Friday, November 27, 2009

salam 'eidul adha 1430H

bismillahirrahmanirrahim..

selamat hari raya qurban!!! moga nilai pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim a.s membawa erti dan makna besar yang tersendiri dalam lembaran baru kehidupan kita tahun ini.. moga-moga juga sang hati terus thabat menunaikan amanah yang tergalas berat di bahu kita..meneruskan legasi selama 1400 tahun yang lampau..

tahun ni beraya kat KL..3 adik beradik /anak-anak Hj Mohd Noor hanya bertemu muka pada detik jam 8 malam tadi untuk mengisi perut bersama-sama... nasib baikla abang saya masih ingatkan saya dan Athirah..yeay!! [ayat kebulur satu hari, kedai makan tutup..haha]..well, pengalaman manis jugak tu kan..heh~

** ayat penyata mana satu lagi sedap???--
1) tahun ni tak dapat nak bakar daging dengan Along macam biasa..
                                         
vs..

2) tahun ni Along takde geng nak bakar daging macam biasa..

[ ayat sedih vs. ayat penyedap hati..]haha..

** ummi siap nak simpan daging raya lagi untuk 3 orang anakandanya yang hanya akan pulang dalam tempoh lagi 3 minggu..hehe..[yela, sapela sangat kat rumah tu yang boleh makan daging? heh~ hanya orang-orang muda yang taknak beringat tentang kesihatan je yang berani makan dengan sesuka hati...haha]

Saturday, November 21, 2009

thought to share..

Bismillahirrahmanirrahim..

" Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah pada jalanNya supaya kamu mendapat keberuntungan. "
[5:35]

mahu menulis lebih panjang, tapi fikiran di kepala bergalau dengan tekanan kehidupan..menumpulkan daya ketahanan terhadap akal waras dan kebijaksanaan..

benar, keberuntungan tak kiralah di dunia mahupun di alam kekal sana, tetap hanya mampu dicapai dengan jihad dan kesungguhan..

"tiada ruang tuk berpangku tangan"
teringat satu lirik lagu yang kerap diulang-ulang ketika berprogram satu ketika dahulu, cukup ringkas, namun makna nya cukup amat mendalam..

orang yang berpangku tangan bukannya pejuang
orang yang hidupnya bersenang lenang bukannya pejuang
orang yang masih memiliki masa lapang tanpa apa-apa manfaat untuk diisi bukannya pejuang
orang yang tidak bersungguh-sungguh dalam kehidupan bukannya pejuang
ibarat sampah hanyut ketika bah melanda, dibawa arus melelong-lelong ke tepian,
tersangkut pada puntung kayu, tanpa apa-apa kepastian tentang sebuah perjalanan,
kerana natijah pengakhiran bukan lagi sebuah harapan..

hidup sang pejuang itu,
lebih pahit masam payau dari manisnya rasa,

hidup sang pejuang itu,
ibarat ar-Rasul dan para sahabat,
tiada masa berpangku tangan,
tiada peluang berkeluh kesah meragui sebuah kehidupan,
tiada kesempatan mahu leka mengubat hati yang lara kesakitan,
kerana hakikatnya sebuah kefahaman itu,
tertanam erat di kalbu yang kerinduan,

bahawa hidup sang pejuang itu,
susah payah dan derita perit luka perjuangan,
hanya akan membawa bahagia dari hati hingga ke syurga..
kekal abadi indahnya tanpa apa-apa gangguan..

maka, hidup ini, yang hakikatnya hanya pinjaman sementara dari Tuhan yang kasihkan kita,
adakah hidup yang pemiliknya seorang pejuang???

Monday, November 16, 2009

ep 3: bau alam dan hujan..

Bismillahirrahmanirrahim..

Hujan di akhir pagi…sungguh hidup dan menenangkan.. bau yang tak pernah akan berubah..tetap sama pada ketika dulu dan kini..

Plus dengan angin bayu lembut yang membawa khabar gembira..rahmat Tuhan sedang bertebaran di saat ini.. mintalah apa saja kepadaNya, yakni tidak akan dihampakan setiap permintaan sepenuh hati itu...

