Monday, August 2, 2010

~pengembaraan baru..~

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, segala puji buatNya yang masih memanjangkan nyawa, mengizinkan kitaran hidup belum lagi terputus. Terima kasih duhai Tuhan yang Maha Pengasih, untuk kesempatan waktu yang masih disisakan untukku, buat ku menyedari makin dekatnya waktu pertemuanku dengan Mu..moga ketemu pengakhiran yang indah di sana nanti Ya Allah..

Huhu.. saya dah jejak suku abad, dan seperti biasa, tanpa apa-apa perasaan terhadap angka tersebut.. Cuma rasa syukur dan takut je yang bertanda di hati. Syukur sebab masih berpeluang hidup dalam nikmat Islam dan Iman, dan dalam keadaan yang makin membaik di sini.. Takut sebab menyedari umur dah jejak suku abad, tapi amal masih belum seiring dengan usia. Tahap kematangan pun macam tak seia sekata jugak, tahap rebellious dalam hati pun masih bersisa..aiyaakk.. takpe2, usaha untuk membaik itu perlu, along the way, pengajaran dalam kehidupan itulah yang lebih perlu dihargai..

Oh btw, nak cite yang saya sebenarnya dah menamatkan episode attachment untuk primary care di klinik di Jitra. Primary care tu macam basic dental treatment, contoh: cabutan, tampalan, gigi palsu, rawatan untuk budak-budak sekolah [yang kurang digemari] dan ibu mengandung [best! Bole timbang berat badan every week! Haha..] kiranya rawatan yang jadi bread and butter untuk dentistry la.. Bermulanya Ogos, sudah mula drive jauh-jauh everyday dalam keadaan mengantuk pagi-pagi buta ke Alor Setar untuk episode attachment dengan pakar pula..cuak, new experience, dan mengujakan..

First attachment adalah dengan Pakar Restoratif yang sangatlah baik hati.. best jugakla pengalaman sehari @ setahun jagung baru ni..sebab saya dah mula kena paksa otak saya yang simpan ilmu banyak-banyak belajar bertahun-tahun tu, untuk mula menggunakan ilmu tersebut. Oh, rawatan restorative ni macam tampalan yang kompleks2 sikit, contoh: crown n bridge, tampalan akar untuk gigi molar @ geraham, implant and so on.. dan alatan dia kat klinik tu, perggh..memang sangat mengujakan!! Gabungan teknologi dan ilmu pergigian ni sangatlah best ! canggih dan memudahkan kerja sebenarnye.. so, saya kene keluar dari mode pasrah menerima segala ketentuan apa sahaja alatan yang ada seperti masa di Klinik Jitra, ke mode penggunaan teknologi yang hebat dan terbaik untuk menyenangkan hati dentist yang buat kerja..oh, dan hati patient juge..hehe.. plus, color coding alatan dia are very bright! Saya dah macam budak tadika excited jumpe crayon pelbagai warna je rasannya…[ saya memang mudah tertarik dengan warna terang-terang yang digunakan dalam alatan kehidupan seharian ye..macam budak kecik setahun setengah!heh~]

Tapi somehow, tetap juge ade rasa rindu yang bertamu untuk merawat patient yang ramai-ramai beratur tunggu giliran kat luar bilik rawatan, dan buat bende-bende rawatan yang simple, and less risky dan tanggungjawab.. [patient kat pakar ni less than 10 je sehari..huhu..takleh dah jumpa ramai orang..] senang kata, rawatan yang mudah, yang dah takyah fikir panjang-panjang, buat je sebab dah tau kan..hehe..berbanding kena perah otak untuk provide the best treatment untuk memenuhi expectation patient yang tinggi melangit. Huh. Manusia, sape taknak hidup senang kan? Tapi tula, cabaran yang mengujakan untuk kehidupan saya 9 bulan seterusnya lagi tu insyaAllah lagi exciting dan mengajar banyak perkara kot. So, apa2pun, kene get ready dan tukar mind setting kepada pengembaraan yang lebih mencabar!! Yeah, go girl! You can do it!!

ok, dah..sampai sini je, nanti2 update lagi..esok korje..heh~

dan untuk mereka yang masih lagi berjuang dalam kehidupan di luar sana, moga setiap langkah kaki kita adalah ke arah yang lagi baik, dari sehari ke sehari yang lain, sehinggalah sampai ke detik waktu kita kembali kepadaNya..berhiduplah dengan optimis dan sangka baik kepada Tuhanmu, ye!!!

may He bless..


2 comments:

Fakeh said...

Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

FAKEH KHALIFAH SAKA

Anesa said...

chayok2 mash