Saturday, May 22, 2010

tsk....

bismillahirrahmanirrahim..

sekadar peringatan dan penguat diri yang lemah.

" dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka, dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.  Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, "wahai Tuhan kami, kasihilah keduanya sebagaimana keduanya telah mendidik aku sewaktu kecil". Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu; jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat." [al-Israa': 23-25] 


moga dikurniakan kekuatan Ya Allah..

Tuesday, May 11, 2010

negatif , MARAH dan ahli syurga...


bismillahirrahmanirrahim..

untuk nikmat masih boleh berfikir dengan waras ini, terima kasih duhai Tuhan..moga rahmatMu sentiasa luas untuk hamba-hambaMu yang bermujahadah dalam perjuangan kehidupannya..

entri ini agak panjang..sila bersabar dalam mencuba sedaya upaya anda untuk menghabis bacakan ia, ya...heh~

ok, hari ini mahu bercerita tentang peringatan untuk membaiki hati yang cedera akibat amarah dan sifat-sifat buruk yang sewaktu dengannya..saya kurang ketenangan jiwa pada hari yang sepatutnya indah ini dek kerana terserempak dengan peristiwa yang mencabar akal waras dan iman di hati untuk kekal bersabar dan berusaha mencari jalan penyelesaian yang lebih baik...ohoho..jangan bimbang, saya takdelah sampai mengamuk merampus tak tentu pasal even hati membengkak macam ape je sebab rasa tak puas hati. cuma adalah saya jadi over senyap tak becok dan ramah bersuara dengan patient yang seterus-terusnya sebab dah hilang mood...ok, itulah perempuan, emo je lebih..nak buat macam mane, manusia cool macam saya pun adakalanya bole jadi hot-tempered jugak ye...[perasan cool tak bole blah!! nila perangai pelik seorang cik mash..heh~]...  ok2, meh saya terangkan serba sedikit tentang perkara yang menyebabkan hati yang cool tu jadi mereng sekejap tadi.. begini, sepanjang 5 tahun saya dididik dan diajar untuk menjadi manusia yang berkhidmat menabur bakti kepada manusia yang lain, always and always will be, perkara utama yang dipegang adalah pesakit lah yang menjadi keutamaan. Merekalah yang berhak menerima layanan sebaik mungkin dari saya, dan saya tidak boleh melebihkan kepentingan diri saya berbanding mereka. Dan tadi, apabila prinsip yang utuh saya pegang selama ini dicabar dek hanya kerana mahu mengejar laporan prestasi tahunan yang terbaik, dan menyiapkan rekod rawatan tahunan yang juga terbaik bagi sekolah tersebut, maka kepala saya sudah mula mengeluarkan asap-asap putih [macam yang biasa kita tengok dalam cite kartun anime tu] dan saya mula berusaha meningkatkan daya ketahanan diri dari meletup…

Ok, mencabar prinsip saya mungkin masih boleh dimaafkan, tapi apabila ‘anda’ cuba mengajar saya supaya menjadi tidak amanah itu sangatlah saya  sentap OK!

Menipu dalam rekod dan menyebabkan pesakit itu tak akan dipanggil dah untuk mendapatkan rawatan itu sangatlah sadis dan zalim ye, kanak-kanak sekalian. Dahlah berkenaan budak kecik, bukannya orang dewasa. Tau sangatlah budak, kalo tak dibuat rawatan kat sekolah, memang takde maknanya nak pergi sendiri ke klinik semata-mata nak buat check-up dan tampal gigi [aci nak lari menyorok dalam toilet je kalo ternampak nurse pakai baju putih pegi bukak bilik rawatan pergigian kat sekolah, kan?? ]. Pastu bole pulak taknak buat catatan sebenarnya tentang keadaan gigi budak tu sebab takut nanti kene banyak buat treatment pastu takut tak sempat nak kejar nak buat, then rekod jadi buruk.. APEKAH?? Nasib baiklah yang mau mengajar saya tu seorang yang bole dipanggil kakak kerana ketuaannya dalam usia, jadi saya masih perlu berhemah dalam membuat tindak balas sepatutnya. [ ke takde langsung reaksi tadi, just terus senyap je??huh..]

Ok, sile bertenang dan tarik nafas panjang-panjang ye… huhu…begini, apabila dah boleh berfikir dengan waras saat ini, saya tau, sekarang ni, saya sedang berhadapan dengan kelemahan saya yang seterusnya yang Allah inginkan agar saya baiki dan atasi dengan sebaik mungkin, iaitu dakwah secara berhikmah kepada mereka yang lebih tua.  Saya sememangnya seorang yang pasif apabila berhadapan dengan manusia yang lagi tua dan lagi bersifat dominan. Dahlah sukar untuk mengatakan tidak, pastu mulalah diri sendiri jugak yang merana. Dah banyak dah example sebelum ni yang saya duk ignore je, tapi saya rasa kali ni saya memang tak mampu nak melarikan diri dari berhadapan dengan kelemahan yang satu ini, sebabnya, saya sememangnya telah ditugaskan bersama dengan si dia itu bermula 2 minggu yang lepas hingga ke bulan-bulan seterusnya yang tak dapat dipastikan bila tamat tempohnya.. kalo staff lain ramai dah yang surrender awal-awal dari bertugas bersamanya, makanya saya yang memahami erti tanggungjawab seorang saudara kepada saudaranya yang lain ini, takkanlah mahu melarikan diri juga??? Tapi, buntu dah ni..[cet, belum cuba apa-apa cara pun, dah mengaku buntu..ape daa..].. Bagaimana dan apakah teknik terbaik untuk menegur secara berhikmah staf bawahan anda yang lagi tua [dan menganggap anda muda dan tiada pengalaman], yang mempunyai perilaku yang tidak sepatutnya ada pada diri seorang muslim dan telah selalu menyebabkan ruang kerja anda di klinik menjadi huru-hara kerana ketidakpuasan hati orang lain terhadapnya akibat perangainya itu? Bole berkongsi idea, wahai sahabat yang budiman?? saya perlukan cadangan anda!! heh~

Dan tadi juga, seusai solat maghrib dan muhasabah hati pun bermula, ada satu bisikan halus di hati yang membuatkan saya bagaikan ditampar diri sendiri.. Hati saya dikuasai marah siang tadi? Ya. Hati saya sakit akibat perasaan tidak puas hati itu? Ya. Hati saya mula tidak menghargai kebaikan ‘dia’ yang lain dan mula beranggapan yang buruk-buruk? Ya juga. Saya mengadu meluahkan perasaan di hati dan bertanya kepada staf yang lain mengenai ‘dia’? pun Ya.. begitu banyaknya perkara negatif yang boleh lahir akibat perasaan marah dan sakit hati ni,kan? Dan bisikan halus itu berkata kepada saya: “ sifat yang begini bukannya sifat ahli syurga. Bagaimana mungkin kamu mengimpikan syurga namun hati ini masih dipenuhi dengan sifat yang tidak elok sebegini? Kena berusaha dulu baru berserah kepadaNya tentang urusan rumit ini, tiada usaha, tiadalah harga yang Allah akan membayarnya kepada kamu untuk dibalas dengan syurga impian itu…”

Dan saya…

hanya mahu beristighfar dan menyusun kembali gerak langkah plan “mengislahkan-manusia-di keliling-anda” itu…

may He bless...

Tuesday, May 4, 2010

matlamat jangka panjang-pendek??

Bismillahirrahmanirrahim..

perasan tak sekarang ni masa makin cepat berjalan? perasan tak sekarang ni dah bulan bape? ikut kalendar Hijri pula?

ye, sekarang ni dah Jamadil Awal..

Rejab hanya berbaki sebulan lebih je lagi nak menjenguk kita..

pastu Sya'ban..

pastu Ramadhan!! yeay!!

dah bersedia kah wahai diri untuk menghadapi bulan-bulan mulia ni? bulan melipatgandakan amalan dan mencari bekal untuk tahun seterusnya..bulan menambah pahala dan mengkoreksi diri tentang perjalanan yang telah berlalu, bermula berlabuhnya tirai Ramadhan yang lepas hingga ke saat hati masih waras ketika ini.. bulan memartabatkan diri sendiri menjadi manusia hamba yang lebih baik..da ready ke? badan dah ringan kah dalam melazimkan amal-amal sunat yang menjadi benteng dalam melawan nafsu?

beb, kalo tak selalu buat, ingat senang ke nak jadi 'tetap' buat time bulan-bulan hebat tu nanti? kate bulan tu sebagai bulan pengumpul bekal...kalo dah time tu pun x jalan jugak usaha, nanti-nanti for the rest of life ape citenye??ape kate kita start praktis gerak gempur dari sekarang, so, nanti lagi ringan diri kita nak beramal, kan?? jom..

so, aim seorang makcik ini:

1) tingkatkan bilangan hari berpuasa sunat dalam sebulan, so nanti bole banyak hari puasa sunat dalam bulan Rejab dan Sya'ban, dan dah tak rasa beza apa-apa dah time Ramadhan nanti..nak-nak bila dah bekerja ni, sila lawan perasaan takut tak larat tu ye!!

2) khatamkan bacaan Quran yang berlangsung sekarang secepat yang mungkin,  so nanti bole start fresh bile Ramadhan dan bole khatam lagi sekali..dengan makna sekali ye..insyaAllah..

3) qiyamullail: sekarang ni kene mula upgrade kuantiti dan kualiti..mahu terus meningkat lagi..

4) sedekah: mau rajin-rajinkan diri berkorban duit dan tenaga..ni pun kene belajar menghulur dalam prinsip yang betul; tidak kedekut dan tidak berlebihan dan cara yang benar juga kene diambil kira..huhu..

5) ibadah sunat yang lain: pun kene amek kira jugak..pendek kata, segala yang bole mendekatkan diri dengan Tuhan la..tak kisahla secara yang melibatkan hanya diri sendiri mahupun orang lain juga..yang penting, jadi lagi baik dalam segala aspek, ye..

mahu istiqamah (tetap dan berterusan), kenelah mujahadah (berjuang sedaya upaya)..kalo tak, selama-lamanya lah hari ini akan menjadi seakan-akan sama seperti hari semalam, statik tiada peningkatan, atau lebih memburukkan, menjadi lebih berganda kesilapannya.. jikalau begitu, pengakhirannya di saat-saat berjumpa Izrail tu, keadaan kita bagaimana ya?? hurrmm...sila la fikir-fikirkan sendiri..

