Thursday, January 29, 2009

bekal hari ini..

di saat hati tidak keruan, sesungguhnya, kitab sejarah itulah yang menjadi pemangkin semangat yang luntur.. kenangkan saja wahai hati pada pengorbanan rasul dan sahabat, dan bandingkan pula dengan apa yang kita lalui..maka jalan yang terang nampak terbentang luas.. dan ruang kosong yang memerlukan tangan kita untuk mencoraknya sedang menunggu kita bangkit kembali.. benar, Allah jua yang mengetahui rahsia kekuatan dan kelemahan hati kita..memberi kita bekal panduan di saat kita hilang arah tujuan.. thank you ya Allah..

" dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut(nya) yang berTAQWA. mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar. tidak ada doa mereka selain ucapan; " Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebihan dalam urusan kami, dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". "
(ali 'Imran: 146-147)

note: sambungan sesi 2 bakal menyusul..huhu..sabar ye..^_^

Tuesday, January 27, 2009

up and down..

err..mungkir janji.. eheh.. kate nak upload tentang apa yang dapat dari daurah dan program complete last week, tapi takde pun..huhu.. nak kata sibuk tu, seperti biasala. rutin harian.. cumanya ditambah dengan isu yang satu tu, kepala sangatla berserabut..tak mampu nak mereka ayat, berkongsi ilmu kat sini..dan kepala yang serabut tu dah bertambah tepu sekarang..nasib baik hari ini baru nampak sikit dunia sekeliling..melihat dengan mata hati kembali..alhamdulillah..

ok2..kite terus kepada perkongsian, nak fikirkan masalah, sampai bila pun tak pernah akan habis,kan?? huhu.. baikla berbuat sesuatu untk meringankan beban di jiwa..^_^

Daurah PEKA'09, 17-18hb Jan 09, melalui fasa-fasa yang agak mengagumkan..actually, saya dah pernah menyertai pengisian dengan tajuk yang sama [ antara semalam dan hari ini @ ini sejarah kita ] lebih kurang 2 tahun yang lepas.. kali ini berbeza dengan kehadiran adik-adik yang dahagakan ilmu, dan saya pula yang cuba mengingat kembali mutiara-mutiara hidup yang keciciran dari benak hati, ditambah pula dengan tugasan yang baru sahaja dimaklumkan malam sebelumnya, "sesape yang dah pernah menjalani modul ni, dikehendaki menjadi fasilitator untuk keesokan harinya.." adeiih, dengan pengalaman yang tak seberapa, kemahiran yang merapu, dan ilmu yang tak mencukupi..rasa macam nak lari..haha..dahla ingatan sume berkarat tahap ape dah ni..dalam hati Tuhan je yang tau, persediaan yang kurang sempurna akan menjejaskan objektif program dan kesan besarnya tentulah kepada para peserta yang dikasihi jua..adusla..dengan TOT ( training for trainers a.k.a latihan untuk fasi) yang hanya selama 10 minit..APEKAH?? huhu.. macam-macam..takpelah, demi tanggungjawab yang digalas, tekad di hati dibulatkan, perhatian sepenuhnya diberikan dan fikiran mula ditumpukan sewaktu akhi Haq memulakan pembentangan.. alhamdulillah, sesi 1 berjalan agak lancar, dan isi-isi yang hendak disampaikan adela yang lekat kat kepala.. antaranya adalah mengenai keistimewaan manusia berbanding makhluk yang lain dan setiap kurniaan itu adalah anugerah yang hadir sebagai ujian bagi manusia.. sile ye renungi ayat ini:

"dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat, untuk MENGUJIMU tentang apa yang diBERIKANNYA kepadamu. sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaanNya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
(al-an'am: 165)

tu antara dalilnya la kan kalo ade sapa-sapa lagi nak pertikaikan or nak sia-siakan apa yang dia ada and dapat dalam hidup dia dengan begitu sahaja..sedangkan apa sahaja yang dikurniakan adalah merupakan ujian bagi setiap manusia. dari situlah baru kite boleh simpulkan bahawa, oleh kerana apa sahaja yang kita ada adalah merupakan ujian, so, hendaklah kita menggunakannya sebaik mungkin, maximise kan segala apa yang ada tu ke arah kebaikan, dan tak mempersiakan walau satu cebis pun nikmat yang Allah bagi.. sebagai contoh la kan, sume masing-masing agak-agak dah kenal kan diri sendiri macam mana kan?? tahu akan kelebihan dan kelemahan yang ada dalam diri masing-masing ( mesti dah selalu buat personality test nih..kan2??) jadinya, cuba cek kembali adekah kelebihan yang kite dah notify tu telah kite gunakan dengan sebaik-baiknya? dan pula adekah setiap inci kelemahan kite telah kite baiki dengan sebaik-baiknya juga? adekah kite telah memaksimumkan penggunaan diri kite ke arah jalan yang diredhaiNya? ke arah kebaikan? or kite ni semakin berjalan ke belakang, ke arah hakikat yang lebih amat sangat menyedihkan?? aspek mana dalam hidup kita ni kite sia-siakan, aspek mana pula yang perlu kite istiqamahkan perjuangannya?? lihat sahaja statistik penduduk dunia hari ini, yang berjumlah lebih kurang 6.4 billion orang, dan nisbahkan, berapa ramai pula yang sedang menuju ke arah mardhatillah ( keredhaan Allah)?? berapa ramai yang bangkit untuk turut serta sedar dalam isu Gaza berdarah baru-baru ini?? berapa ramai pula yang sedang menuju kehancuran, hanyut dalam dunia khayalan masing-masing?? berapa ramai yang lena dalam mimpi-mimpi kehancuran tanpa menyedari hakikat yang diri sedang diuji sebenarnya?? dan kita pula berada di golongan mana?? menyedari hakikat itu satu kemestian..namun, mengambil tindakan membetulkan keadaan diri pula adalah satu kewajipan yang lain..setiap dari kite dinilai dan dihisab berdasarkan apa yang kita tahu dan apa yang kite lakukan..maka tanyalah kembali kepada diri sendiri, di golongan manakah kite?? menuju pembaikan dalam setiap detik yang terbilang, atau menuju ke belakang ke arah medan kegelapan??

hmm.. sesi 2 kene sambung ni nampak gayanya..alahai..

Monday, January 19, 2009

hujung minggu yang bermakna..

best..bermanfaat..menyentuh hati..alhamdulillah..

dah lama tak pergi ke katibah dan daurah..or ape2 program yang berpengisian..dan dapat pula peluang tidur, makan, bergurau senda bersama-sama mereka yang amat saya rindui kemesraannya..ukhuwwah yang bertaut di hati hasil jalinan ikatan aqidah, kukuh tak mungkin bisa terurai simpulannya..sangat menakjubkan, menyegarkan kembali hati yang layu dan kering tanpa sentuhan..terima kasih sahabat..walau saya tak dapat stay up bersama-sama kalian dalam perang ganas melawan nyamuk durjana, namun ketabahan kalian tetap saya kagumi..terutamanya mereka yang bintik merah penuh di muka bukti makhluk kecik itu jualah pemenangnya..eheh.. v(^_^)v

usai daurah di waktu matahari baru sahaja tergelincir di langit, saya bergegas pula bersiap ke program C.O.M.P.L.E.T.E, gabungan NGO yang memperjuangkan isu Palestin tercinta.. alhamdulillah, berjaya menemui mafla yang sudah lama diidamkan, membeli sambil menderma..tapi ada lagi barang yang tidak mampu untuk saya miliki di saat ini, dek kerana kesengkekan saya sebagai pelajar yang bergantung kepada duit tajaan untuk hidup..hehe..JPA, cepatla masuk!! moga-moga apa yang saya idamkan masih lagi ada di waktu saya sudah berkemampuan untuk memilikinya.. ameen..

o ye, perkongsian tentang input yang saya dapati dari program di atas, esok sajalah akan dikongsi..insyaAllah..saya masih punya tugasan lain di waktu malam bertukar menjadi pagi yang dingin ini..dan ditambah dengan mata yang separuh tertutup, tulang belakang yang lenguh akibat postur badan yang tidak betul, dan kepala yang memberat, saya hanya inginkan tilam yang enak untuk saya berbaring merehatkan diri..

