Sunday, February 21, 2010

kemungkinan-kemungkinan itu...


Bismillahirrahmanirrahim..

”Tuhan, hidup ini penuh dengan kemungkinan. Bolehkah kalau kiranya kemungkinan itu menjadi kemungkinan yang baik buat diriku? Aku mahu terus berusaha. Biarlah orang lain berlari mengejar layang-layang dan pelangi di kaki langit, namun andai kiranya aku hanya mampu bertatih mengikuti mereka, Engkau pimpinlah aku duhai Tuhan Penunjuk arah. Tunggulah aku, walau kadar peningkatan aku dari jahiliyyah kepada kebaikan adalah layak dikira seperti sang kura-kura dan siput yang merangkak mencari Kamu..”
-Caption dari fail sulit: Catatan Ramadhan’09-

Huhu..lama betul saya tak menulis..senyap sunyi terus blog ni dari repekan terbaru tentang hidup dan kehidupan..sampai skil menulis pun dah dirasakan tumpul semacam.. sangat banyak perkara berlalu waktu demi waktu yang hanya saya simpan jauh ke dalam hati..gali-gali pun dah tak jumpa dah, hilang lesap terus tak nampak jejak. Sukar mahu menulis dan meluahkan kalau hati ibaratnya tak berisi apa-apa, kosong...disampuk sindrom duduk-di rumah-lama-sangat-sampai-hati-jadi-tunggang-langgang, inilah jadinya..

Saya sesungguhnya tak sabar mahu bekerja, bukan kerana tak sabar mahu menilik mulut manusia atau terlebih excited nak mencurah jasa bakti ke apa, cuma saya mahu lari dari keadaan dan situasi sekarang.. berkurung di rumah ibarat anak dara sunti zaman 20’an, keluar hanya apabila kebenaran diberikan dan kena pula melalui proses soal siasat ketat bak investigation CIA, lain sekali dengan kehidupan yang saya lalui untuk tempoh 11 tahun yang lepas..bebas membuat keputusan tentang kehidupan, nak keluar ikut suka hati dan rasa, dan selalu mengikut kata hati sendiri dalam menentukan arah hidup... sebabnya bersekolah dan menyekolahkan diri di tempat yang tiada kawalan ke-ibu-bapaan, hasilnya adalah diri sendiri yang sangat amatlah berdikari dan dan keras hati dari segi kemahuan..huhu..dan bila tiba masanya saya mengurung diri dalam sangkar rumah seperti sekarang ni, mula la segalanya jadi serba tak kena..

At least kalau dah kerja, saya ada kerja untuk saya habiskan masa sehari-hari, dan ada banyak perkara yang boleh saya fikir dan lakukan..ruang untuk bergerak pun jadi lebih terbuka luas. Tak perlulah untuk saya mereka-reka alasan setiap kali mahu ke program atau usrah..huhu..dan kalau ikutkan pilihan tempat kerja pun, sama ada di Pahang, Melaka ataupun Johor, ataupun luar alam sikit- Terengganu, saya dah sediakan plan baikkk punya..hehe..kalau luar Terengganu, of course la takkan ada masalah sangat..tapi kalau di Terengganu pun, saya dah merancang dan siap minta kebenaran lagi dari kedua belah pihak- mahu menetap di rumah pok dan mok [datuk dan nenek saya sebelah ibu]..even tho jaraknya dari rumah saya hanyalah tak sampai 15minit.. sekurang-kurangnya boleh juga saya tengok-tengokkan kebajikan mereka berdua dan kebajikan iman saya insyaAllah akan terjaga sama..heh~ punyala nak lari..haha..

Saya bukan mahu menafikan hak ibu bapa dan tanggungjawab saya ke atas mereka. Tidak. Mereka adalah insan kesayangan saya dunia dan akhirat, takkan dapat diganti walau dengan harta kekayaan manapun. Libang libu perasaan saya berhadapan dengan mereka takkan mampu mengatasi kasih sayang mereka sedari saya kecil, dan hakikat inilah yang amat saya fahami lewat dari pemukiman saya di dalam sangkar rumah kali ini...Cuma saya hanya mahukan sedikit ruang buat diri sendiri meneroka alam dan hidup demi memantapkan keteguhan dan keyakinan saya terhadap apa yang telah saya pilih selama ini..sebab hidup yang statik itu bukan hidup saya.. hidup yang tanpa kesedaran terhadap keliling itu juga bukan hidup saya..hidup yang seolah-olah tak hidup..

Moga Allah tetapkan tempat yang terbaik buat saya meneruskan perjalanan.. moga Dia tetapkan hidup saya dalam keadilan, dalam membahagi masa antara tanggungjawab hati dan pendirian..dan moga saya, kamu dan mereka yang lain tetap dalam perlindungan dan kasihNya..

May He bless..

** sape sokong saya duk di Terengganu aje?? Angkat tangan!!!!! Heh~
** sape pulak sudi biarkan saya menurut kata hati bermukim di daerah baru?? Sile vote!!!
Haha..kepala saya dah betul2 pusing..heh~


8 comments:

Merentas Horizon said...

saya sokong apa yg ditentukan Allah untuk kamu ^_^
*maaf BM saya B time SPM.itu pasal xmnjwb soalan..hehe

Izyan said...

salam.. baru igt nak contact akak nk tnye keje kat mn
blom stat lg rupanya ye
mn2 pun ok, tp lg best klu dkt2 ngan kl
nnti blh blanje buddy2 akak mkn stlh mndpt gaji pertama *heyhoo* :p

SI PENGEMBARA JALANAN said...

sarah:hahaha..ye2, saya faham maksud kamu..xpela, saya kene memilih kematangan, bukan? berbanding berperangai seperti bebudak tak cukup umo..[even tho rase stil umo 16..hahah]

yan: blanje tu sure la buddy..dun worry k..heh~

SaMihaH said...

x pe k.shira, sabar lah menunggu jwpn...

Allah sedang berbicara kepadamu tentang SABAR dan IKHLAS… SABAR dan IKHLAS itulah Islam..

kita selaku hambaNya selayaknya di uji.. =)

fatah said...

mana2 pun boleh kak shira...

kalo kak shira kawen kena ikut la cik abe kak shira...

SI PENGEMBARA JALANAN said...

mha: iAllah bulan 3 kot masuk keje..huhu..tgh sabar la ni..cuma nk upgrade sikit lagi tahap ikhlas kot.. dan blajar menilai sgala ssuatu dari sudut pndangan berbeza..moga ketemu solution yg Allah redha..huhu..

fatah: erkkk, tetibe masuk bab kawen pe cer? tu lambat lagi tu, sabo2 dulu..hidup pun tgh belajar merangkak, manakan bole ku mau belari??heh~

Bintu Aizuddin said...

saya menyokong jwpn sarah. InsyaAllah, Allah dah tetapkn yg terbaik utkmu..

Anesa Mohd Yusof said...

selamat bekhdmat kt kedah mash:)