bismillahirrahmanirrahim..
untuk nikmat masih boleh berfikir dengan waras ini, terima kasih duhai Tuhan..moga rahmatMu sentiasa luas untuk hamba-hambaMu yang bermujahadah dalam perjuangan kehidupannya..
entri ini agak panjang..sila bersabar dalam mencuba sedaya upaya anda untuk menghabis bacakan ia, ya...heh~
ok, hari ini mahu bercerita tentang peringatan untuk membaiki hati yang cedera akibat amarah dan sifat-sifat buruk yang sewaktu dengannya..saya kurang ketenangan jiwa pada hari yang sepatutnya indah ini dek kerana terserempak dengan peristiwa yang mencabar akal waras dan iman di hati untuk kekal bersabar dan berusaha mencari jalan penyelesaian yang lebih baik...ohoho..jangan bimbang, saya takdelah sampai mengamuk merampus tak tentu pasal even hati membengkak macam ape je sebab rasa tak puas hati. cuma adalah saya jadi over senyap tak becok dan ramah bersuara dengan patient yang seterus-terusnya sebab dah hilang mood...ok, itulah perempuan, emo je lebih..nak buat macam mane, manusia cool macam saya pun adakalanya bole jadi hot-tempered jugak ye...[perasan cool tak bole blah!! nila perangai pelik seorang cik mash..heh~]... ok2, meh saya terangkan serba sedikit tentang perkara yang menyebabkan hati yang cool tu jadi mereng sekejap tadi.. begini, sepanjang 5 tahun saya dididik dan diajar untuk menjadi manusia yang berkhidmat menabur bakti kepada manusia yang lain, always and always will be, perkara utama yang dipegang adalah pesakit lah yang menjadi keutamaan. Merekalah yang berhak menerima layanan sebaik mungkin dari saya, dan saya tidak boleh melebihkan kepentingan diri saya berbanding mereka. Dan tadi, apabila prinsip yang utuh saya pegang selama ini dicabar dek hanya kerana mahu mengejar laporan prestasi tahunan yang terbaik, dan menyiapkan rekod rawatan tahunan yang juga terbaik bagi sekolah tersebut, maka kepala saya sudah mula mengeluarkan asap-asap putih [macam yang biasa kita tengok dalam cite kartun anime tu] dan saya mula berusaha meningkatkan daya ketahanan diri dari meletup…
Ok, mencabar prinsip saya mungkin masih boleh dimaafkan, tapi apabila ‘anda’ cuba mengajar saya supaya menjadi tidak amanah itu sangatlah saya sentap OK!
Menipu dalam rekod dan menyebabkan pesakit itu tak akan dipanggil dah untuk mendapatkan rawatan itu sangatlah sadis dan zalim ye, kanak-kanak sekalian. Dahlah berkenaan budak kecik, bukannya orang dewasa. Tau sangatlah budak, kalo tak dibuat rawatan kat sekolah, memang takde maknanya nak pergi sendiri ke klinik semata-mata nak buat check-up dan tampal gigi [aci nak lari menyorok dalam toilet je kalo ternampak nurse pakai baju putih pegi bukak bilik rawatan pergigian kat sekolah, kan ?? ]. Pastu bole pulak taknak buat catatan sebenarnya tentang keadaan gigi budak tu sebab takut nanti kene banyak buat treatment pastu takut tak sempat nak kejar nak buat, then rekod jadi buruk.. APEKAH?? Nasib baiklah yang mau mengajar saya tu seorang yang bole dipanggil kakak kerana ketuaannya dalam usia, jadi saya masih perlu berhemah dalam membuat tindak balas sepatutnya. [ ke takde langsung reaksi tadi, just terus senyap je??huh..]
Ok, sile bertenang dan tarik nafas panjang-panjang ye… huhu…begini, apabila dah boleh berfikir dengan waras saat ini, saya tau, sekarang ni, saya sedang berhadapan dengan kelemahan saya yang seterusnya yang Allah inginkan agar saya baiki dan atasi dengan sebaik mungkin, iaitu dakwah secara berhikmah kepada mereka yang lebih tua. Saya sememangnya seorang yang pasif apabila berhadapan dengan manusia yang lagi tua dan lagi bersifat dominan. Dahlah sukar untuk mengatakan tidak, pastu mulalah diri sendiri jugak yang merana. Dah banyak dah example sebelum ni yang saya duk ignore je, tapi saya rasa kali ni saya memang tak mampu nak melarikan diri dari berhadapan dengan kelemahan yang satu ini, sebabnya, saya sememangnya telah ditugaskan bersama dengan si dia itu bermula 2 minggu yang lepas hingga ke bulan-bulan seterusnya yang tak dapat dipastikan bila tamat tempohnya.. kalo staff lain ramai dah yang surrender awal-awal dari bertugas bersamanya, makanya saya yang memahami erti tanggungjawab seorang saudara kepada saudaranya yang lain ini, takkanlah mahu melarikan diri juga??? Tapi, buntu dah ni..[cet, belum cuba apa-apa cara pun, dah mengaku buntu..ape daa..].. Bagaimana dan apakah teknik terbaik untuk menegur secara berhikmah staf bawahan anda yang lagi tua [dan menganggap anda muda dan tiada pengalaman], yang mempunyai perilaku yang tidak sepatutnya ada pada diri seorang muslim dan telah selalu menyebabkan ruang kerja anda di klinik menjadi huru-hara kerana ketidakpuasan hati orang lain terhadapnya akibat perangainya itu? Bole berkongsi idea, wahai sahabat yang budiman?? saya perlukan cadangan anda!! heh~
Dan tadi juga, seusai solat maghrib dan muhasabah hati pun bermula, ada satu bisikan halus di hati yang membuatkan saya bagaikan ditampar diri sendiri.. Hati saya dikuasai marah siang tadi? Ya. Hati saya sakit akibat perasaan tidak puas hati itu? Ya. Hati saya mula tidak menghargai kebaikan ‘dia’ yang lain dan mula beranggapan yang buruk-buruk? Ya juga. Saya mengadu meluahkan perasaan di hati dan bertanya kepada staf yang lain mengenai ‘dia’? pun Ya.. begitu banyaknya perkara negatif yang boleh lahir akibat perasaan marah dan sakit hati ni,kan ? Dan bisikan halus itu berkata kepada saya: “ sifat yang begini bukannya sifat ahli syurga. Bagaimana mungkin kamu mengimpikan syurga namun hati ini masih dipenuhi dengan sifat yang tidak elok sebegini? Kena berusaha dulu baru berserah kepadaNya tentang urusan rumit ini, tiada usaha, tiadalah harga yang Allah akan membayarnya kepada kamu untuk dibalas dengan syurga impian itu…”
Dan saya…
hanya mahu beristighfar dan menyusun kembali gerak langkah plan “mengislahkan-manusia-di keliling-anda” itu…
may He bless...
2 comments:
Sarah Basri like this ^_^.
--> kak Mash yg cool.. inilah yg saya selalu bangga dengan kamu. cepat insaf dan sedar.Alhamdulillah..
--> saya rasa ada masalah seperti kamu juga. tidak melenting bila marah tapi meletup dalam hati.huh!sungguh xbagus, padanlah sakit hati..
--> saya ada tengok satu citer org putih ni.. key word dia.. "the most important things is communicate" kalau x dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya .. (smoga dpt ye perkaitannye)
sarah, saya rasa akhlak mulia kot die nye key word paling tepat.. plus sabar yg banyak..huhu..
tengah mengumpul sabar dan menolak benci..heh~
doakan saya k..
Post a Comment