Sunday, April 5, 2009

minggu ini..


minggu penentu..

setiap sesuatu yang bermula akan ada akhirnya..

harapnya pengakhiran yang ditakdirkan adalah seperti yang diharapkan.. namun andai sebaliknya, berlapang dada lah wahai sang hati..pasti hikmah yang tersembunyi itu melebihi jangkauan pemikiran sempit seorang manusia..dan kerana bukanlah kita sebenarnya yang layak untuk sebuah kemenangan, hanyalah belas kasih dari Tuhan yang Maha Penyayang..

doakan saya sahabat sekalian, supaya tetap teguh menghadapi gelombang perjuangan.. turun naik iman yang melanda menyesakkan jiwa tatkala hati benar-benar amat memerlukan ketetapan kekuatan dalaman..moga saya kekal bersemangat mencari makna sebuah kehidupan..

dan sekarang ni amatlah merindui suasana homey di terengganu, dengan kerenah kekucingku yang kiut miut, amat si adik bongsu yang nakal dan kelakar [tapi manja..haha], kuih pelita di pasar sabtu di pekan Manir, tat telur dan nasi himpit kuah kacang+daging hasil air tangan ummi terchenta, roti tempayan kegemaran datuk, laksa terengganu yang nenek masak khas untuk cucu dia yang dah lama tak balik dan suka makan [apsal banyak pasal makanan je yang saya ingat tentang Terengganu ni??~ haha~] dan of course, laut dan langit yang membiru.. apresiasi sebuah ketenangan si pengembara jalanan.. huhu.. bukannya tak bertanya kaum kerabat di Terengganu bila la si Ateh ni nak balik [ ceh, macam ramai je yang bertanya..eheh..perasan!], tapi dek kerana saya dah buat pact dengan myself, hanya akan balik bila bulan May menjelma, makanya, terpaksalah memendam kerinduan ini..padan muka..bak kata cik Zirah, " k'mash ego!"..hoho..yela tu kot.. T_T

apa2pun, kuatkan hati..minggu ni minggu penentu..penamat segala kegelisahan dan kemerengan otak saya..harapnya lah..

hold the line mash!!besemangat!!


No comments: