan free2 je. tak yah simpan stress sorang-sorang dah, ada cik kucing comeyl yang akan jadi tukang penghilang tekanan jiwa.duhh, jelesnye!!!!! tapi kan, later on, saya juga yang akan dapat hak untuk membela dan jadi kawan baik kucing kiut itu, sebab bile cik kak sorang tu dah sibuk dengan klinik dan hospital, cuti dan study, sape lagi la makhluk yang nak bertanggungjawab mengambil alih menjaga anak kucing cun tu melainkan saya..[hehe..gelak kejam dalam jiwa, bagi Athirah pulak jeles..]

urghhh, nak g tengok kucing tu!! tapi esok ade study grup kat library, manekan daya nak terkejar ke upm then balik sini semula sebelum kul 10 pagi sok! ni pun dah kul bape dah ni.. ahad jadual dah full, minggu depan pun lagila...huhu..

[gile excited life jadinye hanya dek kerana kucing seekor!! haha.. anak-anak Hj Mohd Noor memang macam ni..otak tak centre sangat kalo dah tiba ke bab anak-anak kucing..heh]

takpela, nak juge celah lari-lari ke upm sana semata-mata nak hilang stress!!!heh~

Friday, October 2, 2009

Pasca Ramadhan..

Bismillahirrahmanirrahim..

Syukur Alhamdulillah, masih lagi diri ini dikurniakan kekuatan untuk berhidup, disuluh jalan yang kelam ini dengan cerah cahaya yang mendamaikan, dan ditetapkan hati dalam kesabaran untuk mengejar impian dan maksud kehidupan… berlalunya sang kasih Ramadhan yang menjadi saksi kepada segenap usaha amal dan kesungguhan, disulami titik-titik noda hitam kelam penanda sisa-sisa jahiliah yang masih bersarang di jiwa, membawa saya kepada suatu komplikasi tanda tanya yang memberat di jiwa bersama saban hari yang berlalu..saya keliru yang amat.. [ohh, ye? atau petanda dan penunjuk jalan kebenaran sudah terang lagi bersuluh di depan mata, cuma hati yang masih teragak untuk memilih dan melangkah maju penuh gagah??].. lemahnya diri. I keep asking myself, for the next 11 months, would my amal still be the same as in the precious Ramadhan, or would it be decreased sampai hati pun tak terkesan apa-apa?? Sebab yang paling menyakitkan untuk dihadapi dalam sebuah perjuangan dan perjalanan panjang adalah kegagalan diri itu sendiri dalam bertahan atau melangkah. Bertahan dalam beristiqamah dalam beramal, ataupun melangkah dalam melakukan perubahan sebuah keburukan kepada kebaikan. Saya sangat takut dengan sebuah kegagalan, sampai kadang-kadang attitude berubah kepada mode ”let it be”. Tak mo gerak walau seinci, as in membiarkan diri dalam kegelapan semata-mata takut mencuba. Pengecut. Sedangkan hakikat sebenar kehidupan manusia telah dilukis dengan nyata oleh Tuhan, kegagalan itu berfungsi sebagai penguat jiwa untuk semakin maju dalam melangkah, semakin tetap berteguh hati dalam mengejar matlamat dan impian. Aduhhh..penat berperang dengan jiwa kelam supaya makin positif memandang kehidupan ini dalam aspek yang diingini Tuhan, bukannya ikut hati pergi mati, kerana hikmah sesuatu ujian itu hanya dapat dirasai sekiranya pintu hati dibuka luas-luas..indahnya kasih Dia walaupun hambaNya dipenuhi dosa sebesar dan seberat langit dan bumi..

Keep moving on. Bear in mind, at the end, Dia hanya akan mengira usaha, bukannya hasil yang dapat dicapai. Hidayah milikNya pun kalau kita nak, kita yang kena berusaha mendapatkannya, dan berusaha untuk kekal di dalamnya.

* Raya tahun ini = makin matang dalam memikul tanggungjawab [oh ye?..heh..] even tho perangai lama malas buat keje and malas jumpa orang tu masih ada dalam diri.hehe. [ yang matangnya hanya dalam attitude ketika berhadapan dengan setiap keadaan kot.haha]


* Raya tahun ini = suke sebab mostly banyak bende dibuat bersama dengan kakak dan adik perempuan. [dulu masa kecik-kecik selalu gaduh, tak rapat langsung..heh.. perempuan.. *rolling eyes* ]. Keluar shopping sama-sama, kene mengadap puan besar tolong jadi assistant chef sama-sama, jadi penyambut dan pelayan tetamu kat rumah tuan lagi besar si ketua keluarga pun sama-sama, cari mee rebus nostalgia kat tengah bandar historical Kuala Terengganu pun sekepala sama-sama..hehe.. best. Dah lama tak dapat peluang macam ni..seronok amat. Alhamdulillah.


* Duit raya = still dapat lagi sikit-sikit, dari close relatives, tapi tahun ni saya punye almost sume bagi kat adik-adik bertuah 2 orang tu. Even malu kot nak terima duit raya, sebab bajet diri sendiri dah besar. Haha.

Tuesday, September 8, 2009

baki 12 hari..

Bismillah..

Ramadhan hanya berbaki 12 hari sahaja lagi.. Bagaimana ya dengan amal-amal kalian ketika ini? Masih sama rentaknya ketika di musim awal Ramadhan bersemi? Atau makin meningkat menuju redha Ilahi yang kita dambakan? Ataupun tahapannya makin menurun dek kerana hambatan dunia yang tak penah memuaskan iman? Tepuk dada, nilailah sendiri kita sebenarnya berada di tahapan mana. Guna pakailah piawaian seketat dan sestrict mungkin bagi menilai diri, kerana kita bukan lagi budak kecil berhingus yang tak pernah kenal apa itu erti kebaikan dan ganjarannya. Bukan lagi kita berada di alam remaja yang akan mengamuk merampus apabila kehendak tidak dituruti.. Gunakanlah aqal dan iman di hati untuk menilai adakah kita ini telah memanfaatkan dengan sebaiknya bulan terbaik hadiah dari Tuhan yang Maha penyayang.. Jikalau kita berjaya khatam membaca al-Quran di bulan mulia ini, maka, nilaikanlah duhai hati, sejauhmanakah amalan dan bacaan kita itu diterima Tuhan dan menjadikan kita makin dekat denganNya? Atau kita makin jauh dek kerana kemalasan dan ketidak-ikhlasan yang bertamu saat lidah berbicara bahasa kalam mulia itu? Sejauh manakah pemahaman kita tentang ayat-ayat cinta itu makin meresap ke dalam jiwa dan membuahkan amal? Dan sejauh manakah amal yang kita lakukan itu membawa perubahan kebaikan dalam diri kita dari segi sikap, pemikiran, tindakan dan yang lain-lainnya lagi yang setiap satunya mempunyai nilai tersendiri di sisi Dia.. dan cukuplah manusia itu sendiri sebagai penghisab amalan-amalannya di dunia pada ketika ini. Bermuhasabahlah duhai teman, kita masih belum terlambat untuk mengejar baki ganjaran yang masih ada ini. Diibaratkan seperti emas permata berkilauan di hadapan mata, yang ditawarkan untuk kita oleh pemiliknya, manusia gila manakah yang tidak mahu merebut peluang untuk memilikinya? Ohh, tapi kalau saya yang tidak sukakan barang hiasan sebegitu, mungkin imaginasi saya berkeliaran menggambarkan ganjaran itu seperti peluang bercuti di tempat yang paling saya suka, berehat mendamaikan jiwa sambil melihat alam bersama kamera DSLR, ataupun peluang untuk bermain kembali dengan kucing-kucing saya yang dah pulang, maka sayalah orang pertama yang mahu mengangkat tangan setinggi mungkin dan menjerit, saya mahu!!! [atau kamu bole juge berimaginasi yang kamu bakal dapat peluang bermain PSP sepanjang hari tanpa gangguan teman atau adik kecik yang menyibuk nak bermain bersama. Kamu tentu mahu kan?? Pun boleh, kat syurga apa-apa pun bole mintak..(^_-) ]

Kejarlah peluang-peluang ini duhai teman. Sekali setahun. Peluang dosa-dosa yang melangit luas itu diampunkan Tuhan, peluang mendapat apa sahaja yang kita minta [maka, mintalah untuk sebaik-baik perkara], peluang membasuh hati menjadi bersinar bergemerlapan, membuang daki-daki hitam jahiliyyah yang masih tegar bersarang di hati tempat jatuhnya pandangan Allah terhadap kita, peluang mengubah peribadi diri yang tidak sepatutnya ada pada diri seorang muslim, pendek kata, peluang untuk mengejar redha Ilahi yang selama ini kita sentiasa canang-canangkan dalam kehidupan kita sebagai tujuan utama kita hidup. Nah, takkanlah apabila peluang tersedia di hadapan mata, maka kita pula yang mahu menggagalkan diri untuk tidak memanfaatkannya? Sudah tertutupkah hati, butakah mata dan tulikah pendengaran kita dari melihat dan mendengar panggilan Tuhan ini?

BERSEGERALAH...kita masih punya peluang..

" Bagi orang-orang yang memenuhi seruan Tuhannya,(disediakan) pembalasan yang baik. Dan orang-orang yang tidak memenuhi seruan Tuhan, sekiranya mereka mempunyai semua (kekayaan) yang ada di bumi dan (ditambah) sebanyak isi bumi itu lagi bersertanya, niscaya mereka akan menebus dirinya dengan kekayaan itu. Orang-orang itu disediakan baginya hisab yang buruk dan tempat kediaman mereka ialah Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman. "[ ar-Ra'd:18]

* panggilan ini untuk saya yang masih leka dalam berusaha memanfaatkan Ramadhan ini, juga buat kamu, moga jadi peringatan buat hati-hati yang inginkan kedudukan mulia di sisi Tuhannya..




Thursday, August 27, 2009

tukar kulit..

bismillah..

tukar skin..jadi makin gelap..uhuk..

mungkin terkesan dengan bau dingin hujan yang menghidupkan jiwa.. Ramadhan ini, menyaksikan hujan turun sentiasa di setiap hari yang berlalu..plus angin sejuk yang senantiasa menjadi peneman hujan yang indah..weee..suke!! eheh..moga datangnya angin dan hujan ini membawa bersama rahmah Ilahi buat kita yang sering alpa.. mohon makin didekatkan aku dengan Kamu, duhai Tuhan..

dah masuk hari ke 6 kita ber-Ramadhan..bagaimana ya puasa kalian? masih meningkat, masih bersemangat memegang obor Ramadhan penuh berkat dan marghfirah itu? ayuh tingkatkan amalan, dari hari ke hari menjadi yang lebih baik, berkuat dan bertabah hati melawan nafsu yang sentiasa bermalasan, dan naik taraf level iman agar kita tidak berputus asa dengan rahmat Tuhan..penuhi hak Ramadhan ke atas kita, mana tau ini Ramadhan yang terakhir yang sempat kita rasa di dunia, takut2 dijemput Tuhan tanpa sebarang signal.. uhukk..minta dijauhkan pulang tanpa persediaan yang mencukupi..

* saya menunggu ketibaan malam..nanti dapat ketemu mereka yang saya rindui..eheh..hoo yeaahhh!! [dalam hati je saya buat riak melompat kesukaan, nak buat betul2, nanti mengejutkan housemate yang lain..hehe]

** doa dan doa dan doa lagi dengan penuh takut dan cemas, peluang membuat kebaikan terbuka luas, jangan kita sendiri menutup pintu-pintu itu dengan 1001 alasan yang tak munasabah.. kitakan muslim super..halangan itu penyedap rasa dalam perjuangan..time2 nila nak membentuk diri jadi insan terbaik..bukan ke kita nak berkumpul bersama Rasul dan orang-orang soleh di syurga yang paling tinggi nanti?

Tuesday, August 25, 2009

mode fighting!!!

bismillah..


hampir lebih seminggu tak meng update.. jiwa terasa hangat mahu menulis, biarpun hanya sebuah coretan tentang kehidupan, yang kisah tentangnya belum tentu bermanfaat untuk yang membaca.. namun, hati melarang.. terasa kosong.. takut andai apa yang dicoretkan tidak membawa pulangan pahala buat diri sendiri, malah yang lebih buruk membawa hati-hati yang bertamu makin jauh dari Tuhan.. sudahnya, saya berperang dengan diri sendiri..

hakikatnya, banyak yang mahu dikongsi di sini. kisah si anak yang berkeras hati tidak mahu pulang meraikan Ramadhan bersama keluarga, kisah kehidupan bekerja yang mendatangkan seribu satu pengalaman berguna, kisah si hati yang bergelut untuk menjadi manusia hamba yang lebih baik dari sebelumnya.. terasa bahang Ramadhan sebagai medan tarbiyyah milik Tuhan dalam mendidik hamba-hambaNya supaya lebih taat dan redha dengan segala kehendakNya..sehinggakan apabila walaupun baru sahaja tiga hari berlalu dari bulan yang paling saya cintai ini, peritnya turun naik prestasi saya dalam mempertahankan iman di level yang tinggi [or at least memuaskan hati..] membuatkan hati saya makin hangat meredhai ujianNya untuk saya pada kali ini.. kasih sayangNya yang mahu saya menjadi lebih baik dari masa lampau yang kelam itu, makin saya mahu hargainya, simpan kemas di lubuk jiwa, moga jadi sebuah peringatan buat semua, Tuhan tidak pernah luput kasihNya buat kita..mohon dan mintalah kepadaNya apa sahaja, namun sebaiknya, mintalah supaya kita tetap dibantu dalam melaksanakan dengan ikhlas amal ibadah yang makin mendekatkan kita kepadaNya, yang menjadikan Dia redha terhadap kita yang penuh keaiban ini..moga saya, anda dan kita semua ditetapkan hati dalam hidayah dan rahmatNya..ameen..

* salam ramadhan..minta dimaafkan segala kesalahan, dan dihalalkan segala rezeki yang menjadi santapan jasadi saya selama ini..moga kita keluar dari Ramadhan ini dalam keadaan suci bersih dan bertambah nilai kedudukan kita di sisiNya..moga dapat fight nafsu yang dah hilang geng buat jahat tu, so, diri kena sentiasa kuat ok.. Ya Allah, mohon diberkati di sepanjang madrasah Ramadhan ini, duhai Tuhan yang menjaga hati..

**ohh..alhamdulillah..ummi dan abah insyaAllah akan ke KL hujung minggu ini..hooyeahh!!!! eheh.. bole makan masakan ummi yang sangat dirindui, dan reunion dan bridging famili Hj Mohd Noor.. [mode muka senyum sampai ke telinga..huhu]

Sunday, August 16, 2009

tagged by cik sarah yang dah berhabuk..

haha..dah berzaman kena tag..baru nak buat..maap ye cik sarah, saya baru ketemu lapang dan rajin yang hilang..sile2 layan..

Rules: The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tag 6 people.

Your Nickname
mash

Your age of next birthday
25..da tue..


Place I'd like to travel
Makkah

Madinah

Palestine

Turki

Granada,Spain


Favourite place

library..eheh..

book shop..tempat shopping paling best!!


Favourite food
satay..

chocolate moist cake..

pecan butterscotch..baru naik taraf jadik feveret..


Favourite colours

lilac..adik beradik purple..


Name of my love

Allah is the best! He is and will always by your side..


Hobby
reading..sampai bumi dilanda gempa pun tak sedar..heh..


Bad Habit
procrastination@ bertangguh2..uhuk..


I wish...

for a...

khilafah..

notakaki: dah bejaya buat tag ni..ada satu je lagi yg belum.. tunggu dulula..[eheh..procrastinate lagi..]..masih dalam mood bercuti, even tho esok kene pergi keje..dahla minggu ini saya bagaikan patah kaki tanpa TAJ hitam,aduila.. tak dapat nak meredah malam di KL mencari makanan feveret..huhu..xpela..saya kembali ke rutin asal menunggu LRT dan komuter..hooyeah!! rapidKL, tunggu saya besok pagi ye!!heh~..



Thursday, August 13, 2009

ahlan wasahlan ya Ramadhan...

bismillah..

diforwardkan dari k'ju untuk peringatan kita semua..bisikan khas untuk kita sebagai persediaan rapi menyambut kekasih yang dirindui..

Bisikan 1

Pujilah Allah dan bersyukurlah kepadaNya sebanyak-banyaknya kerana menyampaikan kita kepada Ramadhan sekali lagi.
Berapa ramai orang yang bersama dengan kita pada bulan Ramadhan tahun lalu, kini telah pergi mengadap Ilahi.
Maka pujilah Allah sebanyak-banyaknya. Bersyukurlah di atas peluang yang masih terbentang untuk kita mendekatkan diri kepadaNya, menambah pahala dengan melakukan kebaikan di bulan yang mulia penuh barakah ini.

Bisikan 2

Jadikan Ramadhan sebagai landasan untuk meluncurkan azam dan melancarkan misi meninggalkan maksiat secara besar-besaran.
Katakan:
selamat tinggal kepada maksiat!
Selamat tinggal kepada perangai jahat!
Hamburkan ucapan itu di wajah syaitan terlaknat!
Pergi engkau!
Pergi dari sisiku segala yang menjauhkan aku dari Tuhanku!
Bergembiralah menyambut janji Allah, taufiq dan hidayahNya. Dia pasti akan memimpinmu ke jalan yang diridhaiNya.

Bisikan 3

Ramadhan adalah bulan al-Quran.
Galilah makna-maknanya, fahamilah ayat-ayatnya, nikmatilah kelazatan membacanya!
Peruntukkanlah masa tertentu setiap hari untuk mendampinginya dengan membaca, memahami dan menghayati. Carilah kitab tafsir yang mudah difahami. Ia akan membantu memudahkan kita memahami kalam suci Allah Rabbul 'Izzati.

Bisikan 4

Jangan kita termasuk dalam golongan mereka yang pada siang hari tidur dan menganggur, malam berjaga membuat maksiat dan mungkar.
Sebaliknya penuhi waktu siang dengan zikir dan tilawah, waktu malam dengan solat dan ibadah.

Bisikan 5

Banyakkanlah infaq di bulan Ramadhan khususnya mereka yang dianugerahi rezeki yang berlebihan.
Beramai orang miskin dan kelaparan menanti ihsan dan belas kasihan kita. Bahagiakan hati kita dengan melihat mereka bahagian menerima pemberian dari kita.

Bisikan 6

Jangan berbuka puasa dengan perkara yang dilarang seperti menghisap rokok, menonton adegan lucah, cerita-cerita yang mempersendakan ajaran Islam, menghina kitab Allah serta rasulNya. Atau menghabiskan masa dengan mendengar musik dan lagu-lagu yang mengasyikkan dan tidak mengajak kepada kebaikan.

Bisikan 7

Banyakkan berdoa lebih-lebih lagi waktu sedang berpuasa. Nabi s.a.w. telah mengkhabarkan kita bahawa doa orang yang berpuasa itu tidak akan ditolak. Maka berdoalah untuk diri sendiri, keluarga, saudara-saudara seagama yang berselerak di seluruh pelusuk muka bumi ini. Doakan dengan penuh keikhlasan agar Dia membantu perjuangan kita menegakkan agama dan mendaulatkan syari’ah.

Bisikan 8

Bagi yang berkemampuan, kunjungilah Baitillah, tunailah umrah dan ziarahilah masjid Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya satu umrah di bulan Ramadhan menyamai satu kali haji bersama Nabi s.a.w.

Bisikan 9

Ketahuilah bahawa setiap malam di bulan Ramadhan Allah s.w.t. membebaskan sebilangan hambaNya dari api neraka. Iaitu hamba-hambaNya yang telah menyempurnakan puasa, mendirikan solat di waktu malam, membanyakkan amal kebaikan. Jangan lupakan peluang ini. Rebutlah anugerah agung ini dengan bersungguh-sungguh. Moga-moga diri kita termasuk dalam golongan hamba yang terpilih, bebas dari api neraka.

