Wednesday, October 14, 2009

saya dan paksaan..

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini saya mahu bercerita tentang paksaan.. paksaan tentang apa ya? Huhu.. sile paksa diri scroll down untuk baca..hehe..

Kadang-kadang dalam hidup kita harus memaksa diri membuat sesuatu yang tidak langsung kita gemari.. tanpa kita sedari yang tidak kita suka itulah yang paling banyak membawa kebaikan kepada diri sendiri.. Benar, paksaan itu membawa kepada rutin yang tak mampu nak ditinggalkan atau dalam erti kata lainnya istiqamah. Bagi saya pula, teknik paksaan inilah yang sangat amat berkesan untuk diamalkan bagi sesetengah perkara yang saya tahu baik dan perlu saya lakukan, namun amat tidak saya sukai ataupun mahu melaksanakannya, dek kerana saya malas, ataupun tidak pernah dan tidak biasa membuat perkara tersebut, ataupun for the simplest reason, takut orang mengata. Heh~

contohnya, berpakaian penuh menutup aurat. Dulu-dulu sewaktu dah abis sekolah dan nak masuk matrikulasi, saya memulakan pemakaian tudung besar dan berstoking kaki dan lengan, dalam keadaan gementar dan aci redah je. Mana taknya, budak sekolah sains, tudung kat sekolah dulu pun kecik je, family pulak bukannye background agama, mahu tak terkujat sume orang yang melihat. Even kawan-kawan yang satu sekolah yang duk belaja sekali kat matrik pun pelik. Huhu. Teringat lagi satu ketika tu time cuti, time nak keluar bersuka ria dengan keluarga, sayalah orang paling last bersiap dan tergesa-gesa keluar rumah masuk kereta dan pakai sarung kaki. Tiba-tiba, adik kecik si Amad tu bertanya, “ nape Ateh pakai stoking ngan sandal?” [ bagi dia, pakai stoking tu dengan kasut je..hehe]. dan di kala itu saya yang tak pernah belaja langsung tentang teknik da’wah whatsoever, menjawab dengan penuh keseganan dan tanpa kefahaman.. “ takpela, ateh buat sebab ateh suka”.. haha.. masa tu dalam fikiran tak nak la jawab sebab tuntutan agama sebab takut nanti mak saya segan pula dengan saya. Padahal boleh je nak jadikan isu itu sebagai satu kesedaran bagi family members yang lain..huhu.. dangkalnya pemahaman saya ketika itu.. dan ketika itu, nak maintain pemakaian sebegitu, bagi saya memerlukan kekuatan yang bukan sedikit, hati asyik nak main lari-lari je dengan tuan die.. pernah satu ketika selepas beberapa bulan dapat maintain, saya meninggalkan tudung besar saya hanya untuk tempoh tak sampai 5 jam [ kesnya pinjam baju kurung kakak untuk keluar jumpa kawan dan saya tak punya tudung nak matching sekali..], dan hati time tu sangatlah sakit dan benci dengan diri sendiri. Dan lepas tu paksa balik diri untuk beristiqamah dengan apa yang dah saya pilih.. afterwards masuk UM, saya jadi hantu sekejap, hilang diri sendiri, dan bila kesedaran tu kembali semula, saya tak mampu lagi berpatah arang dengan pendirian saya dalam melaksanakan tuntutan Islam yang saya sanjungi.. syukur kepada Allah yang menambah pemahaman saya dalam beramal dan terus mengizinkan saya beristiqamah di jalanNya. Dan benarlah, jatuh bangun kita dalam melakukan amal itu sebenarnya hanyalah akan menambahkan kekuatan kita untuk terus maju ke depan, bukannya berpatah balik ke belakang..

contoh kedua, membaca al-Quran dan solat sunat. Walaupun saya boleh dikatakan maintain menjenguk helaian demi helaian dari surat cinta Tuhan itu dalam sehari-hari [ kadang-kadang termiss juga bila hidup sangat hectic dan tak berkesempatan atau malas menjenguk diri..huhu], tapi saya bukanlah seorang yang boleh membacanya dalam bilangan helai yang banyak, walaupun masa masih bersisa. Huh. Ini dinamakan perangai cepat berpuas hati dengan apa yang ada. Ataupun perangai ’takpe, asalkan dah buat..’ Padahal bole je masa yang digunakan untuk bermain internet tu saya gunakan untuk menambah helaian bacaan saya dan makin cepatlah saya khatam, bukan? Dan selepas Ramadhan baru je berlalu ni, saya amalkan kekerasan terhadap diri sendiri untuk cuba mengatasi limit saya dalam amalan sehari-hari. Bagi saya, saya boleh melakukannya dengan lebih baik, dan kenapa pula saya masih mahu berlengah dalam melaksanakan perkara baik tersebut? Bukankah manusia itu seharusnya berlumba-lumba mengejar kebaikan...? nak tambah pahala untuk diri sendiri pun kadang-kadang kita sangat kedekut, kene tanya balik hati yang berkarat tu, ni nak masuk syurga ke tak ni sebenarnya? Huhu..

Bukankah seorang muslim yang baik itu, apabila dia berusaha dan bekerja, maka dia akan berusaha dengan sedaya upaya sepenuh kesungguhan?

Dan benarlah, sekiranya kita faham akan ajaran Islam yang syumul itu sebenarnya akan mengangkat martabat kita ke tempat yang lebih tinggi, membawa kita mengatasi kelemahan dan limitation dalam diri kita yang selalu suka mengeluh ini, dan menjadikan kita insan yang lebih baik, maka kita tidak akan tergamak untuk meninggalkan ajarannya walau pun sedikit. Dan sudah tentu, umat Islam akan kembali digeruni oleh musuhnya, bukannya seperti sekarang, bilangannya ramai namun sedikit pun tidak mampu membela saudaranya sendiri yang teraniaya.

Dan sungguhlah demi sebuah impian, saya hanya mahu terus bergerak ke depan dalam membaiki diri dan merealitikan mimpi itu...

2 comments:

Izyan Zainuddin said...

betullah akak
kdg2 bila dah terpaksa tu baru kt nak wat. n bila dah lama2 wat tu baru terasa manisnya. nak2 pulak dlm isu aurat yg akak sebut tu

btw, kagum dgn pengalaman akak. moga Allah tunjukkan jln yg mudah utk kt semua, inshaAllah

SI PENGEMBARA JALANAN said...

huhu..yan, sesetengah perkara tu memang kene paksa diri dulu kot untuk dibuat, baru amalan tu bole lekat dan istiqamah..hehe..

takpe, potensi diri kita masih jauh lagi belum kita terokai, so, kita tak pernah tau kat mane limitation kita kat mane sebenarnya..jadinya, bole je pun nak apply paksaan kat diri sndri..force smp hati dan nafsu bole bend ikut iman..huhu..

moga kita ketemu redha Ilahi yang kita dambakan...