Friday, April 9, 2010

life..is..


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, untuk usia yang masih diteruskan, dan kehidupan yang semakin hari makin menarik rentaknya.. Cabaran dan dugaan, jikalau hadirnya kita anggap sebagai penyumbang utama kepada stress dan masalah mental, makanya hidup akan menjadi semakin suram dan tidak bererti.. namun jika dianggap sebagai penyeri hidup dan punca utama untuk kita ditransform menjadi manusia yang lebih baik, sudah tentu kita makin bersemangat untuk hidup, bukan??? (^_^)v

Keadaan makin membaik di sini. Saya dah makin boleh menyesuaikan diri dengan keadaan baru, tempat baru, dan kehidupan baru. Sungguh, sangatla bersyukur kerana ditempatkan di sini. Walaupun kiranya Jitra ni hanya boleh dianggap sebagai pekan kecil, namun pekan kecil ini cukup segala-galanya dan telah membangun dengan pesat. Carilah apa sahaja di sini, pasti akan berjumpa. Bank banyak, kedai-kedai untuk beli barang keperluan pun banyak, [boleh kata dah round sume dah, siap bole banding harga lagi..haha], Jitra Mall pun depan klinik je, hari Ahad yang rehat panjang tu surenya assistant saya mengheret saya ke sana untuk window shopping..heh~ Bak kata orang sini, tak gaduhla nak pergi ke Alor Star tu walau jaraknya tak sampai pun 20 minit. Perfect, untuk saya yang makin hari makin tidak sukakan kehidupan sibuk dan berserabut. Tenang-tenang sahaja ya.

Rumah sewa. Alhamdulillah dari awalnya telah Allah permudahkan proses mencari dan menyewa rumah di sini. Saya menyewa rumah taman yang dulunya pernah diduduki oleh doktor gigi yang juga bertugas di sini namun kini telah ditransfer ke daerah yang lebih pedalaman..[ nasib saya nanti akan begitu jugakah??]..just nice. Kurang dari 5 minit je jarak perjalanan ke klinik, double bonus dengan jiran sebelah menyebelah yang tersangatlah baik:- tolong angkat kain di ampaian jika hari hujan, tolong antar ke bus station di Tanah Merah [ one of the place in Jitra, bukan yang kat Kelantan tu ye!] bila saya mau pulang ke Terengganu dan sangatlah mengambil berat. Dan ditambah kini saya dah punya teman di dalam rumah yakni cik-cik kucing comel bergaya tu, hidup saya dah sangatla makin membaik..heh~

Kerja. Erm, makin lama makin banyak yang saya pelajari, dan dengan workload yang agakla banyak, skill saya juga makin membaik.. especially untuk certain aspect yang waktu belajar dulu saya rasa sangatlah merapik je, sekarang alhamdulillah dah bertambah baik. Saya dah tak menjerit menelefon bekas partner mengadu tentang skill saya yang entah apa-apa dan mendengar dia mengutuk sambil menasihati saya. Heh~ Experience, itulah yang membezakan antara orang baru dan orang lama. Huhu. Kelengkapan kat sini sangatlah kurang berbanding dengan apa yang saya biasa sewaktu ditrain dahulu, dan saya dibenarkan untuk membuat hampir semua jenis rawatan walaupun hakikat sebenarnya saya hanyalah FYDO yang baru sahaja memulakan alam kerjanya dalam masa lebih kurang 3 minggu. I’m learning fast here. Makin membaik juga..alhamdulillah..

Saya rasa saya telah mendapat apa yang saya niatkan sewaktu saya serabut dahulu mahu menentukan tempat posting. Pemantapan diri. Tak kisahla dari aspek apa pun, saya hanya mahu berusaha menjadi a better me. Dan benarlah kata Kak Nahdia, Allah akan menentukan mengikut niat kita. Susah dan pahit peritnya hidup berseorangan di sini, saya lagi ngeri kalau-kalau saya bekerja berdekatan dengan rumah dan family. Balik-balik je kerja, segalanya telah tersedia, dan comfort zone tu makin membesar dan menjauhkan saya dari diri saya yang sebenarnya. Seram.

Doakan saya untuk terus tabah dan makin bertambah baik di sini. Saya bakal meletakkan satu lagi marking stone baru dalam perjalanan mimpi-mimpi yang bakal direalisasi. Hanya mahu terus berusaha. Dan bertawakkal.

** laptop saya masih belum mau menerima dan menggunapakai broadband, dan masih belum dihantar ke kedai untuk dibaiki..uhuk..sedihnya!!! life without internet, hmm, mungkin Allah mau saya tidak leka lagi..takpela, sabar itu yang lebih utama~ (^_-)v…


6 comments:

Izyan Zainuddin said...

alhamdulillah.. bagusnya dgr sume makin membaik :)
kt kat sini hmm ntah la kak
mcm2 dugaan dtg lately, lum naik 3rd yr lg tu
mohon doanya ye kak
n do keep us updated, suka bc kisah kehidupan akak, hehe *hugs*

SaMihaH said...

so happy to hear that u r doing fine... ^__^

hopefully penerusan tarbiyah di sana akan mula bercambah yea..

jauh mana pun kita, ikatan hati tidak pernah rasa jauh, doa robitah sentiasa mengiringi i'Allah...

jaga diri, jaga Iman, ALlah will always be there 4 u!

Bintu Aizuddin said...

yeah, think about life differently & positively,
that an attitude for a good muslim.
yakin dgn Allah


smg akk terus merancakkan rentak kehidupan&dakwah n tarbiyah di sana..
dah lama x kol akk,
xpela, nnt kt kol lame2 ye.
huhu..

we're missing u here..
hehe~
kak, akhirnya sy pun melangkahkan kaki ke final year&nearly finish my degree. doakan ye~

ok, thats all from me for the time being

Anesa Mohd Yusof said...

ehe bgusla mcm sonok plak kt jitra ngee~ option keje slain trg n kelate hehe

SI PENGEMBARA JALANAN said...

salamun'alaik..
yan:dun worry. dugaan yg dtg tu akan memastikan kejayaan yg bakal dikecapi akan lebih lagi terasa manisnya..dek kerana penggantungan kita kepadaNya.. chaiyo! jgn lekas lemah semangat..

miha: jzkk for the du'a.. missing u lottss..

asiyah: xpe, setelkan everything dulu..nnt2 kita borak panjang2 eh.. missing u too..terus melangkah meneruskna hidup dgn plan yg mantap, k!!

nisa: jitra best!haha..jom join duk cni..bole jd housemate berjasa..haha.. eh, kalo dh free nnt, kot2la nk dtg bercuti, silelah..k..all da best utk exam ni..

Yunalia said...

Assalamualaikum Kak Mesh, i love to read ur articles, especially regarding ur journey as a FYDO. plz write more sis...

all the best to u...