Saturday, December 17, 2011

diri ini dan itu,,

Bismillahirrahmanirrahim..

tiap kali hati goyah, berdolak-dalik sentiasa beralasan untuk tidak memberi yang terbaik, tiap kali itulah cuba merenung kembali ayat-ayat cinta dariNya..

especially yang ini: [57:16]

" Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk TUNDUK HATI MEREKA mengingat Allah dan kepada KEBENARAN yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang sebelumnya telah diturunkan al-Kitab kepadanya, kemudian BERLALULAH MASA YANG PANJANG atas mereka, lalu HATI MEREKA MENJADI KERAS. Dan kebanyakan di antara mereka adalah ORANG-ORANG YANG FASIK." 

dan ini : [37:60-61]

" Sesungguhnya ini benar-benar KEMENANGAN yang besar. Untuk kemenangan serupa ini hendaklah berUSAHA orang-orang yang BEKERJA."

orang-orang yang nak menang as in kemenangan yang besar gila macam redha Allah, syurga paling tinggi, boleh bersama baginda ar-Rasul dan sahabat, siddiqin dan syuhada tu, kenalah BERUSAHA dan BEKERJA.  sedaya upaya kot. bukan hanya tepian, bukan hanya mainan, dan bukan hanya sekadar mengisi masa lapang. 

dan jangan pula orang-orang bekerja yang berazam untuk berusaha sedaya upaya ni terperangkap dalam lalai dan lekanya dengan waktu yang berlalu sampaikan setelah sekian lama, maka Allah memberi putusan bahawa hati yang keras itu sudah tidak layak lagi untuk bekerja untukNYA..hukhuk, sangat menakutkan OK!!

sungguh, kewajipan kita melebihi masa yang kita ada, dan yang membezakan antara tingkat-tingkat syurga yang insyaAllah impian kita semua dan bakal tempat tinggal abadi kita itu,  hanyalah pada USAHA kita di dunia ini.. mahu syurga paling tinggi, silakan! siapkan hati yang besar untuk menampung perit dan siksanya jalan lurus ini, dan jiwa yang sentiasa rindu akan tempat kembali itu...dan jikalau hanya mahu hasil akhir yang sedang-sedang sahaja (dan entah dapat entah tidak), silalah berleka-lekaan dari sekarang, dan don't give all out pun, sebab hati tak berapa yakin, kan?? huh...

ok, sedang motivasikan diri sendiri sebenarnya. bukan mengata sapa-sapa pun.  kadang-kadang berlaku kejam dan terlebih jujur dengan diri sendiri ( yang merupakan musuh paling abadi kot-diri ini) amatlah perlu, demi sebuah kesinambungan sebuah hidayah untuk hati yang kelam. 

Tuhan, izinkan aku ringankan langkah, berlari makin laju menuju kepadaMu, dan biarkan bebanan jahiliyah itu makin susut dan berjatuhan di sepanjang perjalanan ini.. aku mahu kembali dalam keadaan yang putih suci..


mash-
jitra..
~ menaip sambil-sambil makan aiskrim..huhu..syok deh~

Tuesday, October 25, 2011

i'm back (II)

pesanan penaja: ok..entry ni tulis da lama, berbulan sudah sejak tamat attachment..berkisar pengalaman akhir tahun lepas hingga pertengahan tahun ini..huhu..time tu pun arwah abah masih ada.. heh~ la ni baru nak post... bosan xdak keja kot ni..hihi


Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji buatNya yang menentukan takdir terindah buat setiap hambaNya..

