Showing posts with label kehidupan pengembara. Show all posts
Showing posts with label kehidupan pengembara. Show all posts

Monday, January 23, 2012

biru langit dan laut~

Bismillahirrahmanirrahim..

berikut dikongsikan aktiviti di dua hujung minggu- minggu yang lepas. heh~
seronok!!!!!



swimming di tengah-tengah hujan rintik..Pusat Akuatik Gunung Keriang
13/1/2012


rehlah akhawat DPU di Pantai Merdeka..15/1/2012


makan-makan


main-main..hihi


trip ke Taman Negara Pulau Pinang, jungle trekking ke Pantai Teluk Duyung. huh.
sakit kaki sampai ke hari ini..huhu..  20/1/2012


pantai..


dan laut..


dan alam hijau..


dan langit biru..


dan angin sepoi-sepoi


dan dalam bas stuck dalam traffic jam selama 3 jam.. heh..

huhu..alhamdulillah, Allah bagi peluang untuk merehatkan diri, berjumpa dengan alam milikNya, tadabbur rahsia ciptaanNya.. sangat seronok kot!!!!! dua minggu berturut-turut berjumpa dengan biru langit dan laut. seolah-olah mengubat kerinduan kepada tanah tumpah darah tempat lahirku Terengganu yang aman damai tu..
huhu.. Tuhan jugalah yang mengetahui setiap apa yang diperlukan oleh hamba-hambaNya, mengurniakan dengan sepenuh kasih sayang, dan memanggil-manggil kita kepadaNya..dan Ya Allah, terima kasih..segala puji hanya buatMu Tuhan pemilik hati ini..


Monday, October 3, 2011

a reminder..

Bismillahirrahmanirrahim..

 "Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu. Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan meng'azab sebelum Kami mengutus seorang rasul."
[al- Isra',17: 14-15]

>> too many things happened, trying very hard to swallow everything without even wincing or complaining.. doakan saya kuat, dan sabar dalam membaiki diri sendiri..kerana sungguh mujahadah itu senang diucap namun sukar mahu direalisasikan dengan kesungguhan sebenar..may we stay strong..insyaAllah..

Tuesday, April 12, 2011

ok..i'm back..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah syukur padaNya untuk nafas yang masih berlalu di rengkung..untuk hidup yang masih seadanya begini.. Masih sehat dan kuat untuk membaiki langkah, masih waras dan tegar dalam menongkah arus badai dalam kehidupan.. Tuhan, terima kasih untuk hidup ini..

Serasa lama betul kan tak menulis panjang-panjang mencoret rasa hati, bercerita tentang keluh kisah hidup dan amal, dan tentang ceritera hati yang pelbagai.. Huhu..

Sebetulnya tempoh hibernasi kali ini sememangnya bersebab dan berkait rapat dengan hidup berkerjaya.ok, topik ini sangat membosankan, yela,semua orang busy dengan kerja masing2, tapi ada je masanya untuk perkara2 lain dalam hidup,kan? Kalo ada kemahuan, sememangnya kita akan mencari jalan untuk merealisasikan. Tapi tula, manusia yang lemah hanya akan kerap mencari alasan dan 1001 pertahanan untuk menutup kelemahan dirinya..ngaaa~ sayalah tu..huhu..

Ok, meh dengar cerita dan pengalaman kehidupan saya bermula dari bulan september 2010 tu, bulan yang bermulanya saya dah tak berapa ada kemahuan untuk menulis di blog..hehe.. Bulan september tu bermula lah pengalaman baru attach di salah satu kepakaran lain dalam bidang pergigian, iaitu Ortodontik. Kalo sape2 yang biasa dengar dan pernah go through rawatan dalam kepakaran ni mesti tau kan apa bende alah orto ni sebenarnya.heh~ ortodontik ni kalo nak lagi ringkas pemahaman, adalah bidang yang menawarkan rawatan braces. Gigi besi. Getah pengikat besi yang macam-macam warna macam pelangi tu. Dan macam-macam lagila skop rawatan die. Yang penting, nak betulkan alignment gigi, jadi lurus dan sekata, nampak cantik macam gigi celebriti.. Especially untuk mereka yang ada gigi berlapis-lapis ke, or terkehadapan or terkebelakang ke, mana2 la. Keyword nya adalah 'alignment'. Huhu. Sebenarnya kalau ikutkan bidang nilah antara bidang yang paling saya tak suka masa time belajar dulu. Mungkin sebab ada kaitan dengan fizik kot. Haha. Ada perasaan sedikit anti di situ kepada fizik yang tak bersalah. Yela, nak kena estimate bape banyak force nak apply kat gigi tu supaya dapat bergerak untuk duduk dalam satu alignment, pastu kene pilih jenis-jenis besi dan wire yang bersesuaian dengan kehendak..Heh~ kalo tak faham konsep, maka lost lah anda dalam merangka rawatan terbaik untuk pesakit anda.. Tapi kan, selepas hampir 3 minggu duk di situ, dan belajar banyak perkara, saya bole katakan bahawa saya tamat attachment di situ dengan tiada lagi perasaan anti mahupun tidak suka kepada bidang ortho tersebut. In fact, i found it more interesting than i've ever thought..ngaa~ tula, kan da kata, jangan benci sangat, nanti jatuh cinta..haha

Next. Bulan Oktober 2010, saya memulakan kembara di kepakaran pergigian yang berbentuk hospital-based, iaitu pergigian kanak-kanak dan seterusnya selepas itu kepakaran oral maxillofacial ( bahagian bedah muka) selama 6 bulan ( 2 bulan dental paediatrics, 4 bulan OMF) . Cuak, gementar, menakutkan semua ada duk bermain dalam fikiran.. saya jadi lebih alert, semua kerja nak buat kena tanya senior dan pembantu yang dah lama berpengalaman..huhu.. tapi bidang kanak-kanak ni, best jugak, bole jadi diri sendiri sebab bole main-main dengan budak-budak. Happy dikelilingi budak-budak kecik yang macam-macam ragam dan akalnya.. some more, kat sinilah hati saya banyak tersentuh dan menangis sendiri dalam hati. Kenapa?? Huhu.. sebenarnya bidang pergigian kanak-kanak ni, selain dari menerima pesakit yang sememangnya sukar dikawal dan langsung-langsung tidak mahu duduk di dental chair tu, kami juga menerima peakit kanak-kanak yang istimewa, seperti Down- syndrome, autistic, mental retardity dan sebagainya. I still remember seeing one Treacher-Collins syndrome patient with severe facial deformity that was being fully support by his still young siblings and parents. Anak-anak yang kecil itu langsung tidak kisah tentang rupa adik mereka yang begitu, dan masih sudi bermain dan menjaganya dengan baik seolah-olah si adik yang itulah satu-satunya adik kesayangan mereka. Oh,indahnya takdir Tuhan yang mencipta alam! Alangkah bijaknya ibubapa mereka dalam mendidik anak-anak supaya redha dan menerima ketentuan takdir Ilahi terhadap anak bongsu mereka..

Dan ada lagi satu kisah, ketika itu saya ditugaskan mengambil full history of patient yang baru je didaftarkan di department ini, dan patient tu direfer kepada kami kerana mempunyai masalah pergigian di samping masalah pertumbuhan mental yang agak lembap.. budak lelaki sekecil 8 tahun yang hanya ditemani datuk dan ayahnya itu, masih tidak mampu bercakap dengan sempurna, dan hanya banyak tersenyum ketika saya bertanyakan soalan kepadanya. Tidak langsung meragam tapi banyak melihat kepada datuknya seolah-olah mengharapkan datuknya yang menjawab soalan tersebut bagi pihaknya..dan soalan-soalan saya menemukan jawapan yang sangat menghibakan hati, anak itu masih lagi belum mampu makan menggunakan tangan dengan sempurna, kerana keupayaan jari jemarinya yang kecil itu terbatas berkait rapat dengan ketidaksempurnaan pertumbuhan mentalnya. Ketika makan lebih banyak nasi yang terkeluar berbanding yang masuk ke dalam mulutnya, namun dia langsung tidak kisah dan malu dengan pandangan kawan-kawan di sekelilingnya terutama ketika di kantin persekolahan..ayah dan datuknya pula, walaupun kedudukan kewangan mereka tidak kukuh, dan tidak punya kenderaan yang sempurna, namun masih sanggup meredah perjalanan jauh datang banyak kali ke hospital semata-mata mahukan rawatan yang sempurna buat anak kecil itu.. dan bila dilihat dari mata mereka, walau sebegitu nasib kehidupan yang ditempuh, namun mereka kelihatan sangat bahagia, sangat gembira, dan sangatlah redha dengan apa jua ketentuan Tuhan, tidak langsung berkeluh kesah dan merungut.. redha dalam erti kata sebenarnya..huhu..

Dan kerana itulah hati saya banyak tersentuh, dan saya menyedari bahawa walaupun kita manusia ini memandang suatu takdir itu dengan pandangan yang kelam, namun hakikatnya dunia ini masih indah, masih ada manusia yang walau sebegitu teruk pun nasibnya, namun tetap redha dan positif dalam menghadapi kelangsungan kehidupan.. sungguh, saya banyak belajar tentang erti kehidupan semasa attachment saya berlangsung selama 2 bulan di sini.. berjumpa dengan pelbagai jenis lapisan masyarakat, dan warna-warni kehidupan itu bertambah tanpa saya sedari..

Seterusnya awal bulan November, banjir pula yang melanda Kedah dan Perlis. Banjir yang lebih teruk berbanding banjir besar 5 tahun yang lepas. Sebuah pengalaman baru yang sememangnya tidak dapat dilupakan. Excited sebab tak pernah rasa pengalaman sebegini? Of courselah!! Bimbang tentang rumah yang tidak ketahuan nasibnya? Sedikit sahaja, sebab lebih banyak rasa excited!! Haha... Macam budak kecik yang baru dapat permainan baru!! Hihi..Hampir seminggu jugakla tak pergi kerja disebabkan terputus jalan perhubungan. Dan afterwards tu yang sebenarnya agak meruntun hati.. Alhamdulillah, rumah saya tidaklah berada dalam kategori yang terjejas teruk, tambah lagi duk sorang-sorang, barang pun takdelah banyak sangat, dan operasi pembersihan banyak dibantu oleh jiran tetangga juga..cik kiddy pun selamat lagi, takde kecederaan yang berkaitan. Alhamdulillah. Cuma, apabila dilihat kepada keadaan sebenar mereka yang terjejas teruk dalam krisis banjir ni, pembuangan barang-barang- perabot, sofa, buku-buku, katil tilam dan sebagainya di luar kediaman mereka, warna rumah yang telah bertukar rupa, dan keadaan masing-masing yang tertekan dan kesedihan, jiwa saya berkata sendirian, banyaknyalah yang Allah mahu tunjukkan dalam musibah yang melanda kali ini..


Ok2, cukup..heh~
sambung entry seterusnya la pulak ye..banyak sangat dah ni..huhu..

Thursday, April 7, 2011

without words..

Bismillahirrahmanirrahim..

ni namanya entry malas nak taip perkataan banyak-banyak.. story nye later la ek..hihi..


 cool tak? kagum seyh..cik mashirah pelahap dengan kek ni sampai 2 1/2 pieces..ngaa~

 jamuan..makan-makan.. abaikan mereka yang over excited dengan kek tersebut..heh~

 khusyuk..

 kak mazwin yang coolio dan hebat!!

sambil-sambil tadah telinga nganga mulut dan makan..

adik-adik KUIN..segala puji buatNya yang menghadirkan mereka..


* skill menulis dah berkarat mereput..nak tulis entry terbaru pun 2-3 minggu belum tentu siap..heh~  tapi insyaAllah hectic life yang menggila tu dah berlalu, makanya saya dah ada banyak lebihan masa yang boleh digunakan untuk menyebarluaskan kebaikan..yeay!! InsyaAllah..v(".")v

Sunday, January 2, 2011

as it seems to be..

Bismillahirrahmanirrahim..

Missing everybody else very much..

I’m doing fine, through the ups and down, wounded and warded in the darkness of my own rehabilitation place, and now happily back to the routine, live the life as it seems to be.

Really hope that I can update more later. Many things stuck inside the head and heart, wish i can write it up pieces by pieces, so that my input output chart will be a positive one...inshaAllah...

Just a piece of reminder from al-Maududi:

“ bahawa anugerah Allah yang terbesar, yakni sebutan sebagai seorang Muslim, yang anda nikmati itu, bukanlah suatu harta kepunyaan bangsa atau kesukuan yang langsung anda warisi dari orang tua anda dan terus melekat pada diri anda selama hidup, baik anda sedari atau tidak, tetapi ia adalah suatu harta yang harus anda peroleh dengan usaha. Kalau anda melakukan usaha untuk memperolehnya, maka anda akan memperolehnya; sebaliknya bila anda tidak memperdulikannya, walaupun anda sudah memperolehnya, maka ia akan dicabut dari anda. Na’udzubillah min zalik.”

Friday, March 26, 2010

mode: pejuang di alam baru...

Bismillahirrahmanirrahim..


"Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang sangat amat berharap dalam meminta kepadaMu akan apa-apa perkara yang aku tidak layak untuknya kerana kekuranganku.."

Alhamdulillah, telah selamat bekerja hampir lebih kurang 2 minggu.. satu dunia yang saya rasa amat mengujakan, kerana good side dan bad side itu seakan-akan bersebelahan dengan rapatnya dalam dunia ini.. benarlah, melakukan sesuatu yang anda sukai adalah amat sangat berlainan dari mengerjakannya hanya sahaja kerana anda terpaksa dan langsung tidak pernah menyukainya.. oh, jangan salah sangka, saya sekarang amat menyukai apa yang saya lakukan ini.. banyak perkara yang perlu saya pelajari, dan boleh dikatakan tiap-tiap hari yang berlalu seiring dengan waktu ini, akan ada sahaja perkara yang baru saya ketahui dan hargai pengajarannya dalam hidup yang serba singkat ini. Ya, mengujakan, bagi budak yang baru sahaja belajar seperti saya ini, learning curve saya mendadak meningkat naik.. saya belajar mengenal kehidupan dalam erti sebenarnya, dan kembali semula kepada mode pejuang yang sedia menghadapi apa sahaja sebagaimana saya 7 tahun yang lepas. Terima kasih yang amat sangat duhai Tuhan untuk nikmat yang indah ini. Segala puji hanyalah buatMu...

Apa yang saya katakan sebagai mode pejuang itu sebenarnya? Hehe.. mari saya terangkan. Kerjaya saya melibatkan saya menghadap pesakit di setiap hari, tidak kira dewasa atau budak kecik comel, ataupun tua seperti usia datuk dan nenek saya, semuanya datang untuk mendapatkan rawatan. Ya, mereka datang tanpa meletakkan harapan tinggi pun untuk rawatan yang terbaik, kerana klinik ini adalah klinik kerajaan, apalah yang nak diharapkan sangat kan, tapi tetap mereka sabar menunggu dan masih bermanis muka dan mengucapkan terima kasih apabila telah selesai rawatan.. dalam erti kata pendeknya, pesakit di sini tidak banyak berkira.. asalkan kesakitan dan masalah mereka boleh hilang, itu sudah cukup bagus.. sedangkan dalam dentistry, setiap masalah itu pasti akan punya 2-3 penyelesaian, dan sebagai manusia berakal, pastilah kita mahukan penyelesaian terbaik, bukan? Namun, perkara yang terbaik itu sangatlah tidak dihiraukan di sini. Dalam keadaan serba kekurangan, mereka rela menerima jalan penyelesaiaan yang terakhir sekalipun, asalkan masalah yang dihadapi selesai. Bukan mengambil jalan mudah, namun terpaksa demi keselesaan sebuah kehidupan. Dan ini banyak menginsafkan saya. Manusia yang selalu mengejar yang terbaik dalam kehidupan, seringkali mengaplikasikan prinsip matlamat menghalalkan cara dalam kehidupan mereka. Namun, di sini, apa sahaja yang mereka terima, mereka sangat-sangat bersyukur dengan apa yang ada. Rahmat dalam kekurangan, mengajar mereka erti syukur dan besederhana..

dan seringkali ketika saya berhadapan mereka, saya membayangkan mereka yang perlukan rawatan ini sebagai ahli keluarga saya. Lazimnya, jikalau saya yang membawa ahli keluarga ke klinik untuk sesebuah rawatan [saya selalu menemani nenek dan datuk ke hospital], pastilah saya mahukan doktor yang merawat memberikan yang terbaik ketika merawat mereka. Dan apabila saya meletakkan diri saya di tempat mereka yang menunggu dengan sabar ahli keluarga atau teman mereka dirawat, saya juga sangat berharap saya mampu memberikan rawatan terbaik kepada mereka. Supaya mereka berpuas hati dengan rawatan yang diberikan, dan masalah mereka boleh hilang, dan mereka pulang dengan senyuman..

aspek yang lainnya,  saya mendapat peluang yang tidak terbatas untuk sentiasa bermuhasabah dan mengingatkan diri.. Yeay!!! Saya suka!!! Hehe.. contoh paling dekat, tiap kali apabila saya mula menganalisis keadaan masalah yang dihadapi oleh seseorang pesakit, hati saya akan mula berkata sendiri..oh, ini kes senang. Oh, itu kes susah. Oh, yang ini sangatlah saya tak pandai. Oh, yang itu saya suka, sebab itu kepakaran saya. Dan sebagainya yang lain.. namun, saya seringkali lupa, pemilik kepada setiap ciptaan di dunia ini tetaplah Allah yang Maha Berkuasa. Setiap kes yang saya hadapi terselit peringatan yang tersendiri buat diri saya. Seringkali yang saya rasakan susah itu, bertukar menjadi senang apabila saya sudah melakukannya.. seringkali pula yang sebaliknya berlaku, dan saya terpaksa membuat panggilan kecemasan 999 kepada doktor senior di kiub sebelah untuk membantu saya. Siapalah saya sebenarnya untuk menduga-duga dari awal akan suatu keadaan yang bukan pada mata kasar saya pun untuk dilihat dan diteka-teka hakikatnya. Dalam kehidupan kita juga begitu, kita sering mengagak-agak dalam hati, akan hakikat keadaan sesuatu perkara. Apalah salahnya untuk kita terus meminta kepada pemilik sebenarnya yakni Allah yang Maha Pemurah, untuk menyenangkan dan mempermudahkan perkara yang kita rasakan susah, dan tidak mempersulitkan perkara yang kita rasa kita mampu untuk melakukannya. Bukankah Dia pemilik dan tuan kepada segala sesuatu? Dan Dialah jua yang lebih amat mengetahui akan keadaan sesuatu itu. Lebih bagus untuk kita meminta terus kepada Yang Pakar dan Maha Mengetahui, bukan?