Monday, January 12, 2009

delirium state 2

demam fasa kedua melanda lagi..sah2 infection tak abes lagi nih..tambah dengan bengkaknya submandibular lymph nodes kat area bawah jaw ni (2-3 biji pulak tu), memangla rasanya nak kena pergi jumpa doktor mintak antibiotik..malasnya..**sigh**

*
lately macam ada banyak salah faham je ngan mereka yang rapat dengan diri saya.. dan sayalah manusia pelik yang sangatla tidak kisah apabila manusia lain salah anggap or mempunyai kesalahfahaman dengan tindakan saya.. sayalah yang tidak mempunyai keinginan untuk mempertahankan diri sendiri.. not even a try to defend myself.. or to clear the misunderstood between us..dengan falsafah yang erat dipegang dari zaman tok kaduk sehingga kini- just let it be..huhu. apekah??? entahlah..hanya berharap perkara yang disalahfahamkan akan ter resolve sendiri, atau menghilang ke dalam hati..moga-moga..

banyak mende nak kene fikirkan, segalanya berselirat dalam litar di kepala.. selagi tak settle dengan terhasilnya tindakan, selagi itulah hati juga jadi kurang beres. antara stress dan iman penyelamat jiwa, mohon yang amat sangat Ya Allah, agar dijadikan iman sebagai pemenang mutlak dan paling utama..ameen..

Saturday, January 10, 2009

delirium state..

on off demam.. immunity system berada dalam keadaaan yang sangat lemah..rasa macam dah terjangkit dan menyebarkan virus pada yang lain je..aha..

walaupun dah dapatkan rehat yang cukup, tapi still badan rasa lembik tak bermaya.. fikiran tak leh fokus..rasa seram sejuk melanda..dan kepala yang memberat..tapi semangat di hati marak menyala tetap bersama Palestin yang tercinta, Gaza yang menderita dan penduduknya yang tetap tabah menghadapi Yahudi laknatullah..

saya cuba menjadi hamba yang bersyukur, demam ini petanda kafarah dosa..bukankah ini menandakan Allah masih sayangkan saya, meringankan azab di akhirat, digantikan dengan balasan di dunia..maka, tabahlah wahai hati, terus bergerak menyusun langkah.. saudaramu di sana sedang menderita kepayahan dan kesengsaraan, apa yang sedang saya alami adalah teramat-amat sangatlah ringan dan sedikit berbanding apa yang mereka hadapi.. tiap masa telinga disumbat dengan bunyi ledakan bom, jeritan kemanusiaan yang tiada putus, tiada ruang untuk menyelamatkan diri, tersekat dan dikepung di Gaza yang sepatutnya adalah bumi tanah tumpah tercinta, namun telah bertukar menjadi mimpi ngeri yang tak mampu dilupakan, bumi pembunuhan dan kemusnahan besar-besaran..

sahabat, jangan henti bercakap dan bercakap, menyebarkan kepada mereka yang belum sedar, ummah ini dilanda kegentingan yang amat, saudaramu di sana memerlukan bantuan dan sokonganmu di sini.. tunjukkan keprihatinan kita sebagai saudara seaqidah yang ikatannya lebih kukuh dari pertalian darah..umat ini umpama satu badan, satu bahagian dilanda siksa, seluruh badan yang terasa.. sedarkan mereka umat islam yang masih sedang bermimpi, kita sepatutnya bangkit mempertahankan mereka di Palestin!!

Birruh biddam nafdika ya Felestin

Dengan jiwa, dengan darah, kami siap berjuang untukmu Palestin

Khaibar-khaibar ya Yahud, jaisyu Muhammad saufa ya'ud!!

Ingatlah Perang Khaibar wahai orang Yahudi, tentera Muhammad akan kembali!!


Thursday, January 8, 2009

palestin berdarah lagi..apa tindakan anda??

nak sentuh tentang tanah impian semua, Palestin yang sedang bergolak.. dah masuk hari 12, makin hebat serangan syaitan zionis, tanpa malu membunuh nyawa mereka yang tak berdosa.. commonla, budak kecik tadika pun bole faham dengan jelasnya, tujuan serangan tu bukannya untuk mempertahankan diri mereka dari roket Hamas yang memang tak setanding dengan senjata yang mereka gunakan, tapi semata-mata untuk melakukan pembersihan etnik dan nak buktikan yang takde sapa pun bole lawan diorang..tak belajar ke wahai yahudi yang tak sedar diri, what you did is what you get back!! darah kami bukan percuma,kamu yang akan membayarnya setitis demi setitis suatu hari nanti.. dan ingatlah, pertolongan Allah bukan milik kamu, namun milik hamba-hambaNya yang dizalimi..kamu akan diburu sehingga pepohon yang tumbuh pun tidak ingin menjadi pelindung bagi kamu yang hina...Duhai Tuhan kami, hancurkan mereka!!hancurkan musuh-musuhMu!!hancur dan musnahkan mereka dengan semusnah-musnahnya, kerana mereka terlalu amat zalim ya Allah...terlalu amat zalim..dan menangkanlah hamba-hambaMu yang berjuang keranaMu, menangkanlah saudara-saudara seagamaku yang sedang menderita itu, menangkanlah penduduk Palestine ya Allah!! sahabat, jom doa sama-sama, everyday, every time you remember,dan sebarkan pada yang lain.. kalo confuse dan tak yakin lagi kenapa kita perlu wajib tolong umat Palestine sedaya upaya yang kita ada, rujuk sini..buka hati, buka mata, tajamkan minda, dan gerakkan usaha anda!! ayuh!!

fokus..

kelas dah kembali bermula..semester terakhir di UM..insyaAllah..( walaupun hati macam tak bape yakin je, tapi semangat tetap kene kuat untuk menyempurnakan apa yang telah dimulakan sejak sekian lama...chaiyok2!!) fighto oo!!

tahun hijri dan tahun masihi, dua-dua sistem hari dan tahun ini telah memasuki lembaran baru beberapa hari yang lepas.. persoalan yang tak bape nak dijawab adalah tentang azam tahun baru.. apekah azam saya?? errrr.. tak tau?? eheh.. bole tak saya nak jawab macam ni; "menyudahkan azam yang tak sudah dari tahun lepas.." tapi kan, tu macam gaya saya tak buat lagi muhasabah tentang tahun lepas je tu..which is very the very la true..i didn't.. yet...sebab kepala saya dipenuhi dengan mende lain yang mencelarukan minda dan perasaan..saya kabur dengan tarikh dan masa, sampaikan kat klinik tiap-tiap hari saya kene tanya nurse hari ni bape hari bulan..aha..bahaya sungguh..ingat hari tanpa hari bulannya..kronik sungguuh kecelaruan mindaku.. ;) erm,berbalik kepada persoalan asal,kenapa tak muhasabah lagi? kenapa tunda dan tangguh? uhhuu..sebab saya tengah tumpu mende lain..( bole terima ke jawapan ni??err..) eheh.. salah.. jawapan sebenarnya adalah kerana attitude saya ataupun dalam erti kata lain cara saya berfikir . tidak mementingkan saya untuk muhasabah pabila tiba tarikh2 besar or penting pada pandangan orang lain..saya berfikir dan telah menetapkan fokus, matlamat dan usaha saya pada perkara yang saya kira perlu bagi saya dalam usaha saya menjadi hambaNya yang berjaya..tak kisahla dalam pelajaran ke, kehidupan ke, amanah dan tugas dan lain-lain.. dan dalam pada itu, saya juga telah menetapkan check point dan kayu ukur bagi setiap apa yang saya dah tetapkan.. makanya, jika sudah sampai masanya seperti apa yang saya rancangkan, time tula perlunya muhasabah besar dalam mengenalpasti setakat mana perjalanan matlamat saya..tak berkait la kot dengan orang lainnya masa dan tarikh, ataupun tahun baru tahun lama..dan saya juga diajar untuk sentiasa merefleks diri dan keadaan saya tanpa perlu bergantung pada tarikh-tarikh tertentu..so, nak berazam baru atau lama ke, atau lain-lain yang berkaitan dan tak berkaitan tu, adalah bergantung pada keadaan diri masing-masing..dan bagi mereka apa yang mereka usahakan..so true..

so, kesimpulannya, walk your plan.. anda adalah apa yang anda usahakan.. sama juga konsepnya kalo nak di apply dalam kehidupan kita sebagai hamba.. kedudukan kita di dunia abadi sebelah sana yang tinggal tak bape lama je lagi tu adalah berdasarkan apa yang telah anda usahakan di dunia sebelah sini..nak kene azab seksa yang pedih lagi horror tahap melampaui giga tu, tak yahla usaha sehabis daya buat kebaikan, tak yah la buat apa yang Allah suruh, tak perlu lah nak tinggalkan larangan Allah yang penuh tersembunyi hikmah tu.. tapi kalo anda memilih untuk memiliki mahligai kayangan lagi indah di syurga abadi, gandakan amalan kebaikan anda, tingkatkan usaha anda dalam mematuhi perintah dan meninggalkan larangan Allah..dan FOKUS dalam apa yang anda laksanakan (so istiqamah akan bersama anda).. senang..abis cite.. ye tak??