Tuesday, October 25, 2011

i'm back (II)

pesanan penaja: ok..entry ni tulis da lama, berbulan sudah sejak tamat attachment..berkisar pengalaman akhir tahun lepas hingga pertengahan tahun ini..huhu..time tu pun arwah abah masih ada.. heh~ la ni baru nak post... bosan xdak keja kot ni..hihi


Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji buatNya yang menentukan takdir terindah buat setiap hambaNya..

Kalau dikira-kira, entry kali ini masih lagi berkisar tentang kehidupan saya yang seolah-olah terpadam dari memori kehidupan semenjak beberapa bulan yang lepas. Bersambung dari episod banjir yang penuh hikmah tersembunyi, kepada berakhirnya musim attachment saya di jabatan dental paediatric menyaksikan minggu terakhir saya di situ saya diberi cuti sakit selama 4 hari akibat demam panas yang kuat. Sakit yang mungkin juga berpunca dari diri sendiri yang gatal-gatal terlintas di hati, tentang badan yang sehat walafiat tak demam dan sakit kuat lagi untuk tahun 2010 tu. Terus Allah bagi direct pembalasan- saya demam dengan teruknya, langsung tak bermaya selama seminggu. Hari pertama gagah lagi pegi kerja, hari kedua hidung berair dapat MC, hari ketiga datang kerja, tapi keadaan bertukar menjadi lebih buruk, suhu badan mendadak naik tinggi, kepala pun blur semacam, mata rasa macam nak tersembul keluar akibat bahang kepanasan dalam badan, dan kerana saya bekerja di hospital, dan-dan je kene tahan bagi masuk air dalam badan untuk elakkan dehydration melampau dan buat test darah segala untuk eliminate demam denggi..ngaaa~ be careful with what you wish for..padan muka sendiri kan..dan even tho bercuti sakit di rumah, untuk hari berikutnya pun still kene datang hospital cek suhu dan buat test darah lagi...huhu.. Merasa la, sebelum ni sesuka hati je cucuk orang amek darah dan pasang drip, tiba giliran sendiri baru rasa nak menjerit sakit sebab nurse tu pasang terkena saraf di bahagian pergelangan tangan...auch!! [ 3 bulan jugakla kebas kat area situ akibat saraf tu tercedera.huh] Dan lagi dramatiknya, dek kerana mode orang sakit yang tak mahu diganggu dan asyik tidur je merehatkan badan sepanjang hari, segala panggilan masuk langsung tak dilayan menyebabkan ummi abah tak dapat hidup tenteram bimbangkan anaknya yang degil dan jauh dari pandangan mata ni, end up depa pula yang bersusah payah datang menziarah dari puncak Terengganu sana nuh... Ngaaaaa kali kedua.. Oh my! Memang horror la kehidupan pada waktu itu..huhu..kesimpulannya, walaupun kepala rasa nak pecah dan nak hentak je kat dinding, sile jawab call ummi abah dengan berhemah, dan jangan bagitau perkara sebenar.. Kirenye kene berlakon la sikit, xle jujur sangat untuk elakkan mereka tidak tidur malam pula bimbangkan anda..huhu..

Dengan itu berakhirla kehidupan di bahagian pergigian kanak-kanak, dan menandakan bermulanya kehidupan baru penuh pancaroba di bahagian bedah muka a.k.a oral maksilofasial [OMF]. Huhu. Attachment yang paling lama..4 bulan..huh..Kalau ikutkan bidang kerja dalam OMF ini adalah banyak berkaitan dengan surgery a.k.a pembedahan, penyakit-penyakit mulut dan muka seperti kanser dan sebagainya, dan juga kes-kes trauma di bahagian muka. So, kat sini la datangnya fungsi dentist bilamana mereka hendaklah dipanggil ketika waktu oncall tengah-tengah malam buta semata-mata untuk menjahit mulut, hidung atau mana-mana bahagian muka yang koyak rabak disebabkan oleh kemalangan, jatuh ke, kena tumbuk ke..apa-apala, janji cedera di muka.. Oh, ataupun pasang wayar besi pada rahang atas atau bawah yang mengalami kepatahan. Ouch!! Sangat mengerikan sebenarnya.. dan setiap kali saya menerangkan perkara yang sama ini kepada semua yang bertanya salan-soalan ini:“ Doktor gigi oncall jugak ke? Buat ape? Ade jugak eh orang sakit gigi malam-malam?”, maka muka mereka dengan automatiknya akan berubah riak menjadi seperti gerun yang amat.. erkkk.. mungkin horror jugak la kot sebenarnya kalau nak membayangkan luka-luka sagat hilang kulit isi daging dan sebagainya dan terbelah sana sini tu terjadi kat bahagian muka kesayangan kalian,err, atau pun dalam mulut kalian, tapi dek kerana sememangnya telah di ‘train’ dengan gagah perkasa oleh senior-senior berpengalaman, makanya saya pun sememangnya agak berhati kering bilamana berhadapan dengan kecederaan-kecederaan di muka walau seteruk mana pun..huhu..syukur jugaklah kerana memiliki hati waja sebegini, kalau tak ade je yang termuntah dahulu sebelum bole buat kerja, ye tak? *wink2*

Dikongsikan beberapa kerat gambar yang ada..

ooopppsieeee...apakah ini??


~ooo..dalam bilik bedah rupanya~

~ alatan yang digunakan untuk membetulkan kembali kepatahan pada tulang muka~

~plate untuk cantumkan kembali bahagian yang patah~

~ pandangan ruang kerja sebenar ~

~ alat untuk membakar daging jadi hitam a.k.a electrocautery..huhu..dan jus sirap tembikai..opppsss~


Hurm, pengalaman di OMF ni sebenarnya banyak yang berharga dan mengajar saya erti ketabahan yang paling banyak di sini. Tekanan sebagai intern a.k.a junior dentist kat bahagian ini sungguh-sungguh mencabar diri dan mental. Alhamdulillah, Allah kurniakan guardian angels yang ramai di sini, sampaikan ramai je yang tolong bagi tunjuk ajar, dan support secara langsung dan tak langsung..hehe..mungkin kerana dari awal, saya dah terapkan dalam diri bahawa walau apa-apapun, saya di sini mahu belajar, dan belajar dengan banyak sekali.. tambahan pula bidang ini menjadi bidang yang paling saya minati sejak alam belajar lagi [ ohh, rindu kepada Prof Zainal Arif, Prof Shan, Dr Ismadi dan Dr Ha yang sangat lepak dan berhati murni..hehe..dan kacak bergaya..haha], makanya segala mehnah dan dugaan tu saya telan sesungguh hati. Kena marah ke, kena sindir perli dan yang sewaktu dengannya ke, akal saya cekap menangkap erti di sebaliknya bahawa saya masih perlu banyak belajar lagi.. Duduk berkampung kat operation theater setiap hari Selasa sampai lutut pun dah naik longgar sebab kene berdiri lama-lama, kena jahit muka pesakit sorang-sorang tanpa bantuan doctor lain, kene buat decision sorang-sorang kadang-kadang tu, pengalaman di red zone kena treat pesakit kemalangan ngeri dan maut, dalam masa yang sama mendapat cerita bahawa mangsa adalah antara yang terselamat sedangkan ibunya baru sahaja meninggal dunia tadi, pastu pengalaman marah dan nasihatkan pesakit yang hopeless tak mau makan dan tak mau exercise mulut..huhu..macam-macam sebenarnya.. 4 bulan yang sangat cepat berlalunya, dan cramped dengan pelbagai peristiwa dan pengalaman penuh pengajaran..Kesimpulannya, masam-masam manis pun pengalaman di sini, saya sangat-sangat menghargainya. Best!!

Sebulan selepas itu, ke bahagian periodontik pula. Gusi. Dan tulang sokongan di sekeliling gigi. Itulah kot maksud sebenar perkataan tu. Kat sini, sekejap sangat, tambah dengan induksi seminggu, makanya hidup saya di bahagian gusi ni sangatlah lepak. Dan free.. Pakar nya pun tak garang, sangat soft-spoken, baik je memanjang. hehe. Plus oleh kerana klinik nya baru berpindah ke bangunan baru yang awesome, makanya hampir di setiap hari, ada sahaja staf yang tak habis lagi dengan perasaan teruja tu akan belanja makan pagi. Tak kisahlah nasi lemak ke, roti canai dan tosse ke, mee goreng dan kuih muih segala, hampir di setiap hari di sepanjang bulan!! Heaven!! Haha.. kesimpulannya, perjalanan saya dari OMF sebelum tu yang sangat memenatkan di setiap hari, bertukar rupa kepada sangat lepak dan tak busy langsung di setiap hari, makanya, I’d say, Thank you Allah..You knows best!!

Huhu..sungguhlah, pengalaman menghabiskan 9 bulan di Alor Setar dengan pelbagai bidang kepakaran adalah sangat banyaaaaaaakkkkkkk mengajar saya bagaimana mahu bertugas menjalankan amanah sebagai seorang public dental officer ni.. Puas hati la kot, sebab dapat rasa pengalaman dalam banyak bidang kat sini, compared to negeri lain yang kadang-kadang tak cukup pun sangat kepakarannya.. dan sekarang, rindu…addicted sama kot kat life yang hectic tu..hehe..

p/s: ok..stop..sambungan seterusnya nanti-nantilah..banyak sangat yang mahu dikongsi, terperam je belum menjadi tulisan..heh~

Monday, October 3, 2011

a reminder..

Bismillahirrahmanirrahim..

 "Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu. Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan meng'azab sebelum Kami mengutus seorang rasul."
[al- Isra',17: 14-15]

>> too many things happened, trying very hard to swallow everything without even wincing or complaining.. doakan saya kuat, dan sabar dalam membaiki diri sendiri..kerana sungguh mujahadah itu senang diucap namun sukar mahu direalisasikan dengan kesungguhan sebenar..may we stay strong..insyaAllah..