Saturday, November 21, 2009

thought to share..

Bismillahirrahmanirrahim..

" Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah pada jalanNya supaya kamu mendapat keberuntungan. "
[5:35]

mahu menulis lebih panjang, tapi fikiran di kepala bergalau dengan tekanan kehidupan..menumpulkan daya ketahanan terhadap akal waras dan kebijaksanaan..

benar, keberuntungan tak kiralah di dunia mahupun di alam kekal sana, tetap hanya mampu dicapai dengan jihad dan kesungguhan..

"tiada ruang tuk berpangku tangan"
teringat satu lirik lagu yang kerap diulang-ulang ketika berprogram satu ketika dahulu, cukup ringkas, namun makna nya cukup amat mendalam..

orang yang berpangku tangan bukannya pejuang
orang yang hidupnya bersenang lenang bukannya pejuang
orang yang masih memiliki masa lapang tanpa apa-apa manfaat untuk diisi bukannya pejuang
orang yang tidak bersungguh-sungguh dalam kehidupan bukannya pejuang
ibarat sampah hanyut ketika bah melanda, dibawa arus melelong-lelong ke tepian,
tersangkut pada puntung kayu, tanpa apa-apa kepastian tentang sebuah perjalanan,
kerana natijah pengakhiran bukan lagi sebuah harapan..

hidup sang pejuang itu,
lebih pahit masam payau dari manisnya rasa,

hidup sang pejuang itu,
ibarat ar-Rasul dan para sahabat,
tiada masa berpangku tangan,
tiada peluang berkeluh kesah meragui sebuah kehidupan,
tiada kesempatan mahu leka mengubat hati yang lara kesakitan,
kerana hakikatnya sebuah kefahaman itu,
tertanam erat di kalbu yang kerinduan,

bahawa hidup sang pejuang itu,
susah payah dan derita perit luka perjuangan,
hanya akan membawa bahagia dari hati hingga ke syurga..
kekal abadi indahnya tanpa apa-apa gangguan..

maka, hidup ini, yang hakikatnya hanya pinjaman sementara dari Tuhan yang kasihkan kita,
adakah hidup yang pemiliknya seorang pejuang???

No comments: