Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, untuk nikmat yang dari hari ke hari makin tak terhitung..untuk rasa untuk membaik yang walau kadang-kadang tenggelam tetap akan timbul muncul semula..dan untuk peluang yang masih bersisa pada saat dan waktu ini, Ramadhan yang mulia..
Sudah semakin hampir ke penghujung Ogos, bermakna hanya berbaki 2 hari untuk attachment saya di bahagian Restoratif. Oh, sungguh sedih!!! I would say that it has been such a very meaningful journey so far.. learning bout new things, bout my capability as a dentist, and most important, bout human and their behaviour-my favourite subject..heh~
Kalau nak dikira, pakar resto di sini bole dikira sebagai pakar paling cool pernah saya jumpa. Tak pernah marah, kalo buat silap pun masih lagi bole menenangkan hati si tukang buat silap tu, sambil2 cuba mencari penyelesaian terbaik bagi membetulkan keadaan..sangat kagum ok.. terasa kerdil dan kurangnya saya sebagai seorang profesional yang bekerja untuk serve orang ramai. Baiklah, sila betulkan diri sendiri ye selepas ini.. baik dari skill, mahupun attitude..pengalaman, sentiasa menjadi guru terbaik untuk sebuah kehidupan..
Dan ketika ini, saya sentiasa diingatkan oleh Dia, yang setiap hari akan ada sahaja perkara yang saya lalui yang menyebabkan hati saya di-relate-kan kepadaNya.. setiap hari yang di mana jalan yang sama itulah yang saya lalui, menemukan saya dengan pelbagai ragam kehidupan..si anak kecil lengkap berseragam sekolah menunggu kedatangan pelanggan di gerai jualan sarapan pagi tepi jalan, setiap hari tanpa jemu, walau jam hanya berbaki 10 minit sebelum waktu persekolahan bermula [betapa taatnya dan berusahanya dia untuk kebelangsungan kehidupan..huhu..sedih..].. pakcik tua yang gigih keluar di pagi hari mencari rezeki [ buat saya terkenang kepada datuk di kampung..touching sungguh!], bapa yang menggendong anak yang tidak memakai topi keledar keselamatan, tetap teguh menghantar anaknya ke sekolah di setiap pagi [ sayangkan anak atau tidak, pasti dia punya ceritera kehidupan tersendiri,moga mereka sentiasa selamat], pekerja yang kadang-kadang ada kadang tiada macam chipsmore, pekerja yang bekerja dengan ikhlas dan yang selalu merungut, dan pelbagai lagi ragam kehidupan yang tidak dapat tidak, akan membuatkan saya tersentuh hati dan berfikir.. Manusia, setiap satu darinya setiap hari menuju jalan kepada Tuhannya.. cuma yang membezakan, adalah sama ada jalan tersebut a genuine path, that will lead u to ur Lord's jannah, ataupun jalan itu membawa ke destinasi yang bakal disesali. Dan alangkah beruntungnya setiap yang bersyukur kepada Tuhannya, untuk setiap dugaan dan kesenangan yang menimpa, tetap berdoa untuk hati yang diberi petunjuk yang lurus...
Hakikatnya, saya juga menyedari semakin hari yang berlalu, saya sudah makin sebati dengan tempat baru ini. Tiap hari yang dilalui pada jalan yang sama, saya temui bahagian hati saya yang sudah menerima tempat ini sebahagian dari hidup saya, sebagaimana dulu saya telah menerima KL dan PJ sebagai episod kehidupan yang tidak dapat dipisahkan...Makanya dengan ini saya mengumumkan telah tamatnya tempoh transitional phase saya di sini. Heh~ Peringkat peralihan dan penyesuaian diri itu telah tamat..Tiada lagi rasa berbolak-balik sentiasa mencari alasan untuk tidak mengoptimumkan potensi diri saya yang sebenarnya di sini. Saya mahu mula mengorak langkah dengan laju, mula menetapkan impian dan matlamat untuk gerak kerja dakwah di sini, mula memaksimumkan gerak kerja dengan hati yang teguh. Mahu terus thabat di jalan mulia ini.. mohon diperkenankan duhai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Mengetahui keadaan sebenar saya di sini..
Doakan saya duhai sahabat..
dan sebenarnya, doa kalian lah yang menjadi peneman setia saya di sini..
may He bless..