bismillahirrahmanirrahim..
uhuhu..sudah lame tak update perkembangan semasa di sini.. dah balik ke kampung halaman, terus melupakan dunia luar ye, cik mash?? heh~
ye..kelam kelibut menguruskan hidup semenjak dua menjak ni sangatla menyesakkan dada dan menyumbatkan otak dan fikir..hidup dah jadi tunggang terbalik...ape-apepun, kelegaan yang teramat untuk beberapa perkara yang telah selesai dengan sempurna..contohnya: kehidupan sebagai pelajar universiti tamat dengan gred yang sangat memuaskan hati [alhamdulillah.. perkara paling tak disangka..huhu].., keduanya cik ana, one of my closest friend dah selamat melangkah ke alam penuh cabaran, menyempurnakan separuh dari agamanya..,cik nana yang sudi berkongsi dengan saya pelbagai cerita kehidupan yang menceriakan hari-hari gloomy saya dahulu pun dah selamat bertunang.., lepas ni sape pula ye?? hehe..,
ketiganya PKN'09 dah selamat berlangsung dengan jayanya..kepada team penganjur, kelemahan yang ada sememangnya perlu dibaiki untuk mengelakkan "kitaran bodoh" kesilapan itu dari berlaku, namun point penting di sini ialah, RAIKANLAH kejayaan kamu semua melaksanakan tugas sukar yang pada awalnya difikirkan sebagai hampir mustahil...dengan pelbagai kekangan dan kekurangan, antum sebenarnya telah melepasi garisan limitation diri masing-masing dalam memberi yang terbaik..TAHNIAH!!! saya sangat-sangat berbangga dengan hasil usaha kalian..[ sebak sedih dan sayu sebab selepas ini dah tak punya peluang untuk bersama-sama berprogram lagi..sob3..]..oh..good luck untuk rehlah hujung minggu ini ye sisters sekalian.. walau masa sangat suntuk tapi saya percaya kalian boleh melakukannya dengan jaya..yang penting niat kene ikhlas matlamat kene jelas..all the best!!..,
keempatnya, dah selamat mendaftar dengan Malaysian Dental Council (MDC), dan officially can use the title DR..hehe.. title tak significant sangat, tapi yang paling penting bole practice tanpa rasa takut lagi..haha.. maksudnya, batu-bata asas impian saya yang tinggi melangit nak ke seluruh dunia tu dah terletak dengan sempurna buat masa ini..tinggal nak menyempurnakan dinding tiang dan atap impian itu sahaja..insyaAllah.. yang tak bestnya selepas ini dah masuk ke alam penuh tanggungjawab everyday kene pegi kerja kul 8 balik kul 5 tanpa rasa malas dan ponteng2.. oucchhh.. same old routine bole membunuh saya sebenarnya.. takpelah.. we'll deal with that later..one at a time k..huhu...
sekarang tengah menunggu dengan sabar ketentuan Tuhan tentang tempat bekerja.. memilih untuk mendewasakan diri dan mengecewakan ummi abah bukan bermakna saya tak sayangkan mereka, namun, ada beberapa perkara yang perlu saya sempurnakan dahulu..biar masa sahaja yang menentukan..dan biar Allah Tuhan pemberi tempat yang terbaik sahaja yang menetapkan buat saya tempat terbaik untuk saya mengembangkan potensi diri saya yang sebenarnya..ameen..
moga terus thabat duhai hati-hati yang mengharapkan redha Ilahi dan jannah di penghujung jalan..
2 comments:
cik kak!
tahniah atas gred yg sgt membanggakn!..hehe..saye tau lebih awal dr kamu..hee~
heh~ ye ke kamu tau lagi awal dr saya? saya rase saya tau lagi awal, k'maria ade bg hint dulu la, tp saya je buat x hirau, konon2 xpecaya..haha..
hows u??? lame xdgr kabar ape2 dr kamu? wheres my emel?
Post a Comment