Kalau dikira-kira, entry kali ini masih lagi berkisar tentang kehidupan saya yang seolah-olah terpadam dari memori kehidupan semenjak beberapa bulan yang lepas. Bersambung dari episod banjir yang penuh hikmah tersembunyi, kepada berakhirnya musim attachment saya di jabatan dental paediatric menyaksikan minggu terakhir saya di situ saya diberi cuti sakit selama 4 hari akibat demam panas yang kuat. Sakit yang mungkin juga berpunca dari diri sendiri yang gatal-gatal terlintas di hati, tentang badan yang sehat walafiat tak demam dan sakit kuat lagi untuk tahun 2010 tu. Terus Allah bagi direct pembalasan- saya demam dengan teruknya, langsung tak bermaya selama seminggu. Hari pertama gagah lagi pegi kerja, hari kedua hidung berair dapat MC, hari ketiga datang kerja, tapi keadaan bertukar menjadi lebih buruk, suhu badan mendadak naik tinggi, kepala pun blur semacam, mata rasa macam nak tersembul keluar akibat bahang kepanasan dalam badan, dan kerana saya bekerja di hospital, dan-dan je kene tahan bagi masuk air dalam badan untuk elakkan dehydration melampau dan buat test darah segala untuk eliminate demam denggi..ngaaa~ be careful with what you wish for..padan muka sendiri kan..dan even tho bercuti sakit di rumah, untuk hari berikutnya pun still kene datang hospital cek suhu dan buat test darah lagi...huhu.. Merasa la, sebelum ni sesuka hati je cucuk orang amek darah dan pasang drip, tiba giliran sendiri baru rasa nak menjerit sakit sebab nurse tu pasang terkena saraf di bahagian pergelangan tangan...auch!! [ 3 bulan jugakla kebas kat area situ akibat saraf tu tercedera.huh] Dan lagi dramatiknya, dek kerana mode orang sakit yang tak mahu diganggu dan asyik tidur je merehatkan badan sepanjang hari, segala panggilan masuk langsung tak dilayan menyebabkan ummi abah tak dapat hidup tenteram bimbangkan anaknya yang degil dan jauh dari pandangan mata ni, end up depa pula yang bersusah payah datang menziarah dari puncak Terengganu sana nuh... Ngaaaaa kali kedua.. Oh my! Memang horror la kehidupan pada waktu itu..huhu..kesimpulannya, walaupun kepala rasa nak pecah dan nak hentak je kat dinding, sile jawab call ummi abah dengan berhemah, dan jangan bagitau perkara sebenar.. Kirenye kene berlakon la sikit, xle jujur sangat untuk elakkan mereka tidak tidur malam pula bimbangkan anda..huhu..

Dengan itu berakhirla kehidupan di bahagian pergigian kanak-kanak, dan menandakan bermulanya kehidupan baru penuh pancaroba di bahagian bedah muka a.k.a oral maksilofasial [OMF]. Huhu. Attachment yang paling lama..4 bulan..huh..Kalau ikutkan bidang kerja dalam OMF ini adalah banyak berkaitan dengan surgery a.k.a pembedahan, penyakit-penyakit mulut dan muka seperti kanser dan sebagainya, dan juga kes-kes trauma di bahagian muka. So, kat sini la datangnya fungsi dentist bilamana mereka hendaklah dipanggil ketika waktu oncall tengah-tengah malam buta semata-mata untuk menjahit mulut, hidung atau mana-mana bahagian muka yang koyak rabak disebabkan oleh kemalangan, jatuh ke, kena tumbuk ke..apa-apala, janji cedera di muka.. Oh, ataupun pasang wayar besi pada rahang atas atau bawah yang mengalami kepatahan. Ouch!! Sangat mengerikan sebenarnya.. dan setiap kali saya menerangkan perkara yang sama ini kepada semua yang bertanya salan-soalan ini:“ Doktor gigi oncall jugak ke? Buat ape? Ade jugak eh orang sakit gigi malam-malam?”, maka muka mereka dengan automatiknya akan berubah riak menjadi seperti gerun yang amat.. erkkk.. mungkin horror jugak la kot sebenarnya kalau nak membayangkan luka-luka sagat hilang kulit isi daging dan sebagainya dan terbelah sana sini tu terjadi kat bahagian muka kesayangan kalian,err, atau pun dalam mulut kalian, tapi dek kerana sememangnya telah di ‘train’ dengan gagah perkasa oleh senior-senior berpengalaman, makanya saya pun sememangnya agak berhati kering bilamana berhadapan dengan kecederaan-kecederaan di muka walau seteruk mana pun..huhu..syukur jugaklah kerana memiliki hati waja sebegini, kalau tak ade je yang termuntah dahulu sebelum bole buat kerja, ye tak? *wink2*

Dikongsikan beberapa kerat gambar yang ada..

ooopppsieeee...apakah ini??


~ooo..dalam bilik bedah rupanya~

~ alatan yang digunakan untuk membetulkan kembali kepatahan pada tulang muka~

~plate untuk cantumkan kembali bahagian yang patah~

~ pandangan ruang kerja sebenar ~

~ alat untuk membakar daging jadi hitam a.k.a electrocautery..huhu..dan jus sirap tembikai..opppsss~


Hurm, pengalaman di OMF ni sebenarnya banyak yang berharga dan mengajar saya erti ketabahan yang paling banyak di sini. Tekanan sebagai intern a.k.a junior dentist kat bahagian ini sungguh-sungguh mencabar diri dan mental. Alhamdulillah, Allah kurniakan guardian angels yang ramai di sini, sampaikan ramai je yang tolong bagi tunjuk ajar, dan support secara langsung dan tak langsung..hehe..mungkin kerana dari awal, saya dah terapkan dalam diri bahawa walau apa-apapun, saya di sini mahu belajar, dan belajar dengan banyak sekali.. tambahan pula bidang ini menjadi bidang yang paling saya minati sejak alam belajar lagi [ ohh, rindu kepada Prof Zainal Arif, Prof Shan, Dr Ismadi dan Dr Ha yang sangat lepak dan berhati murni..hehe..dan kacak bergaya..haha], makanya segala mehnah dan dugaan tu saya telan sesungguh hati. Kena marah ke, kena sindir perli dan yang sewaktu dengannya ke, akal saya cekap menangkap erti di sebaliknya bahawa saya masih perlu banyak belajar lagi.. Duduk berkampung kat operation theater setiap hari Selasa sampai lutut pun dah naik longgar sebab kene berdiri lama-lama, kena jahit muka pesakit sorang-sorang tanpa bantuan doctor lain, kene buat decision sorang-sorang kadang-kadang tu, pengalaman di red zone kena treat pesakit kemalangan ngeri dan maut, dalam masa yang sama mendapat cerita bahawa mangsa adalah antara yang terselamat sedangkan ibunya baru sahaja meninggal dunia tadi, pastu pengalaman marah dan nasihatkan pesakit yang hopeless tak mau makan dan tak mau exercise mulut..huhu..macam-macam sebenarnya.. 4 bulan yang sangat cepat berlalunya, dan cramped dengan pelbagai peristiwa dan pengalaman penuh pengajaran..Kesimpulannya, masam-masam manis pun pengalaman di sini, saya sangat-sangat menghargainya. Best!!

Sebulan selepas itu, ke bahagian periodontik pula. Gusi. Dan tulang sokongan di sekeliling gigi. Itulah kot maksud sebenar perkataan tu. Kat sini, sekejap sangat, tambah dengan induksi seminggu, makanya hidup saya di bahagian gusi ni sangatlah lepak. Dan free.. Pakar nya pun tak garang, sangat soft-spoken, baik je memanjang. hehe. Plus oleh kerana klinik nya baru berpindah ke bangunan baru yang awesome, makanya hampir di setiap hari, ada sahaja staf yang tak habis lagi dengan perasaan teruja tu akan belanja makan pagi. Tak kisahlah nasi lemak ke, roti canai dan tosse ke, mee goreng dan kuih muih segala, hampir di setiap hari di sepanjang bulan!! Heaven!! Haha.. kesimpulannya, perjalanan saya dari OMF sebelum tu yang sangat memenatkan di setiap hari, bertukar rupa kepada sangat lepak dan tak busy langsung di setiap hari, makanya, I’d say, Thank you Allah..You knows best!!

Huhu..sungguhlah, pengalaman menghabiskan 9 bulan di Alor Setar dengan pelbagai bidang kepakaran adalah sangat banyaaaaaaakkkkkkk mengajar saya bagaimana mahu bertugas menjalankan amanah sebagai seorang public dental officer ni.. Puas hati la kot, sebab dapat rasa pengalaman dalam banyak bidang kat sini, compared to negeri lain yang kadang-kadang tak cukup pun sangat kepakarannya.. dan sekarang, rindu…addicted sama kot kat life yang hectic tu..hehe..

p/s: ok..stop..sambungan seterusnya nanti-nantilah..banyak sangat yang mahu dikongsi, terperam je belum menjadi tulisan..heh~

Monday, October 3, 2011

a reminder..

Bismillahirrahmanirrahim..

 "Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu. Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan meng'azab sebelum Kami mengutus seorang rasul."
[al- Isra',17: 14-15]

>> too many things happened, trying very hard to swallow everything without even wincing or complaining.. doakan saya kuat, dan sabar dalam membaiki diri sendiri..kerana sungguh mujahadah itu senang diucap namun sukar mahu direalisasikan dengan kesungguhan sebenar..may we stay strong..insyaAllah..

