Bismillahirrahmanirrahim..
"Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang sangat amat berharap dalam meminta kepadaMu akan apa-apa perkara yang aku tidak layak untuknya kerana kekuranganku.."
"Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang sangat amat berharap dalam meminta kepadaMu akan apa-apa perkara yang aku tidak layak untuknya kerana kekuranganku.."
Alhamdulillah, telah selamat bekerja hampir lebih kurang 2 minggu.. satu dunia yang saya rasa amat mengujakan, kerana good side dan bad side itu seakan-akan bersebelahan dengan rapatnya dalam dunia ini.. benarlah, melakukan sesuatu yang anda sukai adalah amat sangat berlainan dari mengerjakannya hanya sahaja kerana anda terpaksa dan langsung tidak pernah menyukainya.. oh, jangan salah sangka, saya sekarang amat menyukai apa yang saya lakukan ini.. banyak perkara yang perlu saya pelajari, dan boleh dikatakan tiap-tiap hari yang berlalu seiring dengan waktu ini, akan ada sahaja perkara yang baru saya ketahui dan hargai pengajarannya dalam hidup yang serba singkat ini. Ya, mengujakan, bagi budak yang baru sahaja belajar seperti saya ini, learning curve saya mendadak meningkat naik.. saya belajar mengenal kehidupan dalam erti sebenarnya, dan kembali semula kepada mode pejuang yang sedia menghadapi apa sahaja sebagaimana saya 7 tahun yang lepas. Terima kasih yang amat sangat duhai Tuhan untuk nikmat yang indah ini. Segala puji hanyalah buatMu...
Apa yang saya katakan sebagai mode pejuang itu sebenarnya? Hehe.. mari saya terangkan. Kerjaya saya melibatkan saya menghadap pesakit di setiap hari, tidak kira dewasa atau budak kecik comel, ataupun tua seperti usia datuk dan nenek saya, semuanya datang untuk mendapatkan rawatan. Ya, mereka datang tanpa meletakkan harapan tinggi pun untuk rawatan yang terbaik, kerana klinik ini adalah klinik kerajaan, apalah yang nak diharapkan sangat kan, tapi tetap mereka sabar menunggu dan masih bermanis muka dan mengucapkan terima kasih apabila telah selesai rawatan.. dalam erti kata pendeknya, pesakit di sini tidak banyak berkira.. asalkan kesakitan dan masalah mereka boleh hilang, itu sudah cukup bagus.. sedangkan dalam dentistry, setiap masalah itu pasti akan punya 2-3 penyelesaian, dan sebagai manusia berakal, pastilah kita mahukan penyelesaian terbaik, bukan? Namun, perkara yang terbaik itu sangatlah tidak dihiraukan di sini. Dalam keadaan serba kekurangan, mereka rela menerima jalan penyelesaiaan yang terakhir sekalipun, asalkan masalah yang dihadapi selesai. Bukan mengambil jalan mudah, namun terpaksa demi keselesaan sebuah kehidupan. Dan ini banyak menginsafkan saya. Manusia yang selalu mengejar yang terbaik dalam kehidupan, seringkali mengaplikasikan prinsip matlamat menghalalkan cara dalam kehidupan mereka. Namun, di sini, apa sahaja yang mereka terima, mereka sangat-sangat bersyukur dengan apa yang ada. Rahmat dalam kekurangan, mengajar mereka erti syukur dan besederhana..
dan seringkali ketika saya berhadapan mereka, saya membayangkan mereka yang perlukan rawatan ini sebagai ahli keluarga saya. Lazimnya, jikalau saya yang membawa ahli keluarga ke klinik untuk sesebuah rawatan [saya selalu menemani nenek dan datuk ke hospital], pastilah saya mahukan doktor yang merawat memberikan yang terbaik ketika merawat mereka. Dan apabila saya meletakkan diri saya di tempat mereka yang menunggu dengan sabar ahli keluarga atau teman mereka dirawat, saya juga sangat berharap saya mampu memberikan rawatan terbaik kepada mereka. Supaya mereka berpuas hati dengan rawatan yang diberikan, dan masalah mereka boleh hilang, dan mereka pulang dengan senyuman..
aspek yang lainnya, saya mendapat peluang yang tidak terbatas untuk sentiasa bermuhasabah dan mengingatkan diri.. Yeay!!! Saya suka!!! Hehe.. contoh paling dekat, tiap kali apabila saya mula menganalisis keadaan masalah yang dihadapi oleh seseorang pesakit, hati saya akan mula berkata sendiri..oh, ini kes senang. Oh, itu kes susah. Oh, yang ini sangatlah saya tak pandai. Oh, yang itu saya suka, sebab itu kepakaran saya. Dan sebagainya yang lain.. namun, saya seringkali lupa, pemilik kepada setiap ciptaan di dunia ini tetaplah Allah yang Maha Berkuasa. Setiap kes yang saya hadapi terselit peringatan yang tersendiri buat diri saya. Seringkali yang saya rasakan susah itu, bertukar menjadi senang apabila saya sudah melakukannya.. seringkali pula yang sebaliknya berlaku, dan saya terpaksa membuat panggilan kecemasan 999 kepada doktor senior di kiub sebelah untuk membantu saya. Siapalah saya sebenarnya untuk menduga-duga dari awal akan suatu keadaan yang bukan pada mata kasar saya pun untuk dilihat dan diteka-teka hakikatnya. Dalam kehidupan kita juga begitu, kita sering mengagak-agak dalam hati, akan hakikat keadaan sesuatu perkara. Apalah salahnya untuk kita terus meminta kepada pemilik sebenarnya yakni Allah yang Maha Pemurah, untuk menyenangkan dan mempermudahkan perkara yang kita rasakan susah, dan tidak mempersulitkan perkara yang kita rasa kita mampu untuk melakukannya. Bukankah Dia pemilik dan tuan kepada segala sesuatu? Dan Dialah jua yang lebih amat mengetahui akan keadaan sesuatu itu. Lebih bagus untuk kita meminta terus kepada Yang Pakar dan Maha Mengetahui, bukan?
Saya berjuang di sini untuk sentiasa meletakkan niat saya di tiap hari yang berlalu itu di tempat yang sebetulnya. Saya berjuang melakukan dan memberi yang terbaik kepada setiap pesakit yang saya temui dalam kehidupan sehari-hari. Saya berjuang untuk sentiasa membetulkan hati, di setiap kesalahan hati yang berlaku, yang meninggalkan pengajaran berharga dalam kehidupan saya. Saya berjuang untuk terus menjadi a better me, supaya ada bekal yang saya bawa untuk berjumpa denganNya nanti. Dan saya mahu terus kekal dalam mode pejuang ini untuk hari-hari seterusnya yang mendatang, kerana mode ini membawa saya lebih dekat kepadaNya, dan lebih selalu berharap dalam meminta kepadaNya akan perkara yang saya tak layak untuknya kerana kekurangan saya...doakan saya..
May He bless..