Tuesday, February 4, 2014

the need to comeback..syurga abadi..

bismillah..
seriously mahu menulis lagi..rasa yang akan sentiasa ada.. wujud.. kerana nikmatnya menulis dan berkongsi rasa di jiwa tidak akan pernah sama dengan perasaan yang ada pabila bercakap berkongsi perasaan dengan manusia yang lain.. dan sungguh perkataan demi perkataan inilah yang kudambakan akan kembali kepadaku suatu hari nanti dengan membawa rahmat dariNya yang berbeza pula..

hidup ini telah berlalu dengan sangat melaju sekali. fasa demi fasa, hati yang makin larut dengan perubahan baru, jiwa yang kadang hidup kadang karam, dan aku mula terasa bahawa yang membiarkan segalanya berlalu itu adalah pilihan aku. yang membiarkan aku hanyut itu juga adalah pilihan aku, yang membiarkan peluang makin lama makin terlepas itu juga adalah pilihan aku..jadi duhai diri, aku hanya ingin bertanya tentang ini, mahukah kau ke syurga abadi??