* yang ditilik dan dinilai Tuhanmu itu adalah usaha. jika sekarang ni yang malas berusaha tu adalah kita, mau dibuat apa lagi ya di atas muka bumi permai ini??

MOS done!

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, hari ni selamat dah buat MOS a.k.a minor oral surgery kat manusia hidup ...praktis kali pertama selepas tamat zaman-riang-ria-bole-buat-kesalahan [baca: zaman belajar], dan kali kedua seumur hidup.. huhu..dahlah dapat tau ada patient nak yang kene dirawat tu setengah jam sebelum, pastu dan-dan tu jugak nak kene buat without enough preparation (patutnya baca-baca dulu ke..heh~)..overall, puas hati la jugak, sebab even though ade Dr senior yang tolong pantau dan bantu, tapi hampir semua prosedur rawatan dibuat sendiri oleh saya dan disudahi dengan jayanya juga oleh saya..huhu..[gigi tu walaupun vertical impacted, tp akar curve bagai ok..heh~]..dan barulah terasa yang saya ni ada daya ingatan yang agak kuat jugak ek [baca je, jangan layan sangat minah perasan ni, die tengah bergumbira..over...heh~], sebab time tengah duk mengadap gigi yang susah nak keluar tula, segala pesanan berharga dari pensyarah oral surgery kesayangan- Prof Shan berlumba-lumba hadir dalam ingatan..agaknya sebab dulu dah pernah buat sekali, dan dah pernah tengok orang buat pun berkali-kali, so, ilmu yang diamalkan kesimpulannya memang la sangat lekat dalam kepala otak sendiri..huhu..alhamdulillah..

ok, dah..itu cerita tentang hari ini..kehidupan yang penuh simpang siur dengan ragam pelbagai manusia..patutnya perancangan saya dari awalnya sangatlah berlainan daripada apa sebenarnya yang terjadi, dan itulah, hakikat kehidupan..tidak semua yang kita rancang dengan penuh keyakinan, akan direalitikan oleh Allah, Sang Perancang lagi Hebat..dan segalanya yang terjadi, hanyalah berlaku mengikut kehendakNya, bukan mengikut keinginan kita yang lemah ini..apa-apa pun, kalau hati dah redha bahawa Allah itu Tuhan kita, segalanya akan sanggup diredah jua dengan hati penuh kelapangan..sebab dah yakin kan, kita ni selamat di bawah pantauanNya sepanjang masa..

* minggu depan dan seterusnya bole praktik dengan lebih cekap kot MOS ni..lagi dan lagi dan lagi patient yang dah ditetapkan temujanjinya dengan saya..uhukk..harap-harap dapat belajar dengan lebih baik..towards becoming a better dental officer, and the best dental surgeon in the future..insyaAllah..

Sunday, May 2, 2010

c-a-c-a m-e-r-b-a...

kebuntuan..

mahu menulis, merakam rindu yang tinggi menggunung buat mereka yang jauh..namun, bahasa bagaikan beku di celah-celah jemari yang hilang rentaknya..

mahu juga mencoret kisah di sini, cerita tentang siri kehidupan dengan erti dan maksud pengajaran tersendiri, dari sehari ke hari yang makin berlalu, aqal kian memberontak hilang gerak lincah berfikir tentang perkataan yang senada...

hati, makin keringkah engkau dalam menongkah arus badai alam baru si pejuang ini? makin hilang arahkah wahai sang nakhoda dalam mengemudi kapal kehidupan?

baru terasa apakah yang bermaksud lainnya alam pekerjaan berbanding alam comel riang ria sang pelajar..tapi ok la tukan, berbanding terus hanyut tak sedar diri, baiklah cuba merubah keadaan yang macam ala-ala nak tenggelam ni kepada untung sabut timbul terus tak nak tenggelam dah tu..tengah berusaha la ni kot..huhu..doakan saya ye..

p/s i: hanyut semacam je rase lately..tak amek tau sangat dah hal dunia keliling..ada sape2 tau isu2 panas berkitar di dunia sekeliling anda sekarang? other than kes polis-tembak-remaja-15 tahun tu,or kisah thailand-yang-tak-abes2-dengan-baju-merah-dan-baju-kuning tu...? Palestin? any updates? ekonomi dunia? ngaaaa~ pengetahuan saya makin caca merba sekarang!!!! bosannya hidup statik berkitar di rutin yang sama!!!

p/s ii: macam da terlambat, tp ade lagi kot yang tengah bergelut dengan exam dan hantu-hantunya..huhu.. so, moga Allah MENANGKAN kamu2 semua ye, dalam ujian kenaikan pangkat keimanan sekarang, dan juga di alam realiti sana kemudian nanti..moga terus cemerlang dan istiqamah dengan amal-amal yang ada, dan senantiasa dalam kasih sayangNya yang tak bertepi...