Bismillahirrahmanirrahim...
Kehidupan mula beransur-ansur stabil di sini. Walau tanpa internet yang menghubungkan saya dengan dunia luar, hidup tetap berjalan seperti biasa. Dan tarbiyyah dari Tuhan itu sentiasa menemani saya di sini, memaksa saya untuk terus berjalan ke hadapan, membaiki diri sedikit demi sedikit. Kehidupan, ceriteranya membuat saya tersenyum lebar dalam kekaguman, betapa berkuasanya Tuhan dalam mengatur urusan makhluk ciptaanNya dan jagat raya ini...
Minggu lepas sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja ( yang hanya memakan masa less than 5 minutes tu..heh~), saluran ikim.fm tengah menyiarkan tazkirah pagi, untuk mereka-mereka yang keluar pagi-pagi hari untuk mencari sesuap rezeki. Satu topik menarik di mana si pemberi tazkirah itu berhasil membuatkan saya masih mendengar beliau berceloteh walaupun kereta saya dah selamat diparkir. Beliau mengajak para pendengarnya bersyukur di setiap pagi yang baru menjelma, di atas nikmat masih dihidupkan, masih bernafas dengan senang, dan masih diberi peluang untuk meneruskan hari semalam. Dan yang membuatkan saya berfikir dalam, benar kita bersyukur atas hidup yang masih punya kesinambungan, namun, fahamkah kita untuk apa hidup itu diteruskan? Atas tujuan apa kita masih mahu berhidup? Dan ke mana mahu kita bawa hidup yang masih diberi peluang ini? Setakat mahu meneruskan setiap hari yang hampir lebih kurang sama? Ke pejabat di pagi hari melaksanakan tugas untuk memastikan di hujung bulan nanti kita tak kelaparan? Dan petangnya pulang ke rumah melepaskan lelah di peraduan? Dan esok paginya masih bersyukur kerana diberi kelangsungan hidup? Begitukah pusingan kehidupan kita sebenarnya?
Manusia, bersyukurlah dalam erti kata yang sebenarnya.. bersyukurlah kerana peluang hidup itu bermakna kita masih punya peluang mendekatkan diri kepadaNya, lewat kerja-kerja yang kita laksanakan, yang kita niatkan sebagai ibadah harian kita, hanya kerana Dia. Bukan kerana nanti-nanti di hujung bulan itu, kita akan menerima pulangan lumayan, ataupun bonus berganda, yang bermakna anak bini kita tidak akan kelaparan untuk bulan dan hari seterusnya.. bukankah pulangan bonus berganda yang sebenar-benarnya bonus keuntungan hanyalah terdapat di hari akhir nanti? Hari di mana kita akan berjumpa dengan pemilik sebenar hati dan jiwa raga kita? Jadi, bersyukurlah di setiap pagi itu, hanya kerana kita masih punya peluang untuk menambah amal dan pahala, menganyam bekal yang tidak nampak di mata kasar, namun jelas di sisi Tuhan yang Maha Pemurah...
Jom, bersyukur kepadaNya, dalam erti kata yang sebenar-benarnya...
p/s: berputus harap, adalah tragedi terbesar dalam kehidupan manusia... makanya, saya masih berharap agar lappy kesayangan tidak lagi sakit dan tersadai di kedai untuk tempoh yang lama..menyedihkan..xpe, cik athirah will be coming this week, boleh tumpang guna die punya lappy.. heh~
No comments:
Post a Comment