Monday, June 28, 2010

bahagia itu letaknya di hati : episod 1

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, masih bernyawa dan mampu bernafas dengan segar di bumi milik Tuhan.. lama dah kan saya tinggalkan ruang maya yang kaku ni?? Huhu…kehidupan, masa yang berlalu pantas tu bagaikan tak bermakna untuk saya dalam tempoh ke-senyap-sepian itu…surviving, and struggling..2 perkataan paling tepat kot untuk describe diri saya kini..Untuk mereka yang kot-kot rajin follow-up ceritera saya di sini, saya minta ampun ye, ketakmampuan saya bercerita menandakan aras turun naik iman di dada, dan jangan bimbang, insyaAllah Dia masih kurniakan saya kekuatan untuk terus melangkah..kalau tak gagah sekalipun, harapnya masih saya berpeluang merebut hidayah kurniaanNya, selagi nafas masih menuruni rengkung dan darah masih dipam ke jantung dan frontal lobes di otak, selagi itu tekad di hati mahu melangkah, walau lemah.huhu.

Semalam saya bercuti sehari, sementelah plan asal saya adalah turun ke KL pada hujung minggu, tanah tempat rindu saya bermukim sejak sekian lama. Niat asalnya adalah memenuhi jemputan walimah adik tersayang,teman seperjuangan semasa di UM dahulu kala, di samping niat lain yang tak kurang pentingnya bertemu muka dengan mereka-mereka yang dekat di hati selama ini. Alhamdulillah, cuti saya diluluskan walau borang cuti dihantar dan disahkan pada hari Khamis, sehari sebelum saya dan TAJ kesayangan bertolak meredah PLUS untuk ke destinasi. Heh~. Suka benor bende2 last minute nih.

Sampai di KL, terus pula memecut ke Serdang, berlagak sebagai perantara antara adik yang mengirimkan barang dan angoh yang bakal pulang ke Terengganu. Selepas itu kembali ke UM bertemu muka dan menggembirakan hati Dr Kam yang tengah tak sehat dan cik Lily yang makin hebat mengatur urusan masa depannya, dan akhirnya meredah sesak di PJ untuk ke urusan utama hari itu, membantu persiapan si pengantin perempuan. Oh, sempat juga singgah di tadika LA untuk mengambil cik Zira, teacher berjaya yang kalau diizinkan Tuhan bakal mengatur langkah ke bumi utara [ye ke zira? Dah confirm bgtau I ye, ape2pun, I tetap support u punye..haha]. ok2, sambung pengembaraan, sampai di rumah Miha, jumpa dengan cik Sarah yang maintain cool tak berperasaan [tentang hidup berdua..yang lain die penuh perasaan..haha], and bole tarik nafas lega sebab Miha nampak Ok dan masih bole bergelak ketawa dalam tangisan, pastu after maghrib dengan kepala berdenyut mula menunjukkan symptom kepenatan, terus gerak ke UM dan Taman Medan, dengan niat mahu ke Desa Petaling pula selepas itu. OK, this is the part yang paling stressful pada hari itu ye. Bole pulak sesat di Taman Medan dan terbabas ke masuk ke Federal Highway yang sesak bagai nak gila. Oh My! Janji ngan Angoh memang confirm tak leh nak penuhi, janji ngan cik Ayu pulak terpaksa ditukar plan. [sian betul Ayu terpaksa amek cab untuk ke umah Miha. Naseb baik sume selamat, Angoh pulak tak de la nak membebel sangat sebab lambat.] pastu racing dengan penuh rushing nye ke Hentian Putra sebab takut Angoh tertinggal bas. Huh. Da lama betul tak memandu dengan penuh kebahayaan,yela, Jitra kan tanah aman penuh tenteram, mananya nak ade hectic life ni..huhu. pastu da settle segala perkara, terus pula kembali ke PJ, dan bertolak ke destinasi tidur di Kelana Jaya. Jam time tu dah 1130malam kot. Dari awal pagi kul 730 sampai ke 1130 malam, penuh colourful life saya jadinya.

bersambung..heh~

*ok, please bear with me, ya? ni karangan panjang tentang episod hujung minggu yang baru je berlalu..heh~ 
[siap buat 2 entry tu, xbole blah...hehe]

No comments: