Monday, December 29, 2008

sayalah si air itu..

241208- pagi-pagi lagi selesai sahaja solat subuh abah call, susulan dari bicara dengan ummi semalam yang tidak berkeputusan. suara abah tegas mengingatkan supaya pulang ke kampung menghabiskan cuti. by hook or by crook abah tetap nak tengok anaknya di pintu rumah pada petang esok. cuba memujuk sehabis daya namun tak berjaya. aduhh..memulakan pagi dengan kepala yang berat dan berserabut.urusan karnival dan PKN yang masih belum selesai, patient dan schedule klinik yang menekan jiwa, tugasan dan amanah yang tergalas di bahu, dunia saya rasakan makin sempit dengan nafas yang memberat. dari dulu sehingga kini, sayalah anak yang setara keras kepalanya dengan abah, keputusan abah ditentang secara terbuka oleh saya, merajuk dan bergaduh dengan abah sehinggalah berminggu lamanya dan akhirnya ummilah yang menjadi si jurudamai PBB, sayalah yang paling jauh dan paling tidak tahu cara melembutkan hati abah dengan baik , satu-satunya anak perempuan yang paling sukar dihandle dan segala bagai yang lain. gene keras kepala yang absolutely dari abah, diwarisi dengan sepenuhnya oleh saya, bukan anaknya yang lain. api dan api. keras sama keras. perbezaan yang ada pula makin menjauhkan jurang sedia ada..sehinggalah apabila saya diizinkan Allah menekuni tarbiyah di UM, dan dihadiahkanNya pula seorang naqibah yang telah merasai pengalaman yang sama, saya mula berfikir panjang setiap kali mahu memanjangkan konflik yang mahu bermula, dan saya mencuba pula untuk menjadi si air yang boleh memadamkan api.. cuba untuk menjadikan da'wah dan tarbiyah yang telah menjadi sebahagian dari diri saya mempunyai kelangsungannya dalam masa depan saya.. tidak akan terhenti dek halangan yang sentiasa hadir.walaupun hakikatnya hati pedih apabila terpaksa menyusahkan sahabat yang lain, sayalah insan yang sebenarnya tidak mampu untuk memilih. dan kini, dugaan yang datang di kala tugasan yang besar menanti, membuatkan hati tidak putus berdoa agar diberi petunjuk.. agar jalan yang bakal saya pilih adalah yang terbaik dan disertai redhaNya..

251208- bangun dengan hati yang makin memberat. walaupun hakikatnya saya memilih untuk pulang, still, hati masih belum sepenuhnya mahu menerima. sebahagian besar hati saya menolak untuk mematuhi arahan abah. saya mahu di sini, bersama mereka yang lain, berusaha sehabis daya menyiapkan tugas yang telah diamanahkan, memastikan apa yang telah dirancang sejak berbulan yang lepas menjadi kenyataan.. namun untuk tidak pulang, sama sahaja seperti menempah penyakit. ini hanya akan menambah satu lagi episod konflik baru dalam hidup saya sebagai anak yang tidak mendengar kata ( walaupun rasional abah untuk saya pulang adalah sangat tidak boleh diterima- dia marahkan saya aktif dalam Karisma memandangkan saya sudah di tahun akhir pengajian)...ditambah dengan keadaan jantung abah yang tidak stabil, serangan sakit jantung yang sentiasa berulang-ulang dalam seminggu, saya juga tidak mahu menjadi sebab dan punca kemarahan yang hanya akan melemahkan keadaannya..seriously, hati dan badan serasa mahu dibahagikan dua, satu di sini berjuang bekerja bersama sahabat yang disayangi, satu lagi mahu dihantar pulang ke rumah bersama label anak yang taat.. sehinggalah ke detik-detik terakhir sewaktu menunggu kereta Along Kema datang mengambil, hati masih tidak sepenuhnya membuat keputusan, berbolak-balik memikirkan segala kemungkinan. sedari semalam, hati sering bertanya, "if my naqibah is in my shoe, what exactly will she do?"..and suddenly, at this very moment, her words pop up again into my mind.."ada seorang sahabat Nabi saw tidak dibenarkan ikut berjihad berjuang bersama Nabi ( saya tidak ingat ketika perang yang mana) kerana sabda Nabi pada ketika itu (again, saya lupa hadith ini dalam maksudnya yang penuh dan lengkap, namun ianya lebih kurang seperti ini) :jika kamu masih mempunyai ibu bapa yang sudah tua di rumah, pulanglah berbakti kepada mereka, itu lebih utama bagi kamu..." ayat yang berulang-ulang di fikiran saya hanya sedetik dua sebelum handphone berbunyi menandakan kedatangan Along Kema.. meredakan atma yang keresahan.... sahabat, sayalah si api yang cuba sehabis daya menjadi air pada kali ini..maafkanlah untuk segala kesusahan..

1 comment:

merentas horizon said...

tahniah! untuk keputusan tepat yang telah anda lakukan..
:) sungguh pada keduanya ada pahala yang tersendiri..kerana kesemua kita dalam berjuang..
Itulah untungnya orang mukmin segala perkara mendapat pahala jika niatnya betul dan bersabar dengan segala ujian..

tabah dan sabarlah melalui sekolah kehidupan ini..:)