Saturday, July 17, 2010

moga Allah menggantikannya dengan yang lebih baik..

Bismillahirrahmanirrahim..

Semalam menerima satu berita yang amat menyedihkan. Terkejut pun ada. Namun benarlah bahawa kekuasaaan Dia lah yang mengatasi segala sesuatu. Kita merancang dengan rapi, namun Dia lah Tuhan yang memiliki perancangan sebaik-baiknya untuk setiap hambaNya..moga tabah wahai sahabat, Allah sentiasa bersama kamu...

Sekadar perkongsian:

" Dan kami menghendaki, supaya Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak lain yang lebih baik kesuciannya daripada anaknya itu dan lebih dalam kasih sayangnya ( kepada ibu bapanya)."
[ 18:81]

" Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."        
 [ 59:18]


* masih lagi kini terus berjalan mengutip setiap pengalaman, menambah bekal untuk menjadi manusia yang lebih baik..moga setiap diri yang membaca di sini memperoleh perjalanan yang sentiasa dipandu olehNya, dan kembali menghadapNya dalam keadaan yang disucikan dari dosa.. berbekal lah dengan sebaik-baik bekal..

No comments: