Sunday, March 16, 2014

TAJ 7210

#credit pics to cik sarahbasri..

Rindu bertamu untuk mereka yang berada di kejauhan... mereka yang dahulunya sentiasa bersamaku..meniti hari demi hari dalam erti sebuah pengorbanan dan perjuangan.. memeluk rapat hatiku ketika duka menyapa dalam kehidupan, memberi sinar baru dalam jiwaku dengan gelak ketawa mereka dan senyuman... sungguh, aku rindu wahai kalian yang jauh di mata...

Dan aku berlebih-lebihan lagi rindu dengan aku yang dahulu, yang senantiasa berlumba-lumba dengan mereka dalam mengejar sejuta rahmat dan kebaikan, semata-mata kerana cemburu dalam amal itu dibenarkan. Duhai permata penyeri jiwa sekalian, masih gahkah solat malam dan puasa kita, masih kencang berlarikah kita dalam keikhlasan hati hanya kerana Tuhan, dan masih terulang kah tekad di hati mahu tsabat di jalan juang yang penuh dengan mehnah dan ujian?


Sungguh, rindu kepada mereka yang pernah bersama-sama merasa nikmatnya berkeretakan TAJ 7210 satu ketika dahulu di zaman penuh ideal dan ikut suka-suki hati je dalam kehidupan...

Hati, masih mahukah kita membaik dengan segera? hidup dan mati itu satu ujian. dan mati yang pasti itu semakin hari makin mendekat, dan amalku manakah yang mampu diangkat ke langit tanda diterima Tuhan??

Tuesday, February 4, 2014

the need to comeback..syurga abadi..

bismillah..
seriously mahu menulis lagi..rasa yang akan sentiasa ada.. wujud.. kerana nikmatnya menulis dan berkongsi rasa di jiwa tidak akan pernah sama dengan perasaan yang ada pabila bercakap berkongsi perasaan dengan manusia yang lain.. dan sungguh perkataan demi perkataan inilah yang kudambakan akan kembali kepadaku suatu hari nanti dengan membawa rahmat dariNya yang berbeza pula..

hidup ini telah berlalu dengan sangat melaju sekali. fasa demi fasa, hati yang makin larut dengan perubahan baru, jiwa yang kadang hidup kadang karam, dan aku mula terasa bahawa yang membiarkan segalanya berlalu itu adalah pilihan aku. yang membiarkan aku hanyut itu juga adalah pilihan aku, yang membiarkan peluang makin lama makin terlepas itu juga adalah pilihan aku..jadi duhai diri, aku hanya ingin bertanya tentang ini, mahukah kau ke syurga abadi??