bismillah..
alhamdulillah, berlalu sudah satu lagi hujung minggu yang terisi dengan manfaat.. huhu.. baru saja selesai melihat planner, dan mencongak2, betullah, since semester baru bermula, weekend saya sentiasa terisi dengan sesuatu. asal weekend je terus tak nampak bayang kat bilik. Lesap entah ke mana-mana, bak kata sahabat yang berkongsi kediaman.. esok nak start balik kuliah, malamnya baru nampak kelibat di meja study menghadap laptop.. heh~
kehidupan, walau jauh manapun cara dan jalannya berbanding manusia yang lain, tetap hati mahu gagah dalam mengharunginya. perit payau kelam kelibut segala dugaan cabaran dan pengorbanan, hanya Allah sahaja pelindung dan pemelihara segala urusan.. dan apabila berfikir kembali, baru terasa makna dan pengertian ayat yang banyak sekali diulang-ulang dalam kompilasi surat cintaNya kepada hamba, salah satunya ayat ke 112, surah Taha :
" dan barang siapa yang mengerjakan amal saleh dan ia dalam keadaan beriman, maka ia tidak khuatir akan perlakuan yang tidak adil( terhadapnya) dan tidak (pula) akan pengurangan haknya."
dulu-dulu bila selalu jumpa ayat ni, dalam hati akan selalu berdialog sendiri, yela wonder dan tertanya-tanya la kan, bagaimana bila kita dalam keadaan beriman, plus selalu beramal soleh, maka kita tak akan langsung-langsung rasa sedih bila berlaku something yang kita tak puas hati, or ada orang buat jahat dan zalim kat kita. dan penyataan " ia tidak akan khuatir" tu melambangkan yang kita juga takkan nya ada rasa nak balas perbuatan orang tu balik.. dalam hati selalu kata, takkan lah nak redha je kan kalo orang buat aniaya kat diri sendiri. macam manusia tak normal la pulak.. takde hati dan perasaan..
tapi rupenya, setelah sekian lama waktu berlalu, dan diri saya ditarbiyyah olehNya dengan pelbagai ujian dan ragam kehidupan, barulah saya teringat kembali ayat ini, dan hati saya mengakui, betapa maha hebatnya Allah yang memegang hati-hati, betapa syumulnya Islam yang Allah turunkan untuk hamba-hambanya amalkan, dan betapa indahnya apabila hati kita kita serahkan kepada Dia untuk Dia sendiri kemudi kehidupan kita.. benar, amal-amal soleh yang Allah syaratkan dalam ayat ini adalah untuk hati kita sentiasa dekat denganNya dan sentiasa dalam lindunganNya, untuk rahmat dan redhaNya sentiasa bersama kita, manakala keadaan beriman itu pula membawa makna, keadaan yang kita meletakkan sepenuh kepercayaan kita kepadaNya, segenap pengharapan hanya kita gantungkan kepada Dia, yang mempunyai seluruh kekuasaan di langit dan bumi. jadi, eventhough dalam kehidupan kita itu berlalu satu episod yang amat dahsyat sekalipun, hati kita tak akan berkeluh kesah dalam menghadapinya, sebab kita tahu, Allah sentiasa ada, dekat dengan kita. segala rahsia dan hikmah kejadian ada dalam genggamanNya, hanya menunggu masa untuk disingkapkan kepada kita, tak di sini, di alam akhirat sana. kitalah yang sebenarnya harus dan wajib melengkapkan 2 syarat utama itu, sentiasa beramal soleh, dan dalam keadaan beriman untuk menjadikan Allah redha dengan kita. Kitalah yang kena berharap dengan Dia untuk melindungi kita, membuang segala rasa pedih yang bersarang dalam jiwa, dan berharap agar segala yang buruk-buruk dalam hati itu, dendam, hasad, dengki, ujub, riyak, takabbur dan segala macam anasir mazmumah yang lain itu Allah hindarkan dari hati.. kerana Dia lah sebaik-baik pemelihara buat kita yang teramat lampau lemah ini..
huhu, double tikaman ganas buat hati sendiri yang selalu lalai. sedarlah wahai hati, Allah tidak pernah meninggalkan kamu, kamulah yang selalu main lari-lari aci kejar je dengan Dia yang tak pernah putus asa terhadap kamu.. selalu hadir menghulurkan kebaikan buat kamu..
okey, actually, nak bercerita tentang hujung minggu yang baru sahaja dilalui semalam. uhuh. berkait la jugak dengan ayat di atas. Program SAMPEL'09 kali ini sekali lagi saya diamanahkan untuk menjadi salah seorang tenaga gerak kerjanya. Amanah yang pada awalnya dipandang ringan sebab yela, jadi ajk pengangkutan, kerja macam tak banyak. yang ada pun hanyalah nak menguruskan pengangkutan untuk adik-adik dan ajk lain. cari bas, cari keta, dah la. TAJ hitam kat bawah tu dah ada satu, akhawat lain pun ramai je ada keta, pakcik makcik pun insyaAllah kalo ikutkan pengalaman lepas senang je kot nak mintak tolong. hehe. pastu siap tak tau pulak tu sape jk lain yang sama biro..taunye pun miha je la. teruknya la perangai ajk pencen sorang ni. konon-konon memerhati dari jauh, meeting satu pun tak pergi, follow up dengan miha je as ketua biro. nasib baikla ada lagi sorang jk ikhwah yang dalam biro yang sama, bole la tu nak divide kerja tak berapa nak banyak tu. haha. tup-tup dah last-last minute tinggal bape hari je lagi nak langsungnya program, baru terasa bahang aura kerja yang tak tersusun. dan baru tau pengangkutan rupenya sekali dengan keselamatan..bertambah beban kerja..ha, tula, padan muka. dah tau mende-mende macam ni tak bole diambil ringan, buat jugak. tula, agaknya, sebab dalam hati ada rasa macam dah pencen dari jadi ajk penganjur, dan bajek macam kerja pun tak banyak, saya berlagak rilek-rilek je dari awal, kumpul sume kerja last minute. heh. bajek jugak yang adik-adik sebenarnya dah boleh dilepas sendiri untuk terbang menggapai awan tinggi di langit..tanpa pemantauan terhormat dari orang lama..huhu..saya terlupa bahawa sesungguhnya tanggungjawab dan amanah ini bukan sahaja untuk saya melaksanakan kerja ikut skop kerja saya, tapi juga amanah sebagai orang lama dan ajk yang melaksanakan amal jamai'e sepenuhnya. maksudnya, bukan sahaja nak kene buat keje biro sendiri, tetapi juga mengambil tahu tentang ajk lain, dan masalah-masalah lain yang timbul dan memerlukan ambil tahu dari orang lama. its beyond dari jobscope biro pengangkutan itu sendiri. huhu. maaf ye adik-adik, kakak kamu ni nak kene bagi renjatan elektrik dari Tuhan, baru die nak sedar. heh.
alhamdulillah, kali ini banyak perkara yang saya belajar kembali. peringatan berguna buat diri sendiri. bilamana hanya tinggal kita seorang, penggantungan kita kepadaNya itu menjadikan kita tidak lemah dan berkeluh kesah. dan apabila kita merancang, dan Allah juga merancang, dan perancangan Allah lah yang lagi hebat dan sempurna. yang penting, bila dah dapat kesedaran, kembali ikhlaskan hati, susun strategi baru, mengadu dan meminta ampun hanya kepadaNya, tugas dilaksanakan sebaik mungkin, dan akhirnya, alhamdulillah, berlalu sudah SAMPEL kali ini. benar, beramal soleh dan dalam keadaan beriman itu menjadikan kita tak berkeluh kesah dan bersedih hati. biar pun keadaan kelam kelibut tak ingat dunia, keletihan dan kepenatan menjadikan mata sepet saya bertambah sepet (apa taknya, tido tak sampai 2 jam), tapi dalam hati ada rasa puas menjelma, yang tak dapat nak diungkap dengan kata-kata. Double thumbs up untuk semua ajk kali ini, walau banyak sekali bumps yang kita jumpa di tengah jalan, semangat masing-masing tak pernah pudar. Marak membara sehingga ke akhir. Tribute juga buat ajk-ajk lain yang jadi bidan terjun untuk biro pengangkutan, hanya Allah sahaja yang layak membalas segala kebaikan kamu.. ( at least dapat juga la mereka belajar mengenal jalan ke gombak..heh~)
nota kaki: eheh..panjang pula, setelah sekian lama tak mengembangkan bakat penulisan..huhu..nak kene mengadap dua essay pula, esok sudah mahu dihantar.. go2 chaiyokk!!