Saya berjuang di sini untuk sentiasa meletakkan niat saya di tiap hari yang berlalu itu di tempat yang sebetulnya. Saya berjuang melakukan dan memberi yang terbaik kepada setiap pesakit yang saya temui dalam kehidupan sehari-hari. Saya berjuang untuk sentiasa membetulkan hati, di setiap kesalahan hati yang berlaku, yang meninggalkan pengajaran berharga dalam kehidupan saya. Saya berjuang untuk terus menjadi a better me, supaya ada bekal yang saya bawa untuk berjumpa denganNya nanti. Dan saya mahu terus kekal dalam mode pejuang ini untuk hari-hari seterusnya yang mendatang, kerana mode ini membawa saya lebih dekat kepadaNya, dan lebih selalu berharap dalam meminta kepadaNya akan perkara yang saya tak layak untuknya kerana kekurangan saya...doakan saya..

May He bless..

Tuesday, December 29, 2009

kl-kb-trg-kl-trg..again..

bismillahirrahmanirrahim..

uhuhu..sudah lame tak update perkembangan semasa di sini.. dah balik ke kampung halaman, terus melupakan dunia luar ye, cik mash?? heh~

ye..kelam kelibut menguruskan hidup semenjak dua menjak ni sangatla menyesakkan dada dan menyumbatkan otak dan fikir..hidup dah jadi tunggang terbalik...ape-apepun, kelegaan yang teramat untuk beberapa perkara yang telah selesai dengan sempurna..contohnya: kehidupan sebagai pelajar universiti tamat dengan gred yang sangat memuaskan hati [alhamdulillah.. perkara paling tak disangka..huhu].., keduanya cik ana, one of my closest  friend dah selamat melangkah ke alam penuh cabaran, menyempurnakan separuh dari agamanya..,cik nana yang sudi berkongsi dengan saya pelbagai cerita kehidupan yang menceriakan hari-hari gloomy saya dahulu pun dah selamat bertunang.., lepas ni sape pula ye?? hehe..,

ketiganya PKN'09 dah selamat berlangsung dengan jayanya..kepada team penganjur, kelemahan yang ada sememangnya perlu dibaiki untuk mengelakkan "kitaran bodoh" kesilapan itu dari berlaku, namun point penting di sini ialah, RAIKANLAH kejayaan kamu semua melaksanakan tugas sukar yang pada awalnya difikirkan sebagai hampir mustahil...dengan pelbagai kekangan dan kekurangan, antum sebenarnya telah melepasi garisan limitation diri masing-masing dalam memberi yang terbaik..TAHNIAH!!! saya sangat-sangat berbangga dengan hasil usaha kalian..[ sebak sedih dan sayu sebab selepas ini dah tak punya peluang untuk bersama-sama berprogram lagi..sob3..]..oh..good luck untuk rehlah hujung minggu ini ye sisters sekalian.. walau masa sangat suntuk tapi saya percaya kalian boleh melakukannya dengan jaya..yang penting niat kene ikhlas matlamat kene jelas..all the best!!..,

keempatnya, dah selamat mendaftar dengan Malaysian Dental Council (MDC), dan officially can use the title DR..hehe.. title tak significant sangat, tapi yang paling penting bole practice tanpa rasa takut lagi..haha.. maksudnya, batu-bata asas impian saya yang tinggi melangit nak ke seluruh dunia tu dah terletak dengan sempurna buat masa ini..tinggal nak menyempurnakan dinding tiang dan atap impian itu sahaja..insyaAllah.. yang tak bestnya selepas ini dah masuk ke alam penuh tanggungjawab everyday kene pegi kerja kul 8 balik kul 5 tanpa rasa malas dan ponteng2.. oucchhh.. same old routine bole membunuh saya sebenarnya.. takpelah.. we'll deal with that later..one at a time k..huhu...

sekarang tengah menunggu dengan sabar ketentuan Tuhan tentang tempat bekerja.. memilih untuk mendewasakan diri dan mengecewakan ummi abah bukan bermakna saya tak sayangkan mereka, namun, ada beberapa perkara yang perlu saya sempurnakan dahulu..biar masa sahaja yang menentukan..dan biar Allah Tuhan pemberi tempat yang terbaik sahaja yang menetapkan buat saya tempat terbaik untuk saya mengembangkan potensi diri saya yang sebenarnya..ameen..

moga terus thabat duhai hati-hati yang mengharapkan redha Ilahi dan jannah di penghujung jalan..

Tuesday, December 8, 2009

selesai..

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah thumma alhamdulillah...

segala puji buat Dia yang telah memberi yang terbaik dalam kehidupan saya... pahit getir ujian dan manisnya pengharapan kepadaNya, segalanya mengajar saya tentang sifat lemahnya sang hamba dan Maha Berkuasanya Tuhan dalam mengatur dan menyusun kehidupan hambaNya itu..syukur yang amat kepadaMu ya Allah...tak sedetik pun Engkau biarkan aku sendirian, sentiasa ada untuk menunjuk arah dan melantunkan kembali semangat yang hilang..

buat mereka yang saya cintai sepenuh hati:

Ummi dan Abah: terima kasih kerana sudi bertahan dengan Ateh yang macam hurricane ni.. sentiasa memeningkan kepala kalian dengan kehendak hati yang berlainan dari anak-anak yang lain..terima kasih..lepas ni sure pening lagi..;)

Zira, Nisa, Ana, Ilin, Ita, Wan, and others [roomates, housemates, dan sesiapa sahaja yang berkenaan]:
terima kasih juga kerana memasukkan nama saya dalam doa-doa anda.. terima kasih sekali lagi kerana mampu bertahan  dengan perangai pelik cik mash sorang ni..[saya pelik, tapi saya tetap sayang kamu..huhu]..moga kalian dinaungi dengan rahmat Allah walau di mana sahaja kalian berada.. stay strong, and keep going forward ok..

my Usrah-mate cik Sarah and cik Miha, Ary serta teman seperjuangan adik-adik Karisma-ians ; Asiyah, Hajar, Sofwah, Zira, Zulfa, dan ikhwah akhawat yang lain:
terima kasih kerana bersabar dengan saya semester ini.. Dan untuk full support, kasih dan sayang beserta doa dari kamu sekalian, moga Allah membalasnya dengan kurniaan ganjaran yang setimpal, pahala dan syurga idaman yang menanti di sana.. moga juga tautan hati antara kita membuahkan ukhuwah kekal selamanya..

teristimewa buat ex-naqibah merangkap insan istimewa penunjuk arah buat saya yang selalu hilang:
I would not have made it without you.. untuk kata-kata nasihat, doa dan masa yang dihabiskan untuk memberikan saya semangat jitu itu, terima kasih..dan sehingga kini, hanya syukur dan doa mampu saya panjatkan kepadaNya kerana mengurniakan insan sebaik kamu kepada saya..moga kehidupan kamu dan keluarga kamu disejahterakan Allah, dan dimenangkanNya dalam setiap ujian kehidupan yang melanda...

buat mereka yang lain yang tidak tersebut di sini:
terima kasih juga untuk doa-doa kalian, dan untuk segalanya.. terima kasih..

selesai sudah perjuangan peringkat pertama ini..masuk pula ke peringkat kedua yang makin bertambah cabarannya..Bahang pertempuran sudah terasa biasnya ke lubuk hati.. pertukaran suasana dengan ujian peningkat iman hampir di setiap hari itu, saya pun tidak akan pernah tahu hari menang dan hari kalah buat saya di masa hadapan...cuma yang mampu saya doakan, agar Allah yang membolak-balikkan hati hambaNya menjadikan hati saya thabat di jalan penuh duri tajam berceracak ini.. saya hanya mahu kekal hidup dan mati di jalan ini...hanya mahu terus berjalan menuju redhaNya..redhaNya..dan redhaNya jua..

doakan saya.

Friday, November 27, 2009

salam 'eidul adha 1430H

bismillahirrahmanirrahim..

selamat hari raya qurban!!! moga nilai pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim a.s membawa erti dan makna besar yang tersendiri dalam lembaran baru kehidupan kita tahun ini.. moga-moga juga sang hati terus thabat menunaikan amanah yang tergalas berat di bahu kita..meneruskan legasi selama 1400 tahun yang lampau..

tahun ni beraya kat KL..3 adik beradik /anak-anak Hj Mohd Noor hanya bertemu muka pada detik jam 8 malam tadi untuk mengisi perut bersama-sama... nasib baikla abang saya masih ingatkan saya dan Athirah..yeay!! [ayat kebulur satu hari, kedai makan tutup..haha]..well, pengalaman manis jugak tu kan..heh~

** ayat penyata mana satu lagi sedap???--
1) tahun ni tak dapat nak bakar daging dengan Along macam biasa..
                                         
vs..

2) tahun ni Along takde geng nak bakar daging macam biasa..

[ ayat sedih vs. ayat penyedap hati..]haha..

** ummi siap nak simpan daging raya lagi untuk 3 orang anakandanya yang hanya akan pulang dalam tempoh lagi 3 minggu..hehe..[yela, sapela sangat kat rumah tu yang boleh makan daging? heh~ hanya orang-orang muda yang taknak beringat tentang kesihatan je yang berani makan dengan sesuka hati...haha]

Tuesday, June 16, 2009

krisis identiti???




You are Extroverted, Agreeable, Neurotic and Open



Extroversion:



You have medium extroversion.

You're not the life of the party, but you do show up for the party.

Sometimes you are full of energy and open to new social experiences.

But you also need to hibernate and enjoy your "down time".



Conscientiousness:



You have low conscientiousness.

Impulsive and off the wall, you don't take life too seriously.

Unfortunately, you sometimes end up regretting your snap decisions.

Overall, you tend to lack focus, and it's difficult for you to get important things done.



Agreeableness:



You have medium agreeableness.

You're generally a friendly and trusting person.

But you also have a healthy dose of cynicism.

You get along well with others, as long as they play fair.



Neuroticism:



You have medium neuroticism.

You're generally cool and collected, but sometimes you do panic.

Little worries or problems can consume you, draining your energy.

Your life is pretty smooth, but there's a few emotional bumps you'd like to get rid of.



Openness to experience:



Your openness to new experiences is high.

In life, you tend to be an early adopter of all new things and ideas.

You'll try almost anything interesting, and you're constantly pushing your own limits.

A great admirer of art and beauty, you can find the positive side of almost anything.

The Five Factor Personality Test

p/s: apehal la sejak dua menjak ni asyik bebenor buat kuiz..huhu..krisis identiti yang kronikkah?? ditambah dengan cuaca di Terengganu yang tersangat amatlah panas, memang dah tak kenal diri sendiri la jawabnya..huhu..

Friday, May 22, 2009

uhukk...tetibe nak buat jugakkk...

Career Inventory Test Results

Extroversion |||||| 16%
Emotional Stability |||||||||||||||||||||||||||| 90%
Orderliness ||||||||| 26%
Altruism |||||||||||| 40%
Inquisitiveness ||||||||||||||||||||| 63%

You are an Architect, possible professions include - strategic planning, writer, staff development, lawyer, architect, software designer, financial analyst, college professor, photographer, logician, artist, systems analyst, neurologist, physicist, psychologist, research/development specialist, computer programmer, data base manager, chemist, biologist, investigator.
Take Free Career Test
personality tests by similarminds.com



p/s: belum diizinkan Tuhan untuk meneruskan perjuangan di alam baru..moga saya tetap dalam petunjukNya sentiasa..ameen..

Tuesday, May 12, 2009

cabaran bermula..

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah..cabaran minggu exam baru je habis dilalui..sedang berdebar-debar menunggu keputusannya pula. Adakah akan berjaya pulang dengan segenggam impian berjaya dilaksanakan..ataupun memanjangkan tempoh impian tersebut dan mencapainya dalam masa yg terkemudian..ntahla..Allah jua Maha Mengetahui..dan kini saya serahkan segalanya kepada Dia untuk menentukan..doakan saya berjaya duhai sahabat..

hmm.. exam dah sudah, TITIAN'09 pun baru je tamat, dan kini saya berdepan dengan cabaran baru [baca: kelemahan lama yang masih tak dapat diatasi..]. MASA LAPANG. kesukaran saya menguruskannya sejak sekian lama memberi impak maksima kepada tahap iman di hati..sekarang ni pun dalam kepala tiada strategi khas yang terlakar maupun perancangan istimewa yang terbentuk supaya saya tidak lagi mengulangi kesilapan sama yang asyik berulang..blank. itu perkataan paling tepat kot.huhu. ataupun sebenarnya kepala saya berselirat dengan segala satu macam dan hati saya berat dengan pelbagai kerenah perasaan?? kemungkinan besar iya juga..haihhh..

keserabutan minda dan qalbu saya:

1) saya kene balik dan hati saya berat untuk membuat keputusan itu..sebabnya masih banyak lagi perkara yang perlukan kehadiran saya di sini..dengan barang-barang berkecah tidak berkemas tidak seperti manusia normal yang mahu berpindah [baca: malas sebenarnya nak keluarkan kotak..heh~].. dan hubungan hati saya dengan mereka yang rapat dengan saya di sini..sayunya nak meninggalkan anak-anak usrah yang dah diibaratkan seperti saudara kandung sendiri..dan takutnya saya dengan hakikat perpisahan ini bakal membuka ruang untuk saya merindui mereka..[ saya seorang yang sangat praktikal, dan bukannya seorang yang sappy-mappy jiwang felong habisan..-_-]..tapi mashirah, bukankah zaman sekarang bukannya seperti zaman air batu?? huhu..internet ada, post-paid celcom ada..kontek jela..apa susah sangat?? haila...nak seribu daya taknak seribu dalih, OK? huh.

2) saya baru sahaja melalui beberapa episod gila yang membahayakan hidup yang menyebabkan best friend saya memarahi saya [baca: saya kan adventurous tak kena masa dan tempat..heh~]..tapi sudah tentunya saya mempunyai alasan konkrit lagi kukuh (pada pendapat kepala otak saya) untuk saya membahayakan diri saya tersebut..huhu..dan seperti selalunya, selepas kena marah [ she usually will straight away get mad without even listen to my reasons yet~ tandanya die amat bimbangkan dan sayangkan saya, right dear?? ^_-], saya akan berkecil hati dan senyap or saya defend diri saya and then terus senyap..heh~ dan biasanya best friend saya tak sedar pun saya merajuk hati dengan dia sebab kena marah..haha..takpela..nanti-nanti rajuk saya dah habis, saya akan belanja dia makan sebab dia care tentang saya..[ sate kajang ye, na??hehe]

3) erm..saya seorang yang apabila saya marah kepada yang terdekat, saya akan menyimpannya rapat dalam hati dan tidak menunjukkan kepada sesiapa pun. cuba menyembunyikan demi nasib sebuah persahabatan. ukhuwwah to be specific. sesetengah orang yang teliti dan tajam daya pemerhatiannya mungkin akan dapat mengesan perubahan mood saya.. sesetengah yang lain pula sudah semestinya tidak kerana saya kebiasaannya cuba berlagak seperti biasa. tapi hakikat sebenarnya, saya derita menanggungnya di dalam dada..kerana kemarahan ataupun rasa kecil hati itu akan berdiam dalam hati untuk beberapa waktu sehinggalah masa merawatnya sembuh ataupun meninggalkan parut segar di situ. dan hati saya yang sakit ini akan memberi kesan kepada hubungan saya dengannya dalam episod kehidupan seterusnya..dan inilah masalahnya.. saya tak kan mampu berlagak seperti biasa kerana saya sukar menjadi seorang yang hipokrit, di luarnya nampak ok, di dalamnya, hanya Allah yang tau..dan seterusnya dia pula akan berkecil hati dengan saya kerana layanan saya yang "luar biasa" itu, dan saya pula akan digigit rasa serba salah..haha..kompleks nya lah sebuah perhubungan manusia..itulah kenapa salah satu sebabnya saya lebih suka bertindak dan bergerak sendiri tidak berteman dan dari mengharapkan pertolongan orang lain selain Allah..[macam bagus kan..tapi hakikatnya tidak, saya yang terseksa di sini..huhu]bole tak saya keluarkan statement: saya tidak bole berurusan dengan awak sehinggalah saya sembuh?? haha..macam lawak..

ok2..saya perlu stop virus ukhuwwah ni dari merebak. tindakan yang patut saya laksanakan yang pastinya ubat paling mujarab adalah muhasabah diri [baca: mungkin saya juga pernah melakukan kesilapan yang sama yang dia lakukan tapi kepada orang yang berbeza], mungkin Allah mahu saya betulkan diri di situ. kedua; istighfar, bukan ke nabi s.a.w ajar, kalo kite marah, kite kene banyak2 mintak ampun ke??[ mash, da tau tak nak ke amalkan??huhu]. ketiga; sudah semestinya berlapang dada dan memaafkan..[ bagi saya, yang ni macam susah..tapi saya rasa saya dah improve banyak berbanding zaman muda2 jahiliah dulu..huhu..credits to tarbiyyah yang diterima..]. ok2, saya cuba ok..

apa-apa pun, cabaran baru dalam kehidupan saya sudah bermula. phase of transition ke, or phase of adjustment to the new life ke ape ke, saya tak bole berenti bergerak, apatah lagi menjadikannya sebagai alasan..seperti mana yang telah saya lakukan sebelum2 ini..belajarlah mash, dari kesilapan..hidup zero alasan ok!!! kita kan pejuang yang berimpian besar untuk menakluk dunia dan menukarkannya menjadi paksi Islam..kenapa nak berhati kecil dalam menghadapi mehnah kehidupan?? bukankah berhati besar itu memaksimumkan ruang untuk potensi diri makin berkembang??.. go go chaiyo' k!!

note: saya dah mula rindukan cik zirah..[baca: dah takde geng nak diajak keluar makan time midnite..sedihhhh..] moga kamu senantiasa tenang dalam perlindungan dan petunjukNya..ameen..ohh, satu lagi, yang di atas tu no.2 dan no.3 adalah saling tidak berkaitan, kes kehidupan yang berbeza..huhu..

Friday, April 24, 2009

Jaguar???




You Are a Jaguar



You have a knack for reforming, balancing, and even healing people.

You see the good in everyone, and you help bad people learn to be better.



Even though you connect to people, you can't help but feel separate from everyone else.

You often feel like you are on the outside looking in, even with your closest family members and friends.