Monday, September 12, 2011

out seeing the field..by Dawud Wharnsby


~ and I'm out here, lost in my own head~

~i only feel close to You when i'm under open sky..~


~only when i smell the earth upon my face, will i ever be freed, to fly from this space...~


very much telling my feeling right now, ey??
Lord, how i love being here,
to cherish every single moment,
to believe in the Dreams... my dreams,
to appreciate nature at its best,
and to be out seeing myself where i never have..

Lord, thank you..

Tuesday, April 12, 2011

ok..i'm back..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah syukur padaNya untuk nafas yang masih berlalu di rengkung..untuk hidup yang masih seadanya begini.. Masih sehat dan kuat untuk membaiki langkah, masih waras dan tegar dalam menongkah arus badai dalam kehidupan.. Tuhan, terima kasih untuk hidup ini..

Serasa lama betul kan tak menulis panjang-panjang mencoret rasa hati, bercerita tentang keluh kisah hidup dan amal, dan tentang ceritera hati yang pelbagai.. Huhu..

Sebetulnya tempoh hibernasi kali ini sememangnya bersebab dan berkait rapat dengan hidup berkerjaya.ok, topik ini sangat membosankan, yela,semua orang busy dengan kerja masing2, tapi ada je masanya untuk perkara2 lain dalam hidup,kan? Kalo ada kemahuan, sememangnya kita akan mencari jalan untuk merealisasikan. Tapi tula, manusia yang lemah hanya akan kerap mencari alasan dan 1001 pertahanan untuk menutup kelemahan dirinya..ngaaa~ sayalah tu..huhu..

Ok, meh dengar cerita dan pengalaman kehidupan saya bermula dari bulan september 2010 tu, bulan yang bermulanya saya dah tak berapa ada kemahuan untuk menulis di blog..hehe.. Bulan september tu bermula lah pengalaman baru attach di salah satu kepakaran lain dalam bidang pergigian, iaitu Ortodontik. Kalo sape2 yang biasa dengar dan pernah go through rawatan dalam kepakaran ni mesti tau kan apa bende alah orto ni sebenarnya.heh~ ortodontik ni kalo nak lagi ringkas pemahaman, adalah bidang yang menawarkan rawatan braces. Gigi besi. Getah pengikat besi yang macam-macam warna macam pelangi tu. Dan macam-macam lagila skop rawatan die. Yang penting, nak betulkan alignment gigi, jadi lurus dan sekata, nampak cantik macam gigi celebriti.. Especially untuk mereka yang ada gigi berlapis-lapis ke, or terkehadapan or terkebelakang ke, mana2 la. Keyword nya adalah 'alignment'. Huhu. Sebenarnya kalau ikutkan bidang nilah antara bidang yang paling saya tak suka masa time belajar dulu. Mungkin sebab ada kaitan dengan fizik kot. Haha. Ada perasaan sedikit anti di situ kepada fizik yang tak bersalah. Yela, nak kena estimate bape banyak force nak apply kat gigi tu supaya dapat bergerak untuk duduk dalam satu alignment, pastu kene pilih jenis-jenis besi dan wire yang bersesuaian dengan kehendak..Heh~ kalo tak faham konsep, maka lost lah anda dalam merangka rawatan terbaik untuk pesakit anda.. Tapi kan, selepas hampir 3 minggu duk di situ, dan belajar banyak perkara, saya bole katakan bahawa saya tamat attachment di situ dengan tiada lagi perasaan anti mahupun tidak suka kepada bidang ortho tersebut. In fact, i found it more interesting than i've ever thought..ngaa~ tula, kan da kata, jangan benci sangat, nanti jatuh cinta..haha

Next. Bulan Oktober 2010, saya memulakan kembara di kepakaran pergigian yang berbentuk hospital-based, iaitu pergigian kanak-kanak dan seterusnya selepas itu kepakaran oral maxillofacial ( bahagian bedah muka) selama 6 bulan ( 2 bulan dental paediatrics, 4 bulan OMF) . Cuak, gementar, menakutkan semua ada duk bermain dalam fikiran.. saya jadi lebih alert, semua kerja nak buat kena tanya senior dan pembantu yang dah lama berpengalaman..huhu.. tapi bidang kanak-kanak ni, best jugak, bole jadi diri sendiri sebab bole main-main dengan budak-budak. Happy dikelilingi budak-budak kecik yang macam-macam ragam dan akalnya.. some more, kat sinilah hati saya banyak tersentuh dan menangis sendiri dalam hati. Kenapa?? Huhu.. sebenarnya bidang pergigian kanak-kanak ni, selain dari menerima pesakit yang sememangnya sukar dikawal dan langsung-langsung tidak mahu duduk di dental chair tu, kami juga menerima peakit kanak-kanak yang istimewa, seperti Down- syndrome, autistic, mental retardity dan sebagainya. I still remember seeing one Treacher-Collins syndrome patient with severe facial deformity that was being fully support by his still young siblings and parents. Anak-anak yang kecil itu langsung tidak kisah tentang rupa adik mereka yang begitu, dan masih sudi bermain dan menjaganya dengan baik seolah-olah si adik yang itulah satu-satunya adik kesayangan mereka. Oh,indahnya takdir Tuhan yang mencipta alam! Alangkah bijaknya ibubapa mereka dalam mendidik anak-anak supaya redha dan menerima ketentuan takdir Ilahi terhadap anak bongsu mereka..

Dan ada lagi satu kisah, ketika itu saya ditugaskan mengambil full history of patient yang baru je didaftarkan di department ini, dan patient tu direfer kepada kami kerana mempunyai masalah pergigian di samping masalah pertumbuhan mental yang agak lembap.. budak lelaki sekecil 8 tahun yang hanya ditemani datuk dan ayahnya itu, masih tidak mampu bercakap dengan sempurna, dan hanya banyak tersenyum ketika saya bertanyakan soalan kepadanya. Tidak langsung meragam tapi banyak melihat kepada datuknya seolah-olah mengharapkan datuknya yang menjawab soalan tersebut bagi pihaknya..dan soalan-soalan saya menemukan jawapan yang sangat menghibakan hati, anak itu masih lagi belum mampu makan menggunakan tangan dengan sempurna, kerana keupayaan jari jemarinya yang kecil itu terbatas berkait rapat dengan ketidaksempurnaan pertumbuhan mentalnya. Ketika makan lebih banyak nasi yang terkeluar berbanding yang masuk ke dalam mulutnya, namun dia langsung tidak kisah dan malu dengan pandangan kawan-kawan di sekelilingnya terutama ketika di kantin persekolahan..ayah dan datuknya pula, walaupun kedudukan kewangan mereka tidak kukuh, dan tidak punya kenderaan yang sempurna, namun masih sanggup meredah perjalanan jauh datang banyak kali ke hospital semata-mata mahukan rawatan yang sempurna buat anak kecil itu.. dan bila dilihat dari mata mereka, walau sebegitu nasib kehidupan yang ditempuh, namun mereka kelihatan sangat bahagia, sangat gembira, dan sangatlah redha dengan apa jua ketentuan Tuhan, tidak langsung berkeluh kesah dan merungut.. redha dalam erti kata sebenarnya..huhu..

Dan kerana itulah hati saya banyak tersentuh, dan saya menyedari bahawa walaupun kita manusia ini memandang suatu takdir itu dengan pandangan yang kelam, namun hakikatnya dunia ini masih indah, masih ada manusia yang walau sebegitu teruk pun nasibnya, namun tetap redha dan positif dalam menghadapi kelangsungan kehidupan.. sungguh, saya banyak belajar tentang erti kehidupan semasa attachment saya berlangsung selama 2 bulan di sini.. berjumpa dengan pelbagai jenis lapisan masyarakat, dan warna-warni kehidupan itu bertambah tanpa saya sedari..

Seterusnya awal bulan November, banjir pula yang melanda Kedah dan Perlis. Banjir yang lebih teruk berbanding banjir besar 5 tahun yang lepas. Sebuah pengalaman baru yang sememangnya tidak dapat dilupakan. Excited sebab tak pernah rasa pengalaman sebegini? Of courselah!! Bimbang tentang rumah yang tidak ketahuan nasibnya? Sedikit sahaja, sebab lebih banyak rasa excited!! Haha... Macam budak kecik yang baru dapat permainan baru!! Hihi..Hampir seminggu jugakla tak pergi kerja disebabkan terputus jalan perhubungan. Dan afterwards tu yang sebenarnya agak meruntun hati.. Alhamdulillah, rumah saya tidaklah berada dalam kategori yang terjejas teruk, tambah lagi duk sorang-sorang, barang pun takdelah banyak sangat, dan operasi pembersihan banyak dibantu oleh jiran tetangga juga..cik kiddy pun selamat lagi, takde kecederaan yang berkaitan. Alhamdulillah. Cuma, apabila dilihat kepada keadaan sebenar mereka yang terjejas teruk dalam krisis banjir ni, pembuangan barang-barang- perabot, sofa, buku-buku, katil tilam dan sebagainya di luar kediaman mereka, warna rumah yang telah bertukar rupa, dan keadaan masing-masing yang tertekan dan kesedihan, jiwa saya berkata sendirian, banyaknyalah yang Allah mahu tunjukkan dalam musibah yang melanda kali ini..


Ok2, cukup..heh~
sambung entry seterusnya la pulak ye..banyak sangat dah ni..huhu..

Thursday, April 7, 2011

without words..

Bismillahirrahmanirrahim..

ni namanya entry malas nak taip perkataan banyak-banyak.. story nye later la ek..hihi..


 cool tak? kagum seyh..cik mashirah pelahap dengan kek ni sampai 2 1/2 pieces..ngaa~

 jamuan..makan-makan.. abaikan mereka yang over excited dengan kek tersebut..heh~

 khusyuk..

 kak mazwin yang coolio dan hebat!!

sambil-sambil tadah telinga nganga mulut dan makan..

adik-adik KUIN..segala puji buatNya yang menghadirkan mereka..


* skill menulis dah berkarat mereput..nak tulis entry terbaru pun 2-3 minggu belum tentu siap..heh~  tapi insyaAllah hectic life yang menggila tu dah berlalu, makanya saya dah ada banyak lebihan masa yang boleh digunakan untuk menyebarluaskan kebaikan..yeay!! InsyaAllah..v(".")v

Saturday, February 19, 2011

Trials of life by Sami Yusuf

TRIALS OF LIFE

My life is not the same
When I'm too concerned by what they say
Why should I? When I have you
To doubt you would be the worst mistake

Deep inside I know
That amidst all the darkness
And everything, which makes no sense
I know that you exist
You are the light
That guides me through my darkest nights
That shows me right from wrong in life
In a world that often lies

Cause I don't need anyone
Nor anything in life
But You
No I don't need anyone
To show me my way
No I don't need anyone
But You

Trials of life upon me
Are more precious than diamonds and gold
Tested with fire I may be
But I know I'll come out stronger in this world

Deep inside I know
That amidst all the darkness
And everything, which makes no sense
I know that you exist
You are the light
That guides me through my darkest nights
That shows me right from wrong in life
In a world that often lies

Cause I don't need anyone
Nor anything in life
But You
No I don't need anyone
To show me my way
No I don't need anyone
But You

I only want the things
You know is best for me
I'd gladly sacrifice
If that's what you decree
I would break and
Mourn in eternity
Perish into the sea
If that's what you want for me

Words: Sami Yusuf
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf


* waaa....sami yusuf punya suara saaaangggggaaaaaaaaattttttt cool okeh.. subhanallah..sangat kagum. kan best kan ade bakat yang boleh guna untuk tujuan menarik manusia ke arah kebaikan macam ni..huhu..[ ni yang rasa cita2 terpendam mahu jadi penulis lirik dan produser muzik makin hangat membara ni...oh.mungkin suatu hari nanti..huhu]
** sape2 ade rakan2 duk oversea yg bole belikan saya album ni?? bole tolong kirimkan..? huhu* mata bersinar2* album ni album tahun 2010- wherever you are.

*** cik sarah, satu post sebulan orait la kan??? hihi..mode ketaktahuan dan ketaktentuan melanda..ngaaaa~

Sunday, January 2, 2011

as it seems to be..

Bismillahirrahmanirrahim..

Missing everybody else very much..

I’m doing fine, through the ups and down, wounded and warded in the darkness of my own rehabilitation place, and now happily back to the routine, live the life as it seems to be.

Really hope that I can update more later. Many things stuck inside the head and heart, wish i can write it up pieces by pieces, so that my input output chart will be a positive one...inshaAllah...

Just a piece of reminder from al-Maududi:

“ bahawa anugerah Allah yang terbesar, yakni sebutan sebagai seorang Muslim, yang anda nikmati itu, bukanlah suatu harta kepunyaan bangsa atau kesukuan yang langsung anda warisi dari orang tua anda dan terus melekat pada diri anda selama hidup, baik anda sedari atau tidak, tetapi ia adalah suatu harta yang harus anda peroleh dengan usaha. Kalau anda melakukan usaha untuk memperolehnya, maka anda akan memperolehnya; sebaliknya bila anda tidak memperdulikannya, walaupun anda sudah memperolehnya, maka ia akan dicabut dari anda. Na’udzubillah min zalik.”