Friday, January 29, 2010

meow...meow..



Kucing si Athirah tu dah boleh berjalan semula.. Alhamdulillah. Dah boleh berlari dah pun [ walau dulu nampak macam tempang dan tulang kaki belakang dia macam terkeluar..heh~], siap dengan panjat-panjat segala benda yang bole dipanjat dalam rumah ni.. dengan ragamnya yang sentiasa mahu keluar rumah dan bermain di luar setiap kali kami buka pintu, [ dia bole kenal tingkah orang yang mahu keluar, siap bole pecut 100m tu, dari ruang dapur ke depan pintu semata-mata nak kejar peluang untuk outing juge..huhu].. life will always be colourful dengan adanya makhluk penyeri hidup ni..


few weeks age

Teringat sewaktu Athirah bertanyakan pendapat saya dahulu semasa proses menimbang tara mahu membela anak kucing yang dijumpai kawannya terbiar di dalam longkang ini ataupun tidak, saya meng’ia’kan sahaja, sebab antara consideration yang kami fikirkan bersama, apabila si Athirah ni dah makin sibuk dengan kuliah dan hospitalnya, makanya yang akan mengambil alih menjaga kucing ini would be me jugak.. hati mana yang tak mahu, ya dak?? Sebab kucing sejak azali lagi merupakan salah satu faktor yang mampu menghilangkan stress saya dalam kehidupan. Dan agaknya menjadikan saya lebih bertanggungjawab kot. Ke makin lari dari realiti kehidupan dan tanggungjawab lagi besar? Heh~ mungkin juge.. uhuhu..


It was like taking care of a very young child.. bagi makan bile die lapo, playing with him everyday kalo tak nanti die merajuk, bawak die main-main kat luar, mandikan die bile die dah bau busuk, managing his panggilan alam segala benda..haha.. fun bagi saya yang dah lama tak dapat nak hidup properly dengan kucing sebagai binatang peliharaan kesayangan.. even my ummi pun dah lekat habis dengan kucing ni, tolong belikan makanan dan pasir die segala, tanpa merungut apa-apa. Kind of peneman hidup kot si ekor kontot ni..hehe..


Bila diingatkan kembali, 2-3 bulan lepas kucing ni langsung tak dapat berjalan, hanya duk melepek sahaja tak leh gerak ke mana-mana, bahana dia terjatuh teruk dan cederakan tulang belakang plus kaki belakang sekali. Sangat kasihan bile tengok nasib kucing cacat ni..tapi walaupun tak leh gerak, stil bole main dengan orang, stil kaki yang bole gerak tu aktif main-main dengan barang-barang keliling die. Dan saya yang sangatla rasa hopeless sebab the last choice yang kami ada hanyalah bawak die ke vet untuk dimatikan [ after considering surgery segala bagai], hanya mampu berdoa dengan penuh harapan, walau masa tu tak tau Allah akan perkenankan ke tak supaya disembuhkan. Sebab rasa janggal pula bile hajat yang kita pertaruhkan kepadaNya supaya disempurnakan adalah berkaitan dengan seekor binatang, yang masa tu baru jugaklah dibela Athirah.. saya pun tak rasa saya sayangkan budak kecik tu sangat pada masa itu, tapi atas dasar kasihan tetaplah mahu berusaha juga kan, walau hanya dengan berdoa. Tapi Allah tak makbulkan terus time tu, dan hati saya mula berkata-kata sendiri, mungkin dah nasib kucing ni kot sampai die mati tak leh jalan, takpela, bela jela sampai la ajal die sampai.heh~

time tak leh jalan

Nak dijadikan cerita, Athirah yang bercuti panjang terpaksalah bawak balik kucing ni ke Terengganu.. dan di sini, ummi mula urut kaki kucing yang sakit ni hampir tiap-tiap hari, dan dia mula tunjukkan tanda-tanda positif, berjalan berdengkot-dengkot, perlahan-lahan, then ada sekali tu jatuh kerusi, tak leh jalan lagi sekali, then urut lagi.. plus dengan bawak die keluar rumah, biar je kejap, die cari daun-daun yang bole die makan dan sembuhkan die dan sekarang, dah siap bole berlari lagi!! Saat ini die jalan pun dah tak nampak pelik sangat, tanpa kaki terkeluar ke apa, looks like normal as other cats here. Dan hati saya teringat kembali, rupanya Allah makbulkan doa saya yang dahulu itu, yang saya pun dah terlupa tentangnya, dan yang saya rasa mungkin Allah tak makbulkan di dunia ini, mungkin akan digantikan dengan yang lebih baik ke ape ke..huhu…syukur segala puji buatNya, benarlah.. segala apa yang terjadi ada rahsia yang hanya bila Dia izinkan sahaja akan tersingkaplah rahsia itu buat kita.. dan benarlah, kekuasaan Allah melangkaui segala apa yang kita fikirkan, dan telah disusun segala sesuatu itu begitu cantik sekali aturannya supaya hambaNya mengambil pengiktibaran darinya..yela, sekarang ni die dah ada halaman luas untuk bermain dan berkejaran dengan cik kumbang dan rerama dan ada caretaker sepenuh masa untuk menjaga kebajikan die, berbanding dahulu dengan si Athirah yang busy dengan kelas plus dengan asramanya yang di tingkat 4, langsung takde life untuk kucing ni hidup bahagia..huhu..

makanya wahai manusia, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan???


** semalam ke rumah k'yat, naqibah di sini, kucing siam belaannya sangatla comel dan gemuk!!! k'yat gtau kami dia dah anggap macam another kid for her pulak kucing tu..heh~ aim untuk menggemukkan kucing saya bermula!!

Thursday, January 28, 2010

bermuhasabah lah...

Bismillahirrahmanirrahim..

Orang yang cerdas (pandai) ialah orang yang mengalahkan jiwanya ( membetulkan dirinya) dan bekerja keras beramal untuk bekalan selepas mati. Sedangkan orang yang lemah ialah orang yang memperturutkan keinginan (nafsunya) dan berangan-angan terhadap Allah dan hari akhirnya.
 ( hadith riwayat at-tirmidzi)

Orang yang pandai ialah orang yang sentiasa bermuhasabah diri.

Dalam erti kata lain, orang yang senantiasa melaksanakan hisab ke atas dirinya ketika di dunia ini.

Which is sangatlah perlu kerana ada banyak detiknya dalam hidup ini kita akan dibawa arus waktu dan kesibukan tanpa kita menyedari telah terlalu banyaknya waktu itu berlalu dan betapa makin dekatnya kita kepada detik terakhir kita di atas muka bumi ini.

Masa yang banyak berlalu melepasi kita tanpa kita isi dengan bekal sepatutnya. Jadinya, kalau begitu sekali kita terleka dan terlalai dengan kehidupan, nak dijawab apa ya nanti di hadapan Tuhan yang Maha Penyayang namun amat keras siksa azabNya itu???

That’s why hisab diri kita sendiri di dunia ini adalah sangat penting dalam memastikan keselamatan kita dunia akhirat. Orang yang berhisab akan sentiasa ketemu kelemahan-kelemahan dirinya, akan sentiasa mengembalikan jiwanya kepada Allah, akan sentiasa membersihkan jiwanya dari sisa-sisa hitam noda yang terpalit di hati dan akan senantiasa pula membetulkan jiwanya kembali ke landasan kebenaran. Menjadikan rohaninya sebagai pembimbing jasadnya dan dirinya sendiri menjadi peringatan berguna buat hari-hari yang masih tersisa, kerana hatinya itu terdidik sentiasa hidup dan peka dek kerana selalu dihisab.

Seorang hamba itu belum bertaqwa selagi dia belum menghisab dirinya.

Benar sekali, kerana taqwa itu ciri khasnya adalah berhati-hati dalam setiap tindakan, takut-takut kita terjerumus ke dalam lembah azab dan murka Allah. Bagaimana mampu seseorang itu berhati-hati jikalau dia sendiri tidak pernah menganalisis dan mengenal tingkah manakah yang benar dan membawanya kepada Tuhan, dan tingkah manakah pula yang merosakkan diri dan menjahanamkan masa depannya di akhirat nanti???

Ayuh sahabat, jadikan jiwa kita sentiasa bermuraqabah dengan Pencipta kita, senantiasa melakukan perkara-perkara yang disukaiNya dan menjauhkan diri dari kemurkaanNya.. Masa hidup yang hanya tinggal sedikit ini mengapa pula tidak mahu dimanfaatkan sepenuhnya? Jom tingkatkan bilangan istighfar yang kita lafazkan dalam sehari-hari.. dan hati masing-masing tu, cuba-cubalah amalkan hisab diri sendiri dalam seharian, paling-paling kurang pun sebelum tidur, bukan?

Moga penghujung perjalanan nanti kita ketemu juga akan redhaNya..

** ni tajuk tazkirah dalam usrah minggu lepas..huhu..alhamdulillah, masih diizinkan Dia untuk menyambung kembali tarbiyah diri yang tergendala. Hopefully, minggu ini saya bole pergi lagi tanpa rintangan melintang di tengah jalan. Heh~


Monday, January 18, 2010

hurrmmm...

Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji dan syukur buatNya yang masih memberikan saya kekuatan ini untuk terus berhidup.. memayungkan rasa kasih dan tenteram di saat jiwa saya berantakan mencari sebuah hidayah, bekal buat perjalanan yang terasa makin panjang ini..

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan. Barang siapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah karena karunia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorang pun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahwa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat (nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka MEMAAFKAN dan BERLAPANG DADA. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[24:21-22]

Saya sedang belajar menjadi seorang yang pemaaf dan mudah pula berlapang dada dalam semua situasi. Biarpun bertatih sekarang, namun tetap saya berharap suatu hari nanti saya mampu meneruskan langkah dengan berjalan dan berlari pantas. Hidup kalau bukan lebih baik dari semalam dan hari sebelumnya, bermakna erti hidup kita sebagai seorang muslim yang mukmin masih lagi belum terisi sepenuhnya, bukan?

Moga kamu, saya dan semua yang lain kekal berharap kepadaNya agar menetapkan hati-hati ini dalam lindunganNya yang terbaik..berharap dengan sepenuh-penuh harapan agar tidak tercicir ataupun dicicirkan dari pandanganNya yang penuh rahmah..ameen..

Monday, January 4, 2010

confused and..??

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, masih bernyawa untuk mensyukuri ni'mat Tuhan..masih lagi hati ini kedapatan sinar cahaya untuk menerangi jalan hidup yang suram..terima kasih duhai Tuhan untuk kasihMu yang tidak kunjung padam..

melewati hari demi hari penuh cabaran, terasa hidup dan saya makin kalah.. mengetahui dan seterusnya mengambil tindakan membetulkannya pula pastilah dua perkara yang sangat distinctive, berbeza bumi dan langit namun sangat berkait rapat di antaranya..  saya teramat rindukan mereka dan persekitaran di sana, bumi Kuala Lumpur atau spesifiknya UM yang penuh cabaran namun bersama dengannya kekuatan untuk mengharungi cabaran itu satu demi satu.. saya bimbangkan mereka yang saya sayangi, mampukah mereka melalui kesukaran demi kepayahan itu tanpa saya untuk bergaduh dengannya mengurangkan beban hidup yang menekan jiwa.. dan saya rindu untuk melalui hujung minggu penuh hectic, memaksa diri melangkaui sempadan kebolehan dan daya ketahanan diri sendiri.. menunggu-nunggu di setiap minggu akan mutiara kata yang hadir membasahkan jiwa kering kontang yang perlukan lapisan iman baru di hati..hidup tanpa sebarang paksaan dan penuh anticipation tentang next move..huhu.. betulla pepatah dulu kala cakap: you'll never miss the water till the well runs dry..heh~

namun di sini, keadaan yang berbeza ini hakikatnya bukan alasan untuk saya mendiamkan diri dan menjadi passive sehingga ke dalam tanah..cabaran hidup sememangnya berbeza, dan pendekatan untuk mengatasinya juga harus berbeza..bukan seperti dahulu yang ikut suka hati tanggung sendiri la akibatnya.. sekarang ini segalanya harus penuh berhemah dan teliti.. ada hati perlu dijaga, dan ada kiraan amal ketat yang mengiringi setiap langkah yang diambil tanpa sebarang fikir dan rasa itu...namun besertanya pahala menggunung tinggi kerana menggembirakan hati mereka...dan kewarasan yang menjelma kadang-kadang menghadirkan rasa kekeliruan yang bukan sedikit..betulkah? atau  salahkah saya kalau kali ini...kali ini sahaja saya  mementingkan diri sendiri... mengejar impian memantapkan diri sendiri kerana bekal di dada masih kurang... kerana hakikatnya sayalah yang tidak punya kekuatan berhadapan dengan mereka dengan amanah yang tergalas di bahu dilaksanakan sepenuhnya... pengecut yang melarikan diri..itukah saya?? huhu..

rindukan mereka yang jauh di sana kerana eratnya ukhuwwah bertaut di hati, dan leganya perasaan kerana menyenangkan hati mereka di sini adalah dua perkara yang berbeza, namun punya signifikan yang tersendiri..  saya hanya mahu laksanakan segalanya mengikut apa yang terdaya..