Entah sejak bila, amalan yang satu ini lekat pada diri, meminta dengan sepenuh rasa hati yang sayu, tatkala hujan turun menyimbah bumi dengan kebasahan yang menggembirakan.. seolah-olah titisan air itu turunnya untuk hati yang tercari-cari Tuhannya, gelisah menunggu rahmat dan ketentuan dariNya.. signifikan sekali, hujan itu turunnya membersihkan kembali alam yang kotor hasil tangan manusia yang zalim kepada amanah sebagai khalifah yang digendong di bahunya, dan dalam masa yang sama hadirnya hujan turut membersihkan jiwa yang kotor dengan debu-debu dosa, palitan hitam yang menggelapkan hati..membawa manusia itu kembali kepada fitrah asalnya..hanya dan hanya jika manusia itu sedar untuk menghargai setiap nikmat dan kasih Tuhannya..

menenangkan..seolah-olah Tuhan memanggil supaya hambaNya merayu meminta supaya rahmat yang turun itu tercurah sama kepada jiwa yang kelam hitam itu..

”Wahai insan, sesungguhnya kamu telah berusaha bekerja dengan bersungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuiNya” [84:6]

Dan berusahalah wahai mereka yang mempunyai hati untuk dibajai dengan iman, kerana kita tak pernah tahu pengakhiran kita di mana, sedangkan tetap kita dalam perjalanan menujuNya, walau apa pun jenisnya jalan yang ita pilih..

membuatkan saya bersemangat mengotakan apa yang dikata dan telah diukir janjinya..

v(^_^)v

Thursday, November 12, 2009

janji Tuhan..

" sesungguhnya ini benar-benar kemenangan yang besar. Untuk kemenangan serupa ini hendaklah berusaha orang-orang yang bekerja"
( As-Saffat: 60-61)


persoalannya, sudahkah kita melengkapkan prasyarat utama untuk menang?


sama ada dalam perjuangan kecil kita seperti exam dan kehidupan mahupun berkenaan dengan perkara yang lebih besar, berkaitan dengan impian utama setiap dari kita yang berpegang teguh dengan syahadah yakni seperti yang dimaksudkan dalam ayat di atas; iaitu syurga yang kekal abadi...


sudahkah kita memenuhi syarat sunnatullah yang telah ditetapkanNya sebelum sesuatu kemenangan itu dianugerahkannya buat kita?


bukankah dengan yakinnya (iman) kita dengan janji Allah sepatutnya membawa kita kepada usaha (amal) yang berterusan dan dengan sepenuhnya kesungguhan?


dan apabila ditilik-tilik diri sendiri, kita ini berada di tahapan mana ya? masih berusaha meyakini? termangu-mangu dengan dunia keliling dan persoalan lainnya ataupun sudah yakin namun tiada perubahan dalam usahanya?ataupun berusaha namun masih belum lagi mencukupi syarat utama kemenangan yang dijanjikan Tuhan?


agak-agaknya dengan status amal dan iman kita sekarang ini, dan kita dikembalikan ke ratusan tahun ke belakang di zaman perjuangan pedang dan senjata menjadi alatan utama untuk menang, layakkah kita dipilih menjadi tentera Salahuddin al-Ayubi dan Sultan Muhammad al-Fateh yang telah Allah penuhi janjiNya kepada mereka..belum lagi dipersoalkan tentang kita layak untuk menang atau tidak..layak menjadi tentera pun belum tentu.. dan persoalan ini tentunya berbalik kepada asas utama..yakni keinginan dan keyakinan kita untuk menang mencapai syurga abadi.. cukup teguh sudah keinginannya? cukup sudah usahanya?


Tuhan, aku ingin menang. walau kini aku berkali-kali kalah. tapi aku tetap mahu melangkah dan berusaha untuk menang.


fahamilah, impian yang besar menuntut pengorbanan yang juga besar.. biar diri yang terkorban, namun untuk mengaku kalah tidak sesekali..

Tuesday, November 3, 2009

ep 2: bau alam dan rasa hati..

minggu -minggu terakhir di klinik..alhamdulillah, i've already completed most of the requirements needed for this semester.. a crown and few more fissure sealants to top up the marks, way to go for this final week.

somehow even tho clinical works have settled, still, rasa kosong dalam hati..

tengah nak menguatkan semangat dan keyakinan diri supaya berusaha bersungguh-sungguh.. menghargai setiap detik yang berlalu supaya terisi dengan perkara bermanfaat, dan juga menyediakan minda sendiri untuk the final battle.

musuh utama manusia tetap juge adalah diri sendiri. setiap rasa negatif yang bertamu itu kadang-kadang terasa sangat menyakitkan untuk dihadapi, tapi jika difikirkan dari sudut hikmah yang menyejukkan hati pula, bahawasanya Allah tidak akan menurunkan sesuatu melainkan menurut kadar kesanggupan diri ini, dan setiap sesuatu ujian itu ada petunjuk dariNya untuk kita menyedari bahawa kelemahan yang ada dalam diri itulah yang Allah mahu kita baiki, berusaha berpenat lelah dalam melawan kesakitan dan peritnya ujian sebenarnya hanya akan meningkatkan potensi diri kita ke tahap yang kita tak pernah jangkakan. dan suatu hari nanti, kita akan berpaling ke belakang dan berkata; "aku telah berjaya melaluinya dengan rahmah dan kasih sayang dari Dia, dan inilah aku hari ini, yang lebih baik dan lebih kuat berbanding semalam yang perit itu.."

bertahanlah duhai teman, ujian itu tanda kasihNya..diturunkan untuk memastikan kita tetap teguh memilih untuk bersamaNya,  dan hanya meminta kepada Dia untuk sebuah penyelesaian..innallaa ma'as sobiriin..

** semoga mendapat yang terbaik untuk mereka-mereka yang sedang bergelut dengan buku dan pen menjawab peperiksaan. moga kamu cemerlang.

Monday, November 2, 2009

ep 1: bau alam dan rasa hati..

tengkujuh dah mula bertamu di Terengganu.. hujan hampir setiap hari, dan air yang keluar dari pili dah terasa bagaikan sejuknya ais. sejuk... yang mendamaikan..alhamdulillah..

wajah-wajah mereka yang impiannya tercapai, berseri-seri dilimpahi cahaya kesenangan dari dalam hati.. Doa saya agar mereka selamat pergi dan kembali, dan disejahterakan Tuhan ketika menjadi tetamuNya di sana. Terasa tenang kerana dapat menggembirakan hati-hati mereka dengan pulang meraikan pemergian mereka selama hampir 50 hari itu. Walaupun pada mulanya ada yang mempersoalkan kepulangan kami. Hanya mampu saya jawab di dalam hati apabila ada yang membandingkan antara kami adik-beradik dengan sepupu yang lain [yang tidak turut serta pulang];

bukan mereka yang membesar dengan mendengar lawak jenaka datuk yang menyegarkan jiwa dan menyerikan suasana..

bukan mereka juga yang hidupnya dari kecil membesar dengan sihat  hasil air tangan nenek yang mengalir bersamanya kasih sayang mekar meranum mewarnai hidup kami selama ini...

bukan juga mereka yang tiap kali bepergian dari kampung halaman kerana menyahut seruan ilmu akan dibekali dengan duit poket yang bukan sedikit tanda ingatan kasih yang mendalam walaupun nilai di dalam tangan hanya cukup-cukup untuk rezeki sehari-hari,

dan bukan mereka juga yang mengalami dan memahami perit seksanya rindu di hati kami ketika ribut taufan melanda beberapa tahun yang lalu, yang ketika itu hanya doa sahaja mampu dikirimkan tanpa bersua muka dek kerana halangan yang dicipta manusia yang khilaf..

Hanya Allah sahaja yang mengetahui kesan jejak datuk dan nenek yang ditinggalkan dalam kehidupan kami teramat sangat besar maknanya, tak dapat dihurai dengan kata-kata. Dan saya tau rahsianya terletak kepada doa mereka yang tidak pernah putus buat kami sedari kami kecil, agar kami hidupnya menjadi manusia yang berguna, cemerlang dalam aspek akademik, dunia dan akhirat.. Tautan hati yang tidak pernah putus kerana penyeri dan pengikatnya adalah rahmah dari Allah jua..

saya sudah mula rindukan mereka..

moga Allah menjaga mereka dengan kasih sayangNya yang tak pernah kunjung habis ketika mereka di sana..