What Big Cat Are You?


note: dah lama menyepi..tetibe keluar dengan topik jaguar..haha..mintak ampun..saya masih belum lagi settle down..perang masih lagi berlanjutan, dijangka habis dan tamat pada 12hb mei 2009..[perang tahap pertama sudah berjaya ditamatkan..alhamdulillah, dikurniakan rezeki untuk melanjutkan ke perang tahap ke dua..moganya berjaya juga ditamatkan dalam tempoh waktu yang ditetapkan..ameen..] oh..mohon doa semua, agar ayahanda saya sembuh seperti sediakala, masih lagi di ICU untuk tempoh 2 hari ni selepas selesai bypass surgery semalam..mohon juga saya kuat untuk terus berkorban untuk keluarga saya..asyik mereka je yang berpenat lelah untuk saya..kali ini, saya juga mahu mengejar lautan pahala dan keredhaanNya yang telah dijanjikan buat mereka yang berbakti kepada kedua ibu bapa..ameen..

Sunday, April 5, 2009

sambungan mood swing..heh

haha..bole pulak di kala tengah berserabut pergi main mende alah macam ni.. dahla ketepatannya diragui..saya supreme genius??hoho..jauh panggang dari api..inappropriate sensitivity- takde lagi saya berperang dengan orang lain disebabkan saya sensitif..kalo ade pun macam dalam mimpi bukan realiti je..heh..kaler kegemaran saya bukannye gold tapi purple- segala jenis purple tapi bukan pink ok...tapi takdela sampai saya alah dengan kaler gold tu, hanyalah kurang gemar sahaja..haha.. power symbol tu apekebende??power month tu pulak??
heh..memang saya dah bernada mereng..

ok2..stop merapu.. pergi buat kejela makcik!! +_+

mood swing..heh..

You Are an Idealist
You are a natural born leader, even if those leadership talents haven't been developed yet.
You have the power and self confidence to succeed in life, and your power grows daily.
Besides power, you also have a great deal of creativity that enables you to innovate instead of fail.
You are a visionary, seeing the big picture instead of all of the trivial little details.

Your strength: Your supreme genius

Your weakness: Your inappropriate sensitivity

Your power color: Gold

Your power symbol: Star

Your power month: January

Saturday, March 21, 2009

berita terkini..

bismillah..

lamanya tak menulis di sini...sunyi sepi...senyap tupah kalau ikut bahasa Terengganunya..huhu.. kebisuan saya ada puncanya, dan saya masih berharap akan sampai ke penghujungnya..

terlalu banyak yang telah saya tempuhi sepanjang tempoh isolation dari dunia keliling ini. jatuh bangun..cabaran dan dugaan..susah senang..gembira dan kesedihan..bersama peritnya menyulam kesabaran dan ketabahan, hanya Allah yang menjadi saksi dan sebaik-baik teman berbicara..dan saya menyedari dengan sebenar-benarnya, hadirnya ujian kesusahan akan sentiasa disusuli kemudahan..sayalah yang kini sedang hangat membina benteng kesabaran dan kekuatan yang bukan sedikit untuk menghadapi detik-detik akhir kehidupan sebagai seorang mahasiswi..terasa pahitnya menyusun tangga harapan supaya impian mampu diterjemahkan ke realiti kehidupan..berusahalah mash!!! anda kan sedang memburu kejayaan..sakitnya pengorbanan hanya akan terasa manis apabila saat kejayaan berada dalam genggaman..chaiyok!!

moga sayalah insan tabah itu yang sedang memaksa diri melepasi limitation yang ada pada diri sendiri..ameen...

Monday, January 19, 2009

hujung minggu yang bermakna..

best..bermanfaat..menyentuh hati..alhamdulillah..

dah lama tak pergi ke katibah dan daurah..or ape2 program yang berpengisian..dan dapat pula peluang tidur, makan, bergurau senda bersama-sama mereka yang amat saya rindui kemesraannya..ukhuwwah yang bertaut di hati hasil jalinan ikatan aqidah, kukuh tak mungkin bisa terurai simpulannya..sangat menakjubkan, menyegarkan kembali hati yang layu dan kering tanpa sentuhan..terima kasih sahabat..walau saya tak dapat stay up bersama-sama kalian dalam perang ganas melawan nyamuk durjana, namun ketabahan kalian tetap saya kagumi..terutamanya mereka yang bintik merah penuh di muka bukti makhluk kecik itu jualah pemenangnya..eheh.. v(^_^)v

usai daurah di waktu matahari baru sahaja tergelincir di langit, saya bergegas pula bersiap ke program C.O.M.P.L.E.T.E, gabungan NGO yang memperjuangkan isu Palestin tercinta.. alhamdulillah, berjaya menemui mafla yang sudah lama diidamkan, membeli sambil menderma..tapi ada lagi barang yang tidak mampu untuk saya miliki di saat ini, dek kerana kesengkekan saya sebagai pelajar yang bergantung kepada duit tajaan untuk hidup..hehe..JPA, cepatla masuk!! moga-moga apa yang saya idamkan masih lagi ada di waktu saya sudah berkemampuan untuk memilikinya.. ameen..

o ye, perkongsian tentang input yang saya dapati dari program di atas, esok sajalah akan dikongsi..insyaAllah..saya masih punya tugasan lain di waktu malam bertukar menjadi pagi yang dingin ini..dan ditambah dengan mata yang separuh tertutup, tulang belakang yang lenguh akibat postur badan yang tidak betul, dan kepala yang memberat, saya hanya inginkan tilam yang enak untuk saya berbaring merehatkan diri..

Monday, January 12, 2009

delirium state 2

demam fasa kedua melanda lagi..sah2 infection tak abes lagi nih..tambah dengan bengkaknya submandibular lymph nodes kat area bawah jaw ni (2-3 biji pulak tu), memangla rasanya nak kena pergi jumpa doktor mintak antibiotik..malasnya..**sigh**

*
lately macam ada banyak salah faham je ngan mereka yang rapat dengan diri saya.. dan sayalah manusia pelik yang sangatla tidak kisah apabila manusia lain salah anggap or mempunyai kesalahfahaman dengan tindakan saya.. sayalah yang tidak mempunyai keinginan untuk mempertahankan diri sendiri.. not even a try to defend myself.. or to clear the misunderstood between us..dengan falsafah yang erat dipegang dari zaman tok kaduk sehingga kini- just let it be..huhu. apekah??? entahlah..hanya berharap perkara yang disalahfahamkan akan ter resolve sendiri, atau menghilang ke dalam hati..moga-moga..

banyak mende nak kene fikirkan, segalanya berselirat dalam litar di kepala.. selagi tak settle dengan terhasilnya tindakan, selagi itulah hati juga jadi kurang beres. antara stress dan iman penyelamat jiwa, mohon yang amat sangat Ya Allah, agar dijadikan iman sebagai pemenang mutlak dan paling utama..ameen..

Saturday, January 10, 2009

delirium state..

on off demam.. immunity system berada dalam keadaaan yang sangat lemah..rasa macam dah terjangkit dan menyebarkan virus pada yang lain je..aha..

walaupun dah dapatkan rehat yang cukup, tapi still badan rasa lembik tak bermaya.. fikiran tak leh fokus..rasa seram sejuk melanda..dan kepala yang memberat..tapi semangat di hati marak menyala tetap bersama Palestin yang tercinta, Gaza yang menderita dan penduduknya yang tetap tabah menghadapi Yahudi laknatullah..

saya cuba menjadi hamba yang bersyukur, demam ini petanda kafarah dosa..bukankah ini menandakan Allah masih sayangkan saya, meringankan azab di akhirat, digantikan dengan balasan di dunia..maka, tabahlah wahai hati, terus bergerak menyusun langkah.. saudaramu di sana sedang menderita kepayahan dan kesengsaraan, apa yang sedang saya alami adalah teramat-amat sangatlah ringan dan sedikit berbanding apa yang mereka hadapi.. tiap masa telinga disumbat dengan bunyi ledakan bom, jeritan kemanusiaan yang tiada putus, tiada ruang untuk menyelamatkan diri, tersekat dan dikepung di Gaza yang sepatutnya adalah bumi tanah tumpah tercinta, namun telah bertukar menjadi mimpi ngeri yang tak mampu dilupakan, bumi pembunuhan dan kemusnahan besar-besaran..

sahabat, jangan henti bercakap dan bercakap, menyebarkan kepada mereka yang belum sedar, ummah ini dilanda kegentingan yang amat, saudaramu di sana memerlukan bantuan dan sokonganmu di sini.. tunjukkan keprihatinan kita sebagai saudara seaqidah yang ikatannya lebih kukuh dari pertalian darah..umat ini umpama satu badan, satu bahagian dilanda siksa, seluruh badan yang terasa.. sedarkan mereka umat islam yang masih sedang bermimpi, kita sepatutnya bangkit mempertahankan mereka di Palestin!!

Birruh biddam nafdika ya Felestin

Dengan jiwa, dengan darah, kami siap berjuang untukmu Palestin

Khaibar-khaibar ya Yahud, jaisyu Muhammad saufa ya'ud!!

Ingatlah Perang Khaibar wahai orang Yahudi, tentera Muhammad akan kembali!!


Thursday, January 8, 2009

fokus..

kelas dah kembali bermula..semester terakhir di UM..insyaAllah..( walaupun hati macam tak bape yakin je, tapi semangat tetap kene kuat untuk menyempurnakan apa yang telah dimulakan sejak sekian lama...chaiyok2!!) fighto oo!!

tahun hijri dan tahun masihi, dua-dua sistem hari dan tahun ini telah memasuki lembaran baru beberapa hari yang lepas.. persoalan yang tak bape nak dijawab adalah tentang azam tahun baru.. apekah azam saya?? errrr.. tak tau?? eheh.. bole tak saya nak jawab macam ni; "menyudahkan azam yang tak sudah dari tahun lepas.." tapi kan, tu macam gaya saya tak buat lagi muhasabah tentang tahun lepas je tu..which is very the very la true..i didn't.. yet...sebab kepala saya dipenuhi dengan mende lain yang mencelarukan minda dan perasaan..saya kabur dengan tarikh dan masa, sampaikan kat klinik tiap-tiap hari saya kene tanya nurse hari ni bape hari bulan..aha..bahaya sungguh..ingat hari tanpa hari bulannya..kronik sungguuh kecelaruan mindaku.. ;) erm,berbalik kepada persoalan asal,kenapa tak muhasabah lagi? kenapa tunda dan tangguh? uhhuu..sebab saya tengah tumpu mende lain..( bole terima ke jawapan ni??err..) eheh.. salah.. jawapan sebenarnya adalah kerana attitude saya ataupun dalam erti kata lain cara saya berfikir . tidak mementingkan saya untuk muhasabah pabila tiba tarikh2 besar or penting pada pandangan orang lain..saya berfikir dan telah menetapkan fokus, matlamat dan usaha saya pada perkara yang saya kira perlu bagi saya dalam usaha saya menjadi hambaNya yang berjaya..tak kisahla dalam pelajaran ke, kehidupan ke, amanah dan tugas dan lain-lain.. dan dalam pada itu, saya juga telah menetapkan check point dan kayu ukur bagi setiap apa yang saya dah tetapkan.. makanya, jika sudah sampai masanya seperti apa yang saya rancangkan, time tula perlunya muhasabah besar dalam mengenalpasti setakat mana perjalanan matlamat saya..tak berkait la kot dengan orang lainnya masa dan tarikh, ataupun tahun baru tahun lama..dan saya juga diajar untuk sentiasa merefleks diri dan keadaan saya tanpa perlu bergantung pada tarikh-tarikh tertentu..so, nak berazam baru atau lama ke, atau lain-lain yang berkaitan dan tak berkaitan tu, adalah bergantung pada keadaan diri masing-masing..dan bagi mereka apa yang mereka usahakan..so true..

so, kesimpulannya, walk your plan.. anda adalah apa yang anda usahakan.. sama juga konsepnya kalo nak di apply dalam kehidupan kita sebagai hamba.. kedudukan kita di dunia abadi sebelah sana yang tinggal tak bape lama je lagi tu adalah berdasarkan apa yang telah anda usahakan di dunia sebelah sini..nak kene azab seksa yang pedih lagi horror tahap melampaui giga tu, tak yahla usaha sehabis daya buat kebaikan, tak yah la buat apa yang Allah suruh, tak perlu lah nak tinggalkan larangan Allah yang penuh tersembunyi hikmah tu.. tapi kalo anda memilih untuk memiliki mahligai kayangan lagi indah di syurga abadi, gandakan amalan kebaikan anda, tingkatkan usaha anda dalam mematuhi perintah dan meninggalkan larangan Allah..dan FOKUS dalam apa yang anda laksanakan (so istiqamah akan bersama anda).. senang..abis cite.. ye tak??