Bismillahirrahmanirrahim..
tiap kali hati goyah, berdolak-dalik sentiasa beralasan untuk tidak memberi yang terbaik, tiap kali itulah cuba merenung kembali ayat-ayat cinta dariNya..
especially yang ini: [57:16]
" Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk TUNDUK HATI MEREKA mengingat Allah dan kepada KEBENARAN yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang sebelumnya telah diturunkan al-Kitab kepadanya, kemudian BERLALULAH MASA YANG PANJANG atas mereka, lalu HATI MEREKA MENJADI KERAS. Dan kebanyakan di antara mereka adalah ORANG-ORANG YANG FASIK."
dan ini : [37:60-61]
" Sesungguhnya ini benar-benar KEMENANGAN yang besar. Untuk kemenangan serupa ini hendaklah berUSAHA orang-orang yang BEKERJA."
orang-orang yang nak menang as in kemenangan yang besar gila macam redha Allah, syurga paling tinggi, boleh bersama baginda ar-Rasul dan sahabat, siddiqin dan syuhada tu, kenalah BERUSAHA dan BEKERJA. sedaya upaya kot. bukan hanya tepian, bukan hanya mainan, dan bukan hanya sekadar mengisi masa lapang.
dan jangan pula orang-orang bekerja yang berazam untuk berusaha sedaya upaya ni terperangkap dalam lalai dan lekanya dengan waktu yang berlalu sampaikan setelah sekian lama, maka Allah memberi putusan bahawa hati yang keras itu sudah tidak layak lagi untuk bekerja untukNYA..hukhuk, sangat menakutkan OK!!
sungguh, kewajipan kita melebihi masa yang kita ada, dan yang membezakan antara tingkat-tingkat syurga yang insyaAllah impian kita semua dan bakal tempat tinggal abadi kita itu, hanyalah pada USAHA kita di dunia ini.. mahu syurga paling tinggi, silakan! siapkan hati yang besar untuk menampung perit dan siksanya jalan lurus ini, dan jiwa yang sentiasa rindu akan tempat kembali itu...dan jikalau hanya mahu hasil akhir yang sedang-sedang sahaja (dan entah dapat entah tidak), silalah berleka-lekaan dari sekarang, dan don't give all out pun, sebab hati tak berapa yakin, kan?? huh...
ok, sedang motivasikan diri sendiri sebenarnya. bukan mengata sapa-sapa pun. kadang-kadang berlaku kejam dan terlebih jujur dengan diri sendiri ( yang merupakan musuh paling abadi kot-diri ini) amatlah perlu, demi sebuah kesinambungan sebuah hidayah untuk hati yang kelam.
Tuhan, izinkan aku ringankan langkah, berlari makin laju menuju kepadaMu, dan biarkan bebanan jahiliyah itu makin susut dan berjatuhan di sepanjang perjalanan ini.. aku mahu kembali dalam keadaan yang putih suci..
mash-
jitra..
~ menaip sambil-sambil makan aiskrim..huhu..syok deh~
No comments:
Post a Comment