Tuesday, November 3, 2009

ep 2: bau alam dan rasa hati..

minggu -minggu terakhir di klinik..alhamdulillah, i've already completed most of the requirements needed for this semester.. a crown and few more fissure sealants to top up the marks, way to go for this final week.

somehow even tho clinical works have settled, still, rasa kosong dalam hati..

tengah nak menguatkan semangat dan keyakinan diri supaya berusaha bersungguh-sungguh.. menghargai setiap detik yang berlalu supaya terisi dengan perkara bermanfaat, dan juga menyediakan minda sendiri untuk the final battle.

musuh utama manusia tetap juge adalah diri sendiri. setiap rasa negatif yang bertamu itu kadang-kadang terasa sangat menyakitkan untuk dihadapi, tapi jika difikirkan dari sudut hikmah yang menyejukkan hati pula, bahawasanya Allah tidak akan menurunkan sesuatu melainkan menurut kadar kesanggupan diri ini, dan setiap sesuatu ujian itu ada petunjuk dariNya untuk kita menyedari bahawa kelemahan yang ada dalam diri itulah yang Allah mahu kita baiki, berusaha berpenat lelah dalam melawan kesakitan dan peritnya ujian sebenarnya hanya akan meningkatkan potensi diri kita ke tahap yang kita tak pernah jangkakan. dan suatu hari nanti, kita akan berpaling ke belakang dan berkata; "aku telah berjaya melaluinya dengan rahmah dan kasih sayang dari Dia, dan inilah aku hari ini, yang lebih baik dan lebih kuat berbanding semalam yang perit itu.."

bertahanlah duhai teman, ujian itu tanda kasihNya..diturunkan untuk memastikan kita tetap teguh memilih untuk bersamaNya,  dan hanya meminta kepada Dia untuk sebuah penyelesaian..innallaa ma'as sobiriin..

** semoga mendapat yang terbaik untuk mereka-mereka yang sedang bergelut dengan buku dan pen menjawab peperiksaan. moga kamu cemerlang.

6 comments:

Izyan Zainuddin said...

huhu.. ape yg akak ckp ni terasa cam betul2 terkena kat kt

nak nangis rs cam da kering air mata. tp betullah. ape2 ujian yg menimpa, mesti sbb Allah tahu kt mampu hadapinya


kne marah, kena re-do, kne perli.. tu sume kn ujian dunia yg apelah sgt.. (nk sedapkn ati sbb baru blk optech dgn tensen.. huhu)

Anonymous said...

that's right!!!
bila diberi ujian..kadang2 kita rase xkuat..rase xmampu..segala macam rasa ada dlm diri...bolehkah aku hadapi ujian ini???..bila da tempuhi..renung kembali..xsangka Allah pernah uji aku begitu..Alhamdulillah, dgn rahmat dan kasih sayangNYA,DIA bantu kita hadapinya...benarlah janji DIA.."xkan AKU bebani sesorang melebihi kesanggupannya"..
semoga akak terus tabah..
all the best 4 the becoming exam..
may pass with flying of colours..
amin

Merentas Horizon said...

chill-ex kak mash!!
u can do it!!
hehe.
jumpa esok..

SI PENGEMBARA JALANAN said...

=> yan: xpe, optek jgn stress sgt. everything will be ok in the end. just pray hard to Him for He can make it easier for u..=)) jgn simpan worry banyak2 dlm kepala, just buat je, ikut flow ok..

=> ary:tq!! keep praying for me ye..kamu juge, moga makin tabah dan kental dengan segala bagai mehnah kehidupan..=))

=> sarah: saya nak wafer itu!!! hehe.. tq dear, moga kamu enjoy di kampung..

zirah said...

k.mash, thanx for writing this post!

SI PENGEMBARA JALANAN said...

dear, duk tepi pantai tu ingat sy tau!!heh~

amek kekuatan dari alam, Allah telah memberi keteguhan kepada makhlukNya yang lain (langit yg biru dan luas, ombak yang tetap setia pulang ke pantai, dan burung yg tetap setia mengunjungi lautnya untuk sesuap rezeki...), maka jikalau kamu benar2 meminta dari Dia,takkanlah Dia mahu membiarkan kamu begitu saje..sedangkan telah Dia katakan kitalah sebaik-baik makhluk ciptaanNya..

minta kepadaNya untuk secebis kekuatan dan kemahuan itu..hanya Dia yang akan mengabulkan dan menjadikan impian kamu sebuah realiti..