Sunday, May 2, 2010

c-a-c-a m-e-r-b-a...

kebuntuan..

mahu menulis, merakam rindu yang tinggi menggunung buat mereka yang jauh..namun, bahasa bagaikan beku di celah-celah jemari yang hilang rentaknya..

mahu juga mencoret kisah di sini, cerita tentang siri kehidupan dengan erti dan maksud pengajaran tersendiri, dari sehari ke hari yang makin berlalu, aqal kian memberontak hilang gerak lincah berfikir tentang perkataan yang senada...

hati, makin keringkah engkau dalam menongkah arus badai alam baru si pejuang ini? makin hilang arahkah wahai sang nakhoda dalam mengemudi kapal kehidupan?

baru terasa apakah yang bermaksud lainnya alam pekerjaan berbanding alam comel riang ria sang pelajar..tapi ok la tukan, berbanding terus hanyut tak sedar diri, baiklah cuba merubah keadaan yang macam ala-ala nak tenggelam ni kepada untung sabut timbul terus tak nak tenggelam dah tu..tengah berusaha la ni kot..huhu..doakan saya ye..

p/s i: hanyut semacam je rase lately..tak amek tau sangat dah hal dunia keliling..ada sape2 tau isu2 panas berkitar di dunia sekeliling anda sekarang? other than kes polis-tembak-remaja-15 tahun tu,or kisah thailand-yang-tak-abes2-dengan-baju-merah-dan-baju-kuning tu...? Palestin? any updates? ekonomi dunia? ngaaaa~ pengetahuan saya makin caca merba sekarang!!!! bosannya hidup statik berkitar di rutin yang sama!!!

p/s ii: macam da terlambat, tp ade lagi kot yang tengah bergelut dengan exam dan hantu-hantunya..huhu.. so, moga Allah MENANGKAN kamu2 semua ye, dalam ujian kenaikan pangkat keimanan sekarang, dan juga di alam realiti sana kemudian nanti..moga terus cemerlang dan istiqamah dengan amal-amal yang ada, dan senantiasa dalam kasih sayangNya yang tak bertepi...

4 comments:

AnaO said...

Allahuakhbar...macam lebih kurang je keadaan kita...berada di takuk yg sama...makin lama makin tenggelam..itu yg saya rasa sekarang...astaghfirullah...rasa macam berada dalam kotak..gelap...tertutup..macam mana ya...jom la keluar dari keadaan ni...saya tak mau berlama2 dengan keadaan yang langsung tak membawa faedah ni...dah la diri sendiri tak dapat faedah..orang2 sekeliling macam mana?

Merentas Horizon said...

pergh kak AnaO skrg, bapak glamer nama.. haha..

--> sokong hidup alam bekerja penuh cabaran.. menguji iman dan juang..

--> sokong kita perlu keluar dari kegelapan ini, Mahu jadi org maju.. dan berjaya dalam ujian iman.

psst: jgn ponteng (dgn-alasn-sggh-x-munasabah) program lagi lain kali ek..

SI PENGEMBARA JALANAN said...

anaO: sile laksanakan apa y telah disuggest sebelum ni ye..usahalah mencari, dan bdersedialah berkorban apa sahaja untuk mendapatkannya..insyaAllah, Dia akan sentiasa ada utk menyokong rebah anda..

cik sarah: sile jangan bocorkan rahsia sulit kerajaan ok..haha..ye2, saya dah amek pengiktibaran..kamu juga, bukan? mahu terus melangkah walau payah..=))

AnaO said...

heheh...seriously terkekeh...ada juga yg mengomen nama hamba dlm blog orang lain...bertuah sungguh!
insyaAllah makin better...kadangkala perubahan blh berlaku tanpa disangka2..entah dari mana tiba2 datangnya kekuatan untuk berhijrah kepada sesuatu yg lebih baik...
memang benar Dia sentiasa ada...walau dalam apa jua keadaan..setiap saat...setiap detik...Alhamdulillah...