Bisikan 10

Hadiri majlis ilmu dan majlis zikir. Sesungguhnya itulah tempat kunjungan orang-orang yang beriman, tempat singgah orang-orang yang soleh. Allah s.w.t. berbangga menyebut nama-nama hamba-hambaNya yang berada di dalam majlis zikir di hadapan para malaikat yang berada di alam tinggi. Apabila kita bangun untuk beredar dari majlis zikir, kita bangun dalam keadaan dosa-dosa kita telah diampunkan. Alangkah bertuahnya.
Maka jangan beralasan untuk hadir ke majlis zikir.

Semoga Allah memberkati kita, mengampuni dosa-dosa kita, mengikhlaskan hati-hati kita dan menerima amalan kita. Ameen..

nota kaki: semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik buat semua.. kejar dengan bersungguh-sungguh ganjaran yang telah Allah sediakan buat hamba-hambaNya.. mana tau, ini Ramadhan kita yang terakhir..jom tetapkan matlamat sama-sama: "aku kejar redhaMu Ilahi !!! "

Tuesday, August 11, 2009

oppss..

bismillah..

hari ini hati berbunga-bunga indah..[gile klasik ayat..] haha.. sebab.. saya dapat jumpa dengan sahabat kesayangan yang paling dirindui..kirenya hari ini saya berjaya melakukan sesuatu mengikut iman saya, yakni menggembirakan hati orang lain..dengan meraikan kegembiraan dan kejayaan die..syukur alhamdulillah, Allah jualah penunjuk arah dan pemelihara kehidupan..dapat gak jumpa muka bulat budak tu, bergembira dan berkongsi makan bersama-sama, meluah hati dan perasaan, dan bercerita tentang dunia dan masa depan.. harap-harapnya kamu kekal dalam mujahadah kamu ye, sahabat...

ohh..hari ini time beli hadiah tadi, ada orang cakap saya nampak lagi muda dari usia yang sebenar..haha..suke2.. jauh pulak tu tekanya.. agaknya sebab gaya saya sendiri yang tak matang dan nampak macam budak baru lepas sekolah.. belum lagi pakai snickers dan silangkan beg, [plus baju kurung..haha], terus nampak cam budak sekolah agaknya..uhuhu.. macamana la nak kerja nanti..bole ke terus maintain gaya sekarang??..terus teringat soalan kat sahabat tadi, "bole tak kalo saya tak membesar..just jadi je macam sekarang ni..??" .. which is direply dengan kerasnya oleh die.."memang tak la!!" hahaha.. apa-apa pun, walau ape pun cabaran di alam pekerjaan, saya harap saya masih dikasihani Tuhan untuk terus berpegang dengan prinsip saya selama ini..tetap kekal memelihara perintah dan laranganNya dalam kehidupan saya..harap dengan sepenuh hati Ya Allah..

nota kaki: allergic dengan hand bag dan make-up..ohoho..

Sunday, August 9, 2009

bernafas dengan lega..

bismillah..

alhamdulillah, berlalu sudah satu lagi hujung minggu yang terisi dengan manfaat.. huhu.. baru saja selesai melihat planner, dan mencongak2, betullah, since semester baru bermula, weekend saya sentiasa terisi dengan sesuatu. asal weekend je terus tak nampak bayang kat bilik. Lesap entah ke mana-mana, bak kata sahabat yang berkongsi kediaman.. esok nak start balik kuliah, malamnya baru nampak kelibat di meja study menghadap laptop.. heh~

kehidupan, walau jauh manapun cara dan jalannya berbanding manusia yang lain, tetap hati mahu gagah dalam mengharunginya. perit payau kelam kelibut segala dugaan cabaran dan pengorbanan, hanya Allah sahaja pelindung dan pemelihara segala urusan.. dan apabila berfikir kembali, baru terasa makna dan pengertian ayat yang banyak sekali diulang-ulang dalam kompilasi surat cintaNya kepada hamba, salah satunya
ayat ke 112, surah Taha :

" dan barang siapa yang mengerjakan amal saleh dan ia dalam keadaan beriman, maka ia tidak khuatir akan perlakuan yang tidak adil( terhadapnya) dan tidak (pula) akan pengurangan haknya."

dulu-dulu bila selalu jumpa ayat ni, dalam hati akan selalu berdialog sendiri, yela wonder dan tertanya-tanya la kan, bagaimana bila kita dalam keadaan beriman, plus selalu beramal soleh, maka kita tak akan langsung-langsung rasa sedih bila berlaku something yang kita tak puas hati, or ada orang buat jahat dan zalim kat kita. dan penyataan " ia tidak akan khuatir" tu melambangkan yang kita juga takkan nya ada rasa nak balas perbuatan orang tu balik.. dalam hati selalu kata, takkan lah nak redha je kan kalo orang buat aniaya kat diri sendiri. macam manusia tak normal la pulak.. takde hati dan perasaan..

tapi rupenya, setelah sekian lama waktu berlalu, dan diri saya ditarbiyyah olehNya dengan pelbagai ujian dan ragam kehidupan, barulah saya teringat kembali ayat ini, dan hati saya mengakui, betapa maha hebatnya Allah yang memegang hati-hati, betapa syumulnya Islam yang Allah turunkan untuk hamba-hambanya amalkan, dan betapa indahnya apabila hati kita kita serahkan kepada Dia untuk Dia sendiri kemudi kehidupan kita.. benar, amal-amal soleh yang Allah syaratkan dalam ayat ini adalah untuk hati kita sentiasa dekat denganNya dan sentiasa dalam lindunganNya, untuk rahmat dan redhaNya sentiasa bersama kita, manakala keadaan beriman itu pula membawa makna, keadaan yang kita meletakkan sepenuh kepercayaan kita kepadaNya, segenap pengharapan hanya kita gantungkan kepada Dia, yang mempunyai seluruh kekuasaan di langit dan bumi. jadi, eventhough dalam kehidupan kita itu berlalu satu episod yang amat dahsyat sekalipun, hati kita tak akan berkeluh kesah dalam menghadapinya, sebab kita tahu, Allah sentiasa ada, dekat dengan kita. segala rahsia dan hikmah kejadian ada dalam genggamanNya, hanya menunggu masa untuk disingkapkan kepada kita, tak di sini, di alam akhirat sana. kitalah yang sebenarnya harus dan wajib melengkapkan 2 syarat utama itu, sentiasa beramal soleh, dan dalam keadaan beriman untuk menjadikan Allah redha dengan kita. Kitalah yang kena berharap dengan Dia untuk melindungi kita, membuang segala rasa pedih yang bersarang dalam jiwa, dan berharap agar segala yang buruk-buruk dalam hati itu, dendam, hasad, dengki, ujub, riyak, takabbur dan segala macam anasir mazmumah yang lain itu Allah hindarkan dari hati.. kerana Dia lah sebaik-baik pemelihara buat kita yang teramat lampau lemah ini..

huhu, double tikaman ganas buat hati sendiri yang selalu lalai. sedarlah wahai hati, Allah tidak pernah meninggalkan kamu, kamulah yang selalu main lari-lari aci kejar je dengan Dia yang tak pernah putus asa terhadap kamu.. selalu hadir menghulurkan kebaikan buat kamu..

okey, actually, nak bercerita tentang hujung minggu yang baru sahaja dilalui semalam. uhuh. berkait la jugak dengan ayat di atas. Program SAMPEL'09 kali ini sekali lagi saya diamanahkan untuk menjadi salah seorang tenaga gerak kerjanya. Amanah yang pada awalnya dipandang ringan sebab yela, jadi ajk pengangkutan, kerja macam tak banyak. yang ada pun hanyalah nak menguruskan pengangkutan untuk adik-adik dan ajk lain. cari bas, cari keta, dah la. TAJ hitam kat bawah tu dah ada satu, akhawat lain pun ramai je ada keta, pakcik makcik pun insyaAllah kalo ikutkan pengalaman lepas senang je kot nak mintak tolong. hehe. pastu siap tak tau pulak tu sape jk lain yang sama biro..taunye pun miha je la. teruknya la perangai ajk pencen sorang ni. konon-konon memerhati dari jauh, meeting satu pun tak pergi, follow up dengan miha je as ketua biro. nasib baikla ada lagi sorang jk ikhwah yang dalam biro yang sama, bole la tu nak divide kerja tak berapa nak banyak tu. haha. tup-tup dah last-last minute tinggal bape hari je lagi nak langsungnya program, baru terasa bahang aura kerja yang tak tersusun. dan baru tau pengangkutan rupenya sekali dengan keselamatan..bertambah beban kerja..ha, tula, padan muka. dah tau mende-mende macam ni tak bole diambil ringan, buat jugak. tula, agaknya, sebab dalam hati ada rasa macam dah pencen dari jadi ajk penganjur, dan bajek macam kerja pun tak banyak, saya berlagak rilek-rilek je dari awal, kumpul sume kerja last minute. heh. bajek jugak yang adik-adik sebenarnya dah boleh dilepas sendiri untuk terbang menggapai awan tinggi di langit..tanpa pemantauan terhormat dari orang lama..huhu..saya terlupa bahawa sesungguhnya tanggungjawab dan amanah ini bukan sahaja untuk saya melaksanakan kerja ikut skop kerja saya, tapi juga amanah sebagai orang lama dan ajk yang melaksanakan amal jamai'e sepenuhnya. maksudnya, bukan sahaja nak kene buat keje biro sendiri, tetapi juga mengambil tahu tentang ajk lain, dan masalah-masalah lain yang timbul dan memerlukan ambil tahu dari orang lama. its beyond dari jobscope biro pengangkutan itu sendiri. huhu. maaf ye adik-adik, kakak kamu ni nak kene bagi renjatan elektrik dari Tuhan, baru die nak sedar. heh.

alhamdulillah, kali ini banyak perkara yang saya belajar kembali. peringatan berguna buat diri sendiri. bilamana hanya tinggal kita seorang, penggantungan kita kepadaNya itu menjadikan kita tidak lemah dan berkeluh kesah. dan apabila kita merancang, dan Allah juga merancang, dan perancangan Allah lah yang lagi hebat dan sempurna. yang penting, bila dah dapat kesedaran, kembali ikhlaskan hati, susun strategi baru, mengadu dan meminta ampun hanya kepadaNya, tugas dilaksanakan sebaik mungkin, dan akhirnya, alhamdulillah, berlalu sudah SAMPEL kali ini. benar, beramal soleh dan dalam keadaan beriman itu menjadikan kita tak berkeluh kesah dan bersedih hati. biar pun keadaan kelam kelibut tak ingat dunia, keletihan dan kepenatan menjadikan mata sepet saya bertambah sepet (apa taknya, tido tak sampai 2 jam), tapi dalam hati ada rasa puas menjelma, yang tak dapat nak diungkap dengan kata-kata. Double thumbs up untuk semua ajk kali ini, walau banyak sekali bumps yang kita jumpa di tengah jalan, semangat masing-masing tak pernah pudar. Marak membara sehingga ke akhir. Tribute juga buat ajk-ajk lain yang jadi bidan terjun untuk biro pengangkutan, hanya Allah sahaja yang layak membalas segala kebaikan kamu.. ( at least dapat juga la mereka belajar mengenal jalan ke gombak..heh~)


nota kaki: eheh..panjang pula, setelah sekian lama tak mengembangkan bakat penulisan..huhu..nak kene mengadap dua essay pula, esok sudah mahu dihantar.. go2 chaiyokk!!

Wednesday, July 29, 2009

H1N1

Athirah bercuti mulai hari ini.. disebabkan 4 pelajar UPM positif H1N1, makanya langkah keselamatan diambil untuk elakkan penularan wabak.. huhu.. free2 je cuti seminggu.. hopefully UM takkan join sekali IPT2 lain yang dah kene tutup for a while ni. banyak lagi keje nak disiapkan kat klinik..dah la lately macam banyak je menangguhkan keje, aduyai...itulah manusia, dah terhantuk baru nak terngadah...

ohh..lupe lagi...SP yang dirancang bersama cik Sarah masih belum bergerak apa-apa lagi..macamana ni??? resolusi hari tu pun belum abes salin..hehe.. Sarah, pas kat akak ye kalo dah siap..nak tengok dan buat contoh.haha..

nota kaki: nak pergi menghantar budak kecik tu ke hentian Putra..

Tuesday, July 28, 2009

jom turun ramai2!!



nota kaki: inilah masanya untuk membuktikan dan merealitikan apa yang telah kita hadam selama ini...moga usaha kecil ini diterima dan diberkati Allah hendaknya..ameen..

Wednesday, July 22, 2009

masa dah banyak berlalu..

rejab tu bulan marghfirah..


syaaban tu bulan kebajikan..


ramadhan tu....khas untuk kita..bulan dilipatgandakan pahala dan kesenangan untuk akhirat sana..


dan sekarang ni syaaban dah menjelma.. rejab dah berlalu pergi.. ramadhan yang dirindui pun dah makin menghampiri.. cepatnya masa berlalu...terasa ringan lagi kantung amalan untuk tahun ini dan sebelumnya..kantung dosa pulak dah melambak-lambak..kalau dipanggil menghadap Dia sekarang apa nak jawab ek? aduh..beratnya hati..


jom kawan-kawan, jangan putus semangat, selagi nafas masih bertamu di dada, selagi itu pintu taubat dan keampunanNya masih terbuka luas untuk kita yang seringkali lalai dan leka..mari kita sama-sama setkan matlamat untuk ramadhan tahun ini.. buat persediaan rapi..mana tau kot2 kali ni ramadhan kita yang terakhir, moga dapat juga manfaat yang bole dibawa ke sana nanti..


note: nak keje rajin2, kumpul duit, bole buat amal sedekah time ramadhan..pastu nak sediakan duit minyak nak round masjid2 sekitar KL ni untuk tarawikh..huhu.. rindu betul saya dengan ramadhan ni...moga Allah menyampaikan saya ke ramadhan yang rindunya membara di hati...

Monday, July 20, 2009

berhasil...

Alhamdulillah...walaupun tak berapa nak merancang dengan rapi, at least hari ni berlalu dengan hasil-hasil yang agak memberangsangkan. Berkurang jugalah angka-angka point yang perlu dikumpul sepanjang semester extended ini. Attitude pun bole juga dikatakan agak berubah, keje asyik nak menggesa partner je supaya keje cepat siap, tak de leka-leka dan bermain-main even tho mata mengantuk tahap tak hengat dunia. Huhu..

Okey, nak cerita tentang semalam yang baru berlalu..heh~

Hujung minggu semalam telah dihabiskan dengan jayanya dengan memanjakan diri pergi ber camping di Kem Lembah Genting, Hulu Selangor.. Mukhayyam Wanita JIM Selangor. Join berseronok beraktiviti bersama makcik-makcik tua dan muda yang happening belaka.. Memang kesemuanya hebat-hebat, langsung tak menghiraukan faktor usia dan badan dalam mencuba segala aktiviti yang mencabar fizikal..dan indahnya ukhuwwah yang manis terasa membekas di jiwa.. moga-moga kekal hingga ke syurga di akhirat sana..insyaAllah..ohh, saya sempat la merasa pengalaman baru ber-flying fox dan ber-repelling..best giller.. rasa nak cuba lagi dan lagi..huhu..check out few pics below...


Pakcik Rambo nak tunjukkan cara-cara nak repelling..


seb baik tak runtuh..


masuk dalam parit yang kotor dan busukk..




survival hidup..hidupkan api keyh..




memasak...




dan hasilnya... huhu..
series, air kopi masak dalam buluh memang ummmpphhh...




nota kaki: penat-penat badan..tapi hati puas, even tho tengah-tengah sibuk bercamping, berlalu lagi satu episod duka tapi dah biasa- pertentangan pendapat antara saya dan abah ummi tentang penglibatan saya dalam program.huhu..habis dikerahnya suku-sakat adik beradik saya untuk menghubungi, takut-takut saya hilang tanpa dikesan.. aduhai.. bertindak matanglah wahai diri yang diuji, Allah kan sentiasa ada untuk mengubat hati..

Thursday, July 16, 2009

random..

banyaknya masa senggang dan lapang..


maknanya amanah untuk mengisi masa dengan penuh bertanggungjawab tu dah jadi makin berat.


buku-buku yang menunggu untuk dibaca..


esei-esei yang beratur untuk dibuat dan dihantar untuk diperiksa..


saya kehilangan alasan untuk menangguhkan kerja..huh..


cemerlang itu susah sangat ke??


bukannya tak mampu dicapai dek tangan sendiri, tapi kalau asyik alasan je yang berderet, peluang yang berharga pun boleh jadi sia-sia dan tidak berguna..dah boleh masuk dalam golongan kufur nikmat Tuhan..


aduhh..


note: hati-hati itu sifat orang bertaqwa.. alert dengan apa sahaja aspek dalam kehidupan anda, dan berfikir dengan baik untuk setiap keputusan yang diambil, hidup akan jadi lebih bermakna jika disertai dengan redhaNya...

Friday, July 10, 2009

fokus..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. dah mula semester baru..semester extended. insyaAllah 6 bulan yang terakhir..

Alhamdulillah.. berjaya mengumpul semangat.. time lepak bilik si Athirah di Serdang, sambil disapa angin petang yang sejuk, hati semacam dikembalikan ke zaman matrikulasi ketika di Melaka. Zaman di mana hati masih suci menabur jejak-jejak impian dalam kehidupan, penuh harapan. Tak terasa susah yang mendatang, pahit yang tak tertelan, masin payau kehidupan semuanya diharung begitu sahaja tanpa sedikit pun putus asa dan patah semangat. Segalanya demi sebuah impian. Harapan dan pengharapan kepadaNya tulus mulus datang dari hati yang baru belajar mengenal kehidupan. Dan kini, apabila terasa down gila tapi tak nak putus asa tapi still tak tau nak cari kat mana semangat tu, hati berbisik sayu, kutip kembali muhasabah yang datang dan pergi dalam tempoh 2 bulan yang lepas, dan terus bertindak. Atur kembali ruang kehidupan yang lompong penuh kelemahan, bina kembali semangat juang yang telah luntur itu, kerana sesungguhnya jikalau 6 tahun yang lepas, semangat itu begitu sekali membara, sekarang juga sepatutnya masih sama, malah mesti makin berapi. Kerana hakikatnya impian itu belum lagi tercapai, separuh perjalanan pun masih belum ditempuh, masakan mahu mengalah bersedih seperti sudah kehilangan hari esok,bukan?? dan hati menjadi makin kuat..insyaAllah..

Alhamdulillah.. Allah hadirkan mereka yang prihatin dalam hidup saya. Hari ini, ada orang sanggup meluangkan masanya yang amat mahal itu semata-mata mahu bertanyakan keadaan saya bagaimana. Beliau bimbangkan saya takut-takut saya kecundang dalam permainan perasaan yang memusnahkan jiwa dan kehidupan. Sungguh, walaupun sebuah kenyataan itu sangatlah perit untuk diterima, tapi saya ok. As in memang ok. Sebab hati dah boleh terima kot. Jadi takdelah rasa berat sangat ke ape. Even kuliah dah start pun, terasa macam biasa je, enjoy buat kerja di klinik and so on. Kadang-kadang je rasa tu datang, tapi takdelah sampai menjejaskan kehidupan. Lagipun sesi terapi di bilik Athirah tu berhasil kot..heh. Dan bila insan baik hati yang sangat saya sayangi dan sanjungi ini menunjukkan rasa ambil berat beliau, saya..... teramatlah terharu. Ye, terharu, sayu dan terasa sangat disayangi..Sebab sangatlah tak expect sampai macam tu sekali sayangnya kepada saya. [Athirah selalu cakap saya budak kurang kasih sayang dan perhatian..haha..] Dan saya sangatlah tak berharap akan ada mereka yang boleh buat saya terharu sampai begitu sekali. Yela, budak-budak 'hard core' mana layan sangat perasaan sayu mayu haru ni. [Kan gitu cik Sarah?] Haha. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, ukhuwwah ini membekas di jiwa disirami dengan rahmah kasih sayangMu. Semoga Allah melimpahi hidupnya di dunia dan akhirat dengan rahmat kesejahteraan..terima kasih ya kerana berjaya buat saya terharu..

nota kaki: saya dinasihatkan agar fokus dengan sepenuhnya untuk waktu dan peluang yang tersisa buat saya. InsyaAllah. Doakan saya.