Monday, December 29, 2008

sayalah si air itu..

241208- pagi-pagi lagi selesai sahaja solat subuh abah call, susulan dari bicara dengan ummi semalam yang tidak berkeputusan. suara abah tegas mengingatkan supaya pulang ke kampung menghabiskan cuti. by hook or by crook abah tetap nak tengok anaknya di pintu rumah pada petang esok. cuba memujuk sehabis daya namun tak berjaya. aduhh..memulakan pagi dengan kepala yang berat dan berserabut.urusan karnival dan PKN yang masih belum selesai, patient dan schedule klinik yang menekan jiwa, tugasan dan amanah yang tergalas di bahu, dunia saya rasakan makin sempit dengan nafas yang memberat. dari dulu sehingga kini, sayalah anak yang setara keras kepalanya dengan abah, keputusan abah ditentang secara terbuka oleh saya, merajuk dan bergaduh dengan abah sehinggalah berminggu lamanya dan akhirnya ummilah yang menjadi si jurudamai PBB, sayalah yang paling jauh dan paling tidak tahu cara melembutkan hati abah dengan baik , satu-satunya anak perempuan yang paling sukar dihandle dan segala bagai yang lain. gene keras kepala yang absolutely dari abah, diwarisi dengan sepenuhnya oleh saya, bukan anaknya yang lain. api dan api. keras sama keras. perbezaan yang ada pula makin menjauhkan jurang sedia ada..sehinggalah apabila saya diizinkan Allah menekuni tarbiyah di UM, dan dihadiahkanNya pula seorang naqibah yang telah merasai pengalaman yang sama, saya mula berfikir panjang setiap kali mahu memanjangkan konflik yang mahu bermula, dan saya mencuba pula untuk menjadi si air yang boleh memadamkan api.. cuba untuk menjadikan da'wah dan tarbiyah yang telah menjadi sebahagian dari diri saya mempunyai kelangsungannya dalam masa depan saya.. tidak akan terhenti dek halangan yang sentiasa hadir.walaupun hakikatnya hati pedih apabila terpaksa menyusahkan sahabat yang lain, sayalah insan yang sebenarnya tidak mampu untuk memilih. dan kini, dugaan yang datang di kala tugasan yang besar menanti, membuatkan hati tidak putus berdoa agar diberi petunjuk.. agar jalan yang bakal saya pilih adalah yang terbaik dan disertai redhaNya..

251208- bangun dengan hati yang makin memberat. walaupun hakikatnya saya memilih untuk pulang, still, hati masih belum sepenuhnya mahu menerima. sebahagian besar hati saya menolak untuk mematuhi arahan abah. saya mahu di sini, bersama mereka yang lain, berusaha sehabis daya menyiapkan tugas yang telah diamanahkan, memastikan apa yang telah dirancang sejak berbulan yang lepas menjadi kenyataan.. namun untuk tidak pulang, sama sahaja seperti menempah penyakit. ini hanya akan menambah satu lagi episod konflik baru dalam hidup saya sebagai anak yang tidak mendengar kata ( walaupun rasional abah untuk saya pulang adalah sangat tidak boleh diterima- dia marahkan saya aktif dalam Karisma memandangkan saya sudah di tahun akhir pengajian)...ditambah dengan keadaan jantung abah yang tidak stabil, serangan sakit jantung yang sentiasa berulang-ulang dalam seminggu, saya juga tidak mahu menjadi sebab dan punca kemarahan yang hanya akan melemahkan keadaannya..seriously, hati dan badan serasa mahu dibahagikan dua, satu di sini berjuang bekerja bersama sahabat yang disayangi, satu lagi mahu dihantar pulang ke rumah bersama label anak yang taat.. sehinggalah ke detik-detik terakhir sewaktu menunggu kereta Along Kema datang mengambil, hati masih tidak sepenuhnya membuat keputusan, berbolak-balik memikirkan segala kemungkinan. sedari semalam, hati sering bertanya, "if my naqibah is in my shoe, what exactly will she do?"..and suddenly, at this very moment, her words pop up again into my mind.."ada seorang sahabat Nabi saw tidak dibenarkan ikut berjihad berjuang bersama Nabi ( saya tidak ingat ketika perang yang mana) kerana sabda Nabi pada ketika itu (again, saya lupa hadith ini dalam maksudnya yang penuh dan lengkap, namun ianya lebih kurang seperti ini) :jika kamu masih mempunyai ibu bapa yang sudah tua di rumah, pulanglah berbakti kepada mereka, itu lebih utama bagi kamu..." ayat yang berulang-ulang di fikiran saya hanya sedetik dua sebelum handphone berbunyi menandakan kedatangan Along Kema.. meredakan atma yang keresahan.... sahabat, sayalah si api yang cuba sehabis daya menjadi air pada kali ini..maafkanlah untuk segala kesusahan..

Monday, December 15, 2008

berkongsi duka..

menerima berita yang mengejutkan petang tadi..

miha dan sarah kemalangan..

hikmah Allah tiada siapa yang tahu..baru pagi tadi bersua muka menghabiskan masa bersama-sama, petang ini pula khabar yang diterima adalah berita duka..terhenti nafas saya seketika, cuba mencerna kembali makna sms yang dihantar sarah.. alhamdulillah, dua-dua selamat tanpa kemalangan jiwa, cuma si kancil kesayangan miha yang mengalami kecederaan..

aduhh..baru pagi tadi berkongsi meluahkan rasa tentang keadaan kekangan yang melanda diri masing-masing, petang ini pula terus diuji tanda kasihNya yang tak bertepi..memahami keadaan miha membuatkan saya turut sama merasakan beban yang ditanggung..berat mata memandang, berat lagi beban duka yang terbebat di hati miha..moga hati terus tabah,dik, Allah kini sedang berbicara denganmu tentang sabar dan ikhlas...maka sahutlah ujian ini dengan hati pejuang yang kental dalam menghadapi mehnah perjuangan..insyaAllah saya yakin ada jalan keluar untuk ujian kali ini..moga doa yang tidak putus membuka pintu rahsia hikmahNya yang tersembunyi..

p/s: trauma dengan kemalangan jalan raya, meninggalkan kesan fobia yang tidak pernah sembuh dalam diri saya..

Friday, December 12, 2008

update..

dah lama tak update..

internet di rumah sangatla slow..tak leh nak buat ape2..*sigh*

anyway, da ada di um. alhamdulillah.. selamat hari raya 'eidul adha kepada semua.. tak terlambat ag kot nak ucap..eheh.. teringat kembali 3 tahun lepas, my dearest naqibah bawakkan dalam usrah tentang kisah nabi Ibrahim dan pengorbanannya, terkesan di hati sampai sekarang, walaupun diulang-ulang setiap tahun, hati masih tak bosan mendengarnya, tetap segar..mungkin cara my naqibah bercerita yang memang versatile, ataupun kisah ini sendiri yang sebenarnya sangat dekat di hati..berkait rapat dengan diri dan Sang Pencipta.. refleksi tentang di tahap manakah pengorbanan kita sekarang ni dalam mengejar redha Ilahi...

banyak perkara yang saya lakukan di rumah.. kesimpulannya cuti kali ni takla teruk sangat. Ada peningkatan.eheh. almost everyday kena keluar accompany ummi ( jadi driver tak bertauliah), selesaikan urusan bank la, bayar bil la, ke pasar beli ikan ayam sayur segala bagai, ke rumah datuk hantar makanan dan jenguk tanya khabar (plus tolong nenek masak nasi dagang..best!!) dan segala yang lain.. time mula-mula balik hari tu, hanya saya yang free timer duk rumah, plus kereta memang ada( kaki kanan ummi yang patah awal tahun ni dah ok, cuma tak bole bawak kereta sangat), jadinya memang up level jadi driver la..terasa la berguna jadi anak especially bab-bab menunaikan suruhan orang tua ni..eheh..sebelum ni sememangnya abah dan ummi tak berapa nak percaya dengan skil memandu saya (hanya kakak dan abang driver tetap famili..si athirah pun abah tak percaya jugak..haha) hanya kira-kira sebulan yang lepas je baru dapat approval..kira ok la tu kan..^_^..

selain tu, amad si budak kecik dah makin besar..selama ni apabila berlawan tumbuk ( praktis skil pertahanan diri) asyik saya je yang jadi juara, namun kali ini amad pula mengambil alih.. adeihh.. sakit2 badan, tapi sangatla bagus bagi saya yang dah berkarat skilnya..(praktis dalam hujan, sangatlah best!! ^_^) bertemu opponent yang lagi hebat akan menjadikan kita sedar kelemahan diri kita dan berusaha memperbaiki.. o la.. tapi rasanya after this, amad la yang akan selalu menang..ateh dah tua..eheh..

hujan di pantai timur, meraikan musim tengkujuh dan banjir..alhamdulillah, walaupun rumah di tepi sungai Terengganu yang besar, tapi air takdela naik sangat. cuma ada sehari je air naik di persekitaran halaman rumah, then bila hujan berhenti petang tu, air kembali surut mengikut arus sungai.. nasib baik tak melarat sampai 2-3 hari..alhamdulillah..tapi kali ni saya baru perasan perbezaan antara hujan di kampung tercinta berbanding hujan di KL tempat menimba ilmu.. hujan musim tengkujuh turun sepanjang hari selama berhari-hari namun sangat menyegarkan jiwa..hujan di KL dipenuhi dengan kilat sabung menyabung dan guruh berdentam dentum menggegarkan alam..perbezaan ketara yang dibawa angin monsun timur laut dan angin barat daya, walaupun hakikat hujan itu tetap sama sebagai air yang diturunkan ke bumi tanda rahmat Tuhan..

dan kini saya selamat berada di UM, berusaha melaksanakan tugasan sebagai pelajar dan hamba yang menggalas amanah..jiwa yang tenang kembali dari bercuti mula terasa bahang keserabutan.. tapi rasanya cuti kali ini cukup sudah untuk saya mengumpul semangat yang luntur dan mngubah kembali haluan diri.insyaAllah..doakan saya..!!

Fighhhtttoooo o!!!




Saturday, November 29, 2008

P u L A n G.....

Alhamdulillah.. selamat berada di rumah sudah.. rindu si pengembara jalanan kepada kampung tercinta pun sudah terlunas..alhamdulillah..nikmat sebenar bagi sang pengembara selalunya hanyalah pada perasaan kembalinya diri ke tempat asal tanah tumpah kampung halaman yang selalu dalam kenangan. Dan bagi saya, itulah petandanya kita ini hamba, yang telah ditetapkan fitrah semulajadi manusia hamba ini akan kembali kepada Sang Pencipta pada detik waktu yang telah ditetapkan ( 3:185) .Sedar ataupun tidak, kita ini sebenarnya sentiasa berada dalam perjalanan pulang menemuiNya. Detik-detik waktu yang berlalu hanyalah sebenarnya mendekatkan diri kita kepada hakikat sebenar kejadian hamba, akan pulang untuk perjalanan yang abadi, ke dunia yang hakiki. Jikalau hari ini perjalanan pulang saya destinasinya adalah bertemu dengan keluarga yang dirindui, siapa tahu mungkin esok perjalanan pulang yang kekal untuk menemui Sang Kekasih pula akan dilalui. Jikalau hari ini ada bekalan dan hadiah untuk dibawa pulang menghadap keluarga tecinta (terutamanya untuk si budak kecik yang tidak pernah lali memesan..eheh) maka sebaik-baik bekalan yang dibawa menghadap Sang Pemilik pula adalah TAQWA di hati. Kita pula, sejauh manakah kita sudah bersedia untuk dipanggil pulang?? Tepuk dada, tanyalah hati yang sering berbicara denganNya..moga peringatan yang sedikit ini bermanfaat buat diri dan mereka yang lain, yang juga sedang melalui perjalanan pulang masing-masing..

Thursday, November 27, 2008

err...

"" Para sahabat seluruhnya penuh perasaan dan syu'ur ( tanggungjawab) di mana manusia keseluruhannya dipikul dengan beban tanggungjawab ini, tidak boleh dielak atau ditolak dengan sebarang alasan, padah penolakkan tanggungjawab atau melarikan diri darinya adalah sangat buruk dan berat malah lebih buruk lagi dari penyiksaan itu sendiri, kerugian yang bakal mereka alami terlalu besar jika dibandingkan dengan kepayahan yang mereka hadapi, ekoran kesanggupan mereka memikul tugasan ini. Malah kerugian ini turut ditanggung oleh manusia sejagat."


note: found this at dakwah.info .. menyentap tangkai hati.. sahabat dulu begini..saya pula???

Tuesday, November 25, 2008

poster presentation

tengah bergelut menyiapkan bahan-bahan untuk poster presentation.

pening...

menggali semula bahan-bahan lama elektif projekku (macamla dah lama sangat..baru tinggal sebulan lebih after submit last oktober..haha)

tapi...memang sangat pening...aduiiiii..

present time dental student annual scientific conference, di balai ungku aziz, UM, 17-18hb Disember 2008. ada masa kurang dari 3 minggu.bahan tak siap lagi, hantar untuk print poster mungkin ambil masa yang agak lama..cukup ke masa yang ade ni?? erm... supervisor pulak tengah bercuti ( boleh je nak berhubung guna emel, tapi...) aiyyookk...

adekah waktu untuk saya memukul gendang perang ( baca: berusaha sehabis daya!!!) sudah tiba??

nampak gayanya la... O_0

note: pengubat hati penguat semangat yang rapuh; lagu dari Native Deen- Hold The Line. suara Joshua, Abdul Malik dan Naeem best banget!!


Please please please hold the line now,
I swear please hold the line now,
Just long enough so we can find out,
Find out how we works things out...

cuti...

Second entry..huhu..okey.. disebabkan sekarang ini saya sedang menjalani cuti semester yang tidaklah seberapa panjang (baca: still got workssss to be done!!!), maka kemungkinan bertambahnya bilangan entry yang bakal di update adalah sangat tinggi. Eheh.. sedang belajar untuk merajinkan diri menyelesaikan masalah serta kerja dan tanggungjawab yang selama ini banyak sekali tertangguh disebabkan oleh kekangan waktu dan tugasan lain. Aduh, banyaknya yang tertangguh.. Tapi, kalau ikutkan sikap saya selama ini yang acapkali menangguhkan kerja yang ada, maka saya merasakan cuti kali ini bolehlah dikatakan sebagai cuti yang mempunyai banyak penambahbaikan. Agaknya terkesan angin rajin dari musim exam yang baru je berlalu ( baca: rajin hanya pada masa kecederaan ). Alhamdulillah, semangat meningkat naik sejak akhir-akhir ini. Hati tidak lagi beralasan dalam melaksanakan kebaikan, malah berusaha agar sentiasa ditetapkan dalam kebaikan. Tuhan, indahnya hidayahMu yang menyapa jiwa. Terkenang kembali saat-saat hati merusuh dan memberontak dalam mencari ketenangan, perit dan siksanya hanya Engkau jua yang mengetahui. Namun seringkali ayat penguat semangat dari lembaran cintaMu menyapa kalbu yang kelam, surah Az-Zumar ayat ke 53. Ayat cinta yang akan membuatkan hati yang begitu ingin berputus asa terus bertahan. Bertahan dan terus bertahan. Syukur padaMu Ya Allah, kerana Engkau jualah yang sebenarnya bertahan dengan segala kerenahku. Thank you my Lord, all praises will always goes to You..

Friday, November 21, 2008

first entry...

Dengan nama Allah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih…

Maha Suci Allah yang memiliki segenap keagungan alam...

Alhamdulillah, segala puji bagiNya yang telah memungkinkan saya untuk memulakan kembali langkah berjinak-jinak dengan blog. Dunia blogging yang tidak asing bagi saya, sebelumnya hanyalah bertujuan peribadi dan untuk tatapan diri sendiri sahaja kini dinaiktarafkan ke satu lagi anak tangga. Keberanian yang hanya datang apabila dicabar oleh seseorang dan seterusnya diugut pula oleh seseorang yang lain. Haha. Lord always knows what is the best for us, dari zaman tok kaduk lagi diri sendiri memang susah hendak berkongsi apa yang dirasa kecuali dengan mereka yang bernasib malang yang digelar best friends..eh, malang ke?? eheh.. takdela sangat kot.. Cumanya mereka yang beberapa kerat sahaja ini menjadi saksi kepada suka duka sebuah kehidupan dan menjadi penterjemah alam yang tepat buat diri saya. Segala pemikiran, rasa hati, luahan kalbu dan repekan jiwa hanya berkitar di sekeliling mereka ini ataupun pada buku khas coretan peribadi saya a.k.a buku sedatives (terapi khas jiwa yang berantakan..huhu) ataupun pada file yang juga bersetemkan khas yang disimpan di laptop kesayangan. Saya tidak sukar untuk berkongsi apa yang terisi di dalam dada kalau khalayaknya berskala kecil, namun untuk menonjolkan diri berkongsi pada skala audiens yang makin meningkat, itu suatu cabaran yang masih belum mampu saya atasi. Walhal bukannya apa sangat pun, lagi dapat pahala apa berkongsi perkara baik. Tapi itulah saya, masih lagi bertatih mencari keberanian. Berusaha meningkatkan perubahan. Saya kira manusia yang fitrah azalinya adalah pejuang akan sentiasa membaiki kelemahan dirinya sedikit demi sedikit. Sure, Lord will always helps us to find our ways, dan di sinilah saya. Apa yang saya coret dan nukilkan di laman ini sama ada bersifat ilmiah mendidik hati, ataupun repekan peribadi ( which i advise to just ignore..hehe) sebagai terapi jiwa buat diri saya.. Baiklah, itu sahaja untuk kali pertama ini..okiedokie.