Bismillahirrahmanirrahim..
“ Orang yang cerdas (pandai) ialah orang yang mengalahkan jiwanya ( membetulkan dirinya) dan bekerja keras beramal untuk bekalan selepas mati. Sedangkan orang yang lemah ialah orang yang memperturutkan keinginan (nafsunya) dan berangan-angan terhadap Allah dan hari akhirnya.”
( hadith riwayat at-tirmidzi)
Orang yang pandai ialah orang yang sentiasa bermuhasabah diri.
Dalam erti kata lain, orang yang senantiasa melaksanakan hisab ke atas dirinya ketika di dunia ini.
Which is sangatlah perlu kerana ada banyak detiknya dalam hidup ini kita akan dibawa arus waktu dan kesibukan tanpa kita menyedari telah terlalu banyaknya waktu itu berlalu dan betapa makin dekatnya kita kepada detik terakhir kita di atas muka bumi ini.
Masa yang banyak berlalu melepasi kita tanpa kita isi dengan bekal sepatutnya. Jadinya, kalau begitu sekali kita terleka dan terlalai dengan kehidupan, nak dijawab apa ya nanti di hadapan Tuhan yang Maha Penyayang namun amat keras siksa azabNya itu???
That’s why hisab diri kita sendiri di dunia ini adalah sangat penting dalam memastikan keselamatan kita dunia akhirat. Orang yang berhisab akan sentiasa ketemu kelemahan-kelemahan dirinya, akan sentiasa mengembalikan jiwanya kepada Allah, akan sentiasa membersihkan jiwanya dari sisa-sisa hitam noda yang terpalit di hati dan akan senantiasa pula membetulkan jiwanya kembali ke landasan kebenaran. Menjadikan rohaninya sebagai pembimbing jasadnya dan dirinya sendiri menjadi peringatan berguna buat hari-hari yang masih tersisa, kerana hatinya itu terdidik sentiasa hidup dan peka dek kerana selalu dihisab.
Seorang hamba itu belum bertaqwa selagi dia belum menghisab dirinya.
Benar sekali, kerana taqwa itu ciri khasnya adalah berhati-hati dalam setiap tindakan, takut-takut kita terjerumus ke dalam lembah azab dan murka Allah. Bagaimana mampu seseorang itu berhati-hati jikalau dia sendiri tidak pernah menganalisis dan mengenal tingkah manakah yang benar dan membawanya kepada Tuhan, dan tingkah manakah pula yang merosakkan diri dan menjahanamkan masa depannya di akhirat nanti???
Ayuh sahabat, jadikan jiwa kita sentiasa bermuraqabah dengan Pencipta kita, senantiasa melakukan perkara-perkara yang disukaiNya dan menjauhkan diri dari kemurkaanNya.. Masa hidup yang hanya tinggal sedikit ini mengapa pula tidak mahu dimanfaatkan sepenuhnya? Jom tingkatkan bilangan istighfar yang kita lafazkan dalam sehari-hari.. dan hati masing-masing tu, cuba-cubalah amalkan hisab diri sendiri dalam seharian, paling-paling kurang pun sebelum tidur, bukan?
Moga penghujung perjalanan nanti kita ketemu juga akan redhaNya..
** ni tajuk tazkirah dalam usrah minggu lepas..huhu..alhamdulillah, masih diizinkan Dia untuk menyambung kembali tarbiyah diri yang tergendala. Hopefully, minggu ini saya bole pergi lagi tanpa rintangan melintang di tengah jalan. Heh~
No comments:
Post a Comment