Thursday, November 12, 2009

janji Tuhan..

" sesungguhnya ini benar-benar kemenangan yang besar. Untuk kemenangan serupa ini hendaklah berusaha orang-orang yang bekerja"
( As-Saffat: 60-61)


persoalannya, sudahkah kita melengkapkan prasyarat utama untuk menang?


sama ada dalam perjuangan kecil kita seperti exam dan kehidupan mahupun berkenaan dengan perkara yang lebih besar, berkaitan dengan impian utama setiap dari kita yang berpegang teguh dengan syahadah yakni seperti yang dimaksudkan dalam ayat di atas; iaitu syurga yang kekal abadi...


sudahkah kita memenuhi syarat sunnatullah yang telah ditetapkanNya sebelum sesuatu kemenangan itu dianugerahkannya buat kita?


bukankah dengan yakinnya (iman) kita dengan janji Allah sepatutnya membawa kita kepada usaha (amal) yang berterusan dan dengan sepenuhnya kesungguhan?


dan apabila ditilik-tilik diri sendiri, kita ini berada di tahapan mana ya? masih berusaha meyakini? termangu-mangu dengan dunia keliling dan persoalan lainnya ataupun sudah yakin namun tiada perubahan dalam usahanya?ataupun berusaha namun masih belum lagi mencukupi syarat utama kemenangan yang dijanjikan Tuhan?


agak-agaknya dengan status amal dan iman kita sekarang ini, dan kita dikembalikan ke ratusan tahun ke belakang di zaman perjuangan pedang dan senjata menjadi alatan utama untuk menang, layakkah kita dipilih menjadi tentera Salahuddin al-Ayubi dan Sultan Muhammad al-Fateh yang telah Allah penuhi janjiNya kepada mereka..belum lagi dipersoalkan tentang kita layak untuk menang atau tidak..layak menjadi tentera pun belum tentu.. dan persoalan ini tentunya berbalik kepada asas utama..yakni keinginan dan keyakinan kita untuk menang mencapai syurga abadi.. cukup teguh sudah keinginannya? cukup sudah usahanya?


Tuhan, aku ingin menang. walau kini aku berkali-kali kalah. tapi aku tetap mahu melangkah dan berusaha untuk menang.


fahamilah, impian yang besar menuntut pengorbanan yang juga besar.. biar diri yang terkorban, namun untuk mengaku kalah tidak sesekali